Jadikan amalan untuk ambil gambar atau video anak jika timbul keadaan luar biasa. Sebagai contoh anak tiba-tiba muntah macam air paip, ambil gambar keadaan anak tersebut dan bawa ke klinik untuk tunjuk pada pakar. Gambar tersebut boleh dijadikan sebagai bukti atau rujukan pihak kesihatan.
Contoh lain seperti tiba-tiba anak naik ruam kulit, warna najis anak berbeza, warna muntah yang mencurigakan dan sebagainya. Simpan gambar-gambar tersebut sebagai rujukan pada masa hadapan.
Jika anak anda tiba-tiba dijangkiti Chickenpox, ikuti langkah yang disarankan oleh doktor kanak-kanak ini.
6 Perkara Yang Ibu Ayah Boleh Buat Segera Jika Anak Anda Terkena Jangkitan Chickenpox.
1) Kalau keadaan anak masih aktif, boleh jaga anak di rumah saja.
Chicken pox ni sangat mudah berjangkit. Jadi elakkan ahli keluarga yang lain dari terdedah pada pengidap chicken pox ni. Tunggu sehingga semua ruam menjadi kering dan tidak ada ruam baru yang muncul. Selalunya akan ambil masa seminggu untuk ruam tu kering menjadi keruping.
Ads
Barulah dikira anak ni tak mampu menjangkiti orang lain. Asingkan pakaian, tuala, alat untuk makan minum supaya tak bercampur dengan ahli keluarga yang lain.
2) Redakan demam anak dengan ubat demam Paracetamol.
Dos : Syrup Paracetamol 15mg/kg setiap 6 jam.
Jangan guna Aspirin untuk redakan demam anak. Jika Aspirin diberi pada kanak-kanak yang dijangkiti Chickenpox, ia boleh menyebabkan penyakit Reye’s syndrome yang merosakkan hati dan otak anak.
Ads
3) Sapu dengan calamine lotion setiap kali selepas mandi.
Ia akan beri kelembapan dan kelegaan pada kulit anak.
4) Bantu kurangkan kegatalan kulit dengan beri ubat cecair antihistamine untuk dimakan.
Bagi bila perlu dan mesti ikut dos yang dicadangkan sahaja.
Ads
5) Potong kuku anak jadi pendek.
Ketika anak menggaru kulit, kuman dari bawah kuku akan masuk ke kawasan ruam dan menyebabkan jangkitan bakteria (secondary infection) pada kulit. Untuk bayi dan anak kecil, boleh pakaikan sarung tangan (mitten) supaya mereka tak menggaru kulit yang gatal tu. Untuk kurangkan kesan parut pada kulit, elakkan anak dari mengopek keruping.
6) Ambil gambar
Ambil gambar keadaan anak ketika mula-mula ruam tersebut naik sehinggalah sembuh. Jika kulit anak semakin teruk, sekurang-kurangnya anda mempunyai gambar rujukan yang boleh dirujuk oleh pakar.
Meskipun pengalaman menimang cahaya mata menjadi satu daripada momen manis dalam kehidupan seseorang wanita, namun ramai wanita sebenarnya berasa murung dan sedih selepas bersalin. Ini adalah keadaan yang biasanya dikenali sebagai ‘baby blues’.
Kemurungan selepas bersalin membuatkan ibu baharu berasa mudah menangis, marah-marah, letih, dan kebimbangan disebabkan oleh perubahan mendadak hormon selepas melahirkan anak. Bagaimanapun, keadaan ini tidak berlangsung lama dan akan hilang dalam masa beberapa hari selepas kelahiran.
Apakah tanda-tanda lazim seseorang itu mengalami kemurungan selepas bersalin?
