Anak yang degil dan keras hati kadang kala membuatkan ibu bapa jadi kurang sabar dan seterusnya akan marah. Walaupun marah, perkara yang sama tetap akan diulang sehingga menyebabkan kita tak tahu di mana silapnya.

Jangan cepat nak merungut jika ibu bapa mempunyai anak seperti ini. Setiap orang diberi ujian yang berbeza dan kita harus tahu bagaimana untuk mencari jalan penyelesaiannya. Jika setakat merungut tapi tiada kesudahan memang sampai bila pun tak akan selesai.

Sebagai ibu bapa, jangan cepat putus asa dalam memperbetulkan dan mendidik anak kita yang sudah jadi begitu. Mungkin yang mengubah perangai dan sikapnya adalah masalah persekitaran serta kurang didikan agama oleh kita.

Yang salah tetap ibu bapa kerana kita diamanahkan oleh Allah untuk membentuk mereka sama ada nak jadikan mereka itu Yahudi, Nasrani atau seorang Muslim yang taat pada Allah dan rasulnya.

Jangan berdoa minta anak-anak taat pada kita. Takut nanti anak-anak tidak taat pada Allah dan rasul. Minta doa supaya anak-anak taat pada Allah dan rasulnya. Maka secara langsung ia akan taat pada ibu bapanya.

IKLAN

Lebih mudah kita mula amalkan amalan ini sejak anak kecil agar mereka dapat membesar menjadi seorang yang hebat dan penyejuk mata hati ibu bapa dalam apa keadaan sekalipun. Perkongsian dari babab.net ini boleh dijadikan panduan kita bersama.

Selain dari itu, selalu berdoa minta padaNya. Bacakan surah-surah yang ada diberikan. Diantaranya adalah Surah Taha: Ayat 1 -5.

IKLAN

Bagi yang tidak boleh membaca dengan baik. Ambil cara yang ini iaitu dengan berzikir Asmaul Husna”Ya, Syahiid”. Maknanya “Yang Menyaksikan”.

“Ya Syahiid!” Apabila ada di kalangan anggota keluarga kita yang suka membangkang dan sebagainya, maka zikirkan sebanyak 319 x secara berterusan setiap malam sehingga si pembangkang akan sedar dan berubah perangainya.

IKLAN

(fadhilat ini dipetik dari tajuk buku Khasiat Asmaul-Husna & Himpunan Ayat-Ayat Al- Quran, susunan : Abu Nur Husnina, keluaran Pustaka Ilmi).

Cara melakukan kepada anak-anak.

Semasa anak sedang tidur, zikir dan baca “Ya Shahid” sebanyak 313x kali dan tiup pada ubun kepalanya. Lakukan sebanyak 21 kali. Setiap sekali zikir hendaklah dibaca 313x “Ya Syahid”. InsyaAllah anak anda akan menjadi anak yang mendengar cakap ibu bapanya. (Keseluruhan zikir 313 x 21 =6573x zikir)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI