​​​​​​​Jadikan Amalan Untuk Ambil Gambar Atau Video Anak Jika Timbul Keadaan Yang luar Biasa

Share

Jadikan amalan untuk ambil gambar atau video anak jika timbul keadaan luar biasa. Sebagai contoh anak tiba-tiba muntah macam air paip, ambil gambar keadaan anak tersebut dan bawa ke klinik untuk tunjuk pada pakar. Gambar tersebut boleh dijadikan sebagai bukti atau rujukan pihak kesihatan.


Contoh lain seperti tiba-tiba anak naik ruam kulit, warna najis anak berbeza, warna muntah yang mencurigakan dan sebagainya. Simpan gambar-gambar tersebut sebagai rujukan pada masa hadapan.

Jika anak anda tiba-tiba dijangkiti Chickenpox, ikuti langkah yang disarankan oleh doktor kanak-kanak ini.

6 Perkara Yang Ibu Ayah Boleh Buat Segera Jika Anak Anda Terkena Jangkitan Chickenpox.

1) Kalau keadaan anak masih aktif, boleh jaga anak di rumah saja.

Chicken pox ni sangat mudah berjangkit. Jadi elakkan ahli keluarga yang lain dari terdedah pada pengidap chicken pox ni. Tunggu sehingga semua ruam menjadi kering dan tidak ada ruam baru yang muncul. Selalunya akan ambil masa seminggu untuk ruam tu kering menjadi keruping.

Barulah dikira anak ni tak mampu menjangkiti orang lain. Asingkan pakaian, tuala, alat untuk makan minum supaya tak bercampur dengan ahli keluarga yang lain.

2) Redakan demam anak dengan ubat demam Paracetamol.

Dos : Syrup Paracetamol 15mg/kg setiap 6 jam.

Jangan guna Aspirin untuk redakan demam anak. Jika Aspirin diberi pada kanak-kanak yang dijangkiti Chickenpox, ia boleh menyebabkan penyakit Reye’s syndrome yang merosakkan hati dan otak anak.

3) Sapu dengan calamine lotion setiap kali selepas mandi.

Ia akan beri kelembapan dan kelegaan pada kulit anak.

4) Bantu kurangkan kegatalan kulit dengan beri ubat cecair antihistamine untuk dimakan.

Bagi bila perlu dan mesti ikut dos yang dicadangkan sahaja.

5) Potong kuku anak jadi pendek.

Ketika anak menggaru kulit, kuman dari bawah kuku akan masuk ke kawasan ruam dan menyebabkan jangkitan bakteria (secondary infection) pada kulit. Untuk bayi dan anak kecil, boleh pakaikan sarung tangan (mitten) supaya mereka tak menggaru kulit yang gatal tu. Untuk kurangkan kesan parut pada kulit, elakkan anak dari mengopek keruping.

6) Ambil gambar

Ambil gambar keadaan anak ketika mula-mula ruam tersebut naik sehinggalah sembuh. Jika kulit anak semakin teruk, sekurang-kurangnya anda mempunyai gambar rujukan yang boleh dirujuk oleh pakar.

Sumber: Redza Zainol

Published by
Nik Nurul Fatin Nik Mahmud