Anda mungkin mengalami kemurungan selepas bersalin, jika anda:
−Rasa sedih berterusan
−Tidak lagi berminat dengan perkara yang berlaku di sekeliling atau tidak berasa teruja dengan perkara yang selalunya memberi keseronokan kepada anda
−Sentiasa rasa letih dan jarang mempunyai tenaga untuk melakukan sesuatu, termasuklah menjaga bayi
−Mengalami masalah untuk tidur di waktu malam tetapi sering berasa mengantuk pada siang hari
−Mengalami masalah untuk membuat keputusan, melakukan tugasan mudah atau menumpukan perhatian
−Tidak mahu makan, minum atau merasa makanan yang biasanya digemari
−Mengidam tanpa kawalan
−Rasa terganggu, mudah marah, dan bersikap tidak peduli
−Menyalahkan diri sendiri, dan rasa tidak berguna
−Bersikap tidak acuh dan tiada perasaan untuk melayan anak
−Tidak berminat dengan pasangan
−Berfikiran negatif seperti menyakitkan diri sendiri, menyakiti bayi, bahkan boleh membunuh diri
Kemurungan selepas bersalin boleh berlaku secara perlahan-lahan dan kadangkala sukar untuk didiagnosis. Jika anda melihat tanda-tanda kemurungan selepas bersalin berlaku pada ibu-ibu baharu, dapatkan bantuan daripada doktor secepat mungkin:
−Selalunya, ibu akan menangis tiba-tiba tanpa sebab.
−Ibu tidak mahu menjaga bayi.
−Ibu tidak mahu berjumpa atau bercakap dengan sesiapa.
−Ibu mempunyai kesukaran untuk ‘bonding’ dengan bayi.
−Ibu cenderung untuk berkata-kata negatif dan berasa dirinya tidak berguna.
−Ibu tidak mahu menjaga diri sendiri.
Kemurungan selepas bersalin memberikan kesan yang dahsyat kepada kehidupan harian ibu, dan lebih penting lagi, kepada hubungan ibu dengan anak, pasangan, dan orang lain di sekeliling. Jika anda mengalami masalah kemurungan selepas bersalin, jangan bertangguh untuk mendapatkan rawatan daripada doktor. Dengan memendam rasa dan bergelut berseorangan akan hanya menjadikan masalah ini lebih serius dan amat berbahaya. Jika perkara ini tidak ditangani dengan betul, kemurungan selepas bersalin boleh berterusan selama berbulan-bulan dan bertahun-tahun.
Bergelar ibu baru bermakna anda akan berhadapan dengan kedua-dua perubahan fizikal dan emosi. Anda mungkin akan berasa gembira dan kemudiannya berasa sedih secara tiba-tiba. Selalunya, perasaan ini akan hilang sendiri. Namun, jika anda lihat perasaan negatif anda berpanjangan melebihi dua minggu terawal selepas anda melahirkan bayi, ini berkemungkinan anda mengalami masalah kemurungan selepas bersalin, yang memerlukan anda segera mendapatkan rawatan doktor.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Madu sememangnya diketahui akan khasiatnya pada semua tetapi tidak pada bayi kita di bawah usia 1 tahun ke bawah. Bahaya! Ini yang dikongsikan oleh Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani, suami kepada pelakon Ummi Nazeera di instagramnya.
Sebagai tanda prihatin kepada permasalahan bayi dan kanak-kanak, Dr Izzar tampil menjelaskan mengapa madu tidak boleh sama sekali diberikan kepada bayi.
Racun Untuk Anak
Madu tu kita tau memang pemanis semulajadi yang baik untuk kita. Tetapi, bagi baby normal (1 tahun ke bawah), ia merupakan RACUN untuk depa. Awat pulak? Meh saya cerita.
Madu ni sebenarnya mengandungi spora daripada bakteria Clostridium botulinum. Untuk kanak-kanak besar dan dewasa, salur penghadaman kita sememangnya boleh mencerna/memproses spora tersebut ?
Tetapi buat baby-baby ni, masalah akan terjadi sebab sistem penghadaman baby belum cukup matang dan ini boleh menyebabkan baby mendapat BOTULISM?
BOTULISM ni memberi kesan kepada sistem saraf baby yang boleh menyebabkan otot menjadi lemah dan lumpuh. Botulism ni jarang berlaku, tapi kalau kena memang boleh MENGANCAM NYAWA?
Kat USA ada company menjual pacifier berisi madu (honey pacifier) kepada baby-baby. Terus naik kes botulism kat sana. Rata-rata parents sana tak tahu bahaya madu untuk baby mereka. Harap-harap tak masuk Malaysia produk tu?
Tanda-tanda Botulism pada bayi.
So kepada parents, elakkan la kasi baby tu makanan yang ada madu (madu asli/ madu proses). Makanan yang dah bakar dengan madu pun elakkan ye. Sebab spora Colostrium botolinum ni memang tahan panas.
Swipe kiri untuk check tanda-tanda botulism kat baby. Kalau baby dah termakan madu dan ada tanda-tanda botulism, bawalah jumpa Doktor ya. Jangan PM saya pula. Kami doktor mana boleh beri khidmat nasihat kesihatan kat DM message. Scammer je boleh!
Semoga ilmu dan informasi yang dikongsikan oleh Dr Izzar ini dapat dijadikan panduan buat semua ibu dalam membesarkan anak-anak. Madu memang baik tetapi bukan pada bayi kita. Take note mama!
-ends-
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seorang wanita sanggup mengorbankan apa sahaja demi cintanya. Demi suami tersayang, biar sakit bagaimana tetap sanggup melahirkan zuriat buatnya. Untuk anak-anak, biar lautan api sanggup direnangi. Begitulah hebatnya keazaman seorang wanita demi insan yang disayangi.
Setiap ibu mempunyai pengalaman yang berbeza-beza ketika bersalin. Ada yang mengambil masa, ada yang mudah. Walau bagaimana sekalipun cara melahirkan, satu persamaan sudah pasti. Ia tetap menyakitkan. Seperti yang dikongsikan oleh selebriti Yatt Hamzah, kelahiran anaknya yang keempat sangat mencabar.
PART 3 Sambungan #kisahlabourroombondaYatt
Bonda baru teringat ada bw bekal buah delima & kurma dr rumah sbg energy booster. Kena makan cepat sbb risau jap lg contraction mkn kuat, mmg x lalu x selera nk makan apa pun..Kalau x mkn xde tenaga pula nk meneran. So masa tgh kunyah delima tu, nurse masuk dan bgtau nak orientation. Dia bg briefing ttg procedure dlm Labour room. Masa tu dlm pkl 9.40 pagi. Boleh tgk jam kt dinding atas kepala Bonda tu dlm 2nd pic.
Nurse kata lepas ni Dr Asmah Yun akn dtg utk check bukaan kali ke‐2. Jika msh slow, water induce & lactose akan dimasukkan dlm drip. Mungkin jangkaan bersalin lps Zuhur atau lps ASAR tgk pd cepat atau lambat proses bukaan masa contraction. Dan nurse juga ingatkan utk buat solat Jamak Takdim lepas masuk waktu Zuhur nanti khuatir beranak waktu Asar x sempat nak solat. Bonda senyum happy sbb #hospitalPusrawi remind patients utk ambil berat Solat Fardhu walaupun dlm keadaan nak bersalin. Syabas @PUSRAWIOFFICIAL
Then nurse check BP & pasang ctg lg utk monitor baby’s movement. Alhamdulillah semua normal. So sambil layan ctg & sementara tunggu contraction lg kuat dan kedatangan dr Asmah, Bonda spend time dg suami @zulfadhli_khiruddin berdua dlm labour room. Dia setia berada d sisi setiap masa sambil berzikir dan melayan contraction Bonda yg tiba2 slow dr 5-7 minit sekali, jadi selang 9-10 minit pula. Xtau knp.
11.30 tghari mcm tu Dr Asmah dtg dan check bukaan. Msh 4 cm hurm..Hati dah xsedap. Kena msukkan pil induce lg ke mcm sblm2 ni?? Masa tu jgk Dr Asmah kata kena masuk induce air dan nk pecahkan ketuban utk cepatkn & kuatkn contraction. Masa pecahkan ketuban, Dr ambil masa yg lama dan mcm susah. Sakitnya Allah je tahu. Rupanya kata Dr membrane ketuban Bonda tebal. Lepas pecahkan ketuban, nurse masukkan ubat berak dan terus je terasa dan msuk toilet. Selesai di toilet, nurse masukkan induce drip dan…ALLAH tolong aku!!!
BERSAMBUNG …
PART 4 Sambungan #kisahlabourroombondayatt
11.30am – xsampai 3 minit drip induce tu masuk dlm darah, terus rasa sakit. Cepat2 minta ampun pd suami tak tahu kali ke brp tah. Maka bermulalah perjuangan antara hidup & mati seorang ibu yg mana hanya dpt dirasai & difahami bila sudah menjadi seorang ibu.
12.30pm – lunch sampai tp mmg xselera langsung. Sakit mkn kerap, mkn kuat. Contraction dtg selang 5min selama seminit panjangnya. Masuk Zuhur, cpt2 brwuduk & solat jamak qasar utk elak lbh sakit. Masa Tahiyyat akhir contraction dtg sgt kuat dan lama. Masa tu mmg freeze skjp tahan sakit yg amat. Dah hilang contraction baru sambung selesaikan solat. Badan dah mkn lembik menahan sakit. Rasa lapar baru dtg, tp msh x lalu nk mkn. Just telan sdkt kurma dan air zam2 utk energize blk.
14.30 – Dr Asmah check blk bukaan. 6 cm, katanya maybe lps Asar akan progress lbh cpt. Dan dia minta nurse masukkan 1 lg tiub induce bila tiub yg Bonda sdg pakai dah hbs. Rasa mcm MASA brjln sgt SLOW. Dan risau nanti xde energy masa nk meneran, so paksa diri telan 3-4 sudu nasi dg kuah kari yg dh sejuk. Itu je yg mmpu dijamah.
Drip kedua masuk je, sakit yg mkn dasyat dtg. Rasa mcm nak pecah peranakan tu. Allah je tahu sakitnya mcmana. Air mata jatuh laju dan bibir ni x stop ulang kalimah لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ “لا إله إلا الله محمد رسو”
Mcm2 cara & posisi dbuat utk kurangkn sakit. Tp sakit mkn tak tertahan..Doc suruh baring ke kiri utk cptkn bukaan & utk baby beralih ke tengah sbb masa tu baby dduk sblh kanan perut dan msh tinggi kepalanya nk masuk dlm laluan. Doc bg gas utk divert sakit tu tp xkrgkan sakit. Just bg x focus pd sakit. Swipe left utk tgk Bonda menahan sakit. Sebak tgk muka sendiri😢
4pm – Dah 8cm. Hati lega igt boleh terus bersalin tp doc kata tunggu 10cm,kalau paksa teran 8cm nanti koyak. Tp dah xlarat nk tunggu. Wallahi bersalin kali ni PLG SAKIT. Sakit xstop, xde break. PELIK. Pttnya break selang 3‐5min tp kalini xde break. Sakit all the way. 5pm-tiba2 rasa nak .. 1st time rasa nak.. Rasa nak apa? (BERSAMBUNG)
Tahu ramai yg tunggu Part 4 ni. Sorry sgt dah janji nak share 2hari lps pun x done sbb bz dg anak2..🙏 @ Hospital Pusrawi , Jalan Tun Razak.
Selepas segala keperitan yang dilaluinya, Yatt Hamzah selamat melahirkan puteri keempatnya yang diberi nama Suci Hawa Zulaikha pada 30 Disember yang lalu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bacaan surah Al-Fatihah oleh anak usahawan Neelofa dan PU Riz, Muhammad Bilal dipuji wargamaya malah memuji cara didikan pasangan ini dalam mendidik anak mereka.