Dalam dunia hiburan yang sering menampilkan senyuman, glamor dan gaya hidup yang tampak sempurna, kisah pelakon dan penyanyi Betty Banafe membuka mata ramai. Di sebalik ketenangan wajahnya, rupanya tersembunyi luka dan perjuangan panjang yang tak ramai tahu.
๐ญ Terpaksa Tanggung Hutang Bekas Suami
Selepas enam tahun bercerai dengan bekas suaminya, Bruce Dargus, Betty mendedahkan bahawa beliau kini menanggung beban hutang yang ditinggalkan semasa mereka masih bergelar suami isteri. Apa yang lebih mengejutkan, hutang itu bukan sedikit dan sehingga kini masih memberi kesan besar kepada kehidupannya.
Menurut Betty, sejak bercerai, beliau berdepan dengan berbelas-belas kes mahkamah yang difailkan oleh bekas suami yang kini tinggal di Amerika Syarikat. “Bukan saya yang saman, tapi saya kena pergi mahkamah sebab saya kena defend diri saya dan anak-anak,” luahnya.
โ๏ธ Belas-belas Kes Mahkamah & Tekanan Emosi
Betty menyatakan dia kini ‘berperang’ di mahkamah demi mempertahankan hak anak-anak dan membela dirinya daripada tuntutan yang dianggap tidak masuk akal. Bayangkan seorang ibu tunggal, terpaksa membahagikan masa antara kerja, anak-anak, dan urusan undang-undang yang memakan emosi dan tenaga.
Ads
Katanya lagi, kos guaman bukan kecil. Tapi demi masa depan anak-anak, dia tetap kuat walaupun dalam hati hanya Tuhan yang tahu perasaannya. “Saya bayar peguam pakai duit sendiri, saya cari duit halal untuk anak-anak. Saya tak pernah minta sedekah.”
๐ฉโ๐งโ๐ฆ Seorang Ibu, Dua Anak, Banyak Pengorbanan
Betty kini membesarkan dua anak hasil perkahwinannya terdahulu dengan penuh kasih sayang. Meski diuji dengan pelbagai tekanan, beliau tidak pernah menyalahkan takdir. Baginya, anak-anak adalah anugerah paling berharga dan sumber kekuatan yang tidak ternilai.
Ads
โKalau saya jatuh, siapa nak bangun untuk anak-anak saya? Mereka tengok saya sebagai contoh. Saya kena terus senyum dan kuat walau dalam hati penuh luka,โ katanya dengan nada penuh keibuan.
๐ธ Dari Selebriti ke Pejuang Kehidupan
Betty bukan sekadar selebriti ย beliau kini menjadi simbol kekuatan wanita moden. Ramai netizen dan rakan artis tampil memberi sokongan moral, menyatakan rasa kagum terhadap keberanian dan ketabahannya yang luar biasa.
Ramai juga melihat Betty sebagai suara kepada wanita-wanita di luar sana yang turut berdepan dengan cabaran selepas perceraian sama ada dari segi kewangan, mental mahupun hak penjagaan anak.
Ads
โจ Harapan Baru, Doa Berterusan
Betty akui, kadang-kadang dia rasa penat dan hampir putus asa. Tapi dia yakin, ujian ini ada hikmah. Dia percaya satu hari nanti, semua ini akan berakhir dan dia akan bangkit dengan lebih kuat.
โApa yang saya lalui ini mungkin pahit, tapi saya yakin Allah tak pernah sia-siakan air mata seorang ibu,โ kongsinya.
Betty Banafe membuktikan bahawa kekuatan seorang wanita tidak hanya terletak pada wajah yang tersenyum di khalayak, tetapi pada keberanian untuk terus bangun walau berkali-kali dijatuhkan. Semoga kisahnya memberi inspirasi kepada lebih ramai wanita untuk tidak tunduk pada ujian, sebaliknya terus melangkah ย demi anak, demi masa depan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ditentukan Allah untuk mengikat tali cinta di sewaktu muda, usahawan berjaya, Datuk Alif Syukri bagaimanapun tidak mahu anak-anaknya mengikut jejaknya dan isteri yang mendirikan rumah tangga pada usia muda.
Bagi dirinya, masa muda sepatutnya diisi dengan ilmu terlebih dahulu sebelum memikul tanggungjawab yang besar.
Menerusi perkongsian videonya, bapa kepada enam anak ini turut mahukan anaknya berjaya terlebih dahulu sebelum melangkah ke jinjang pelamin.
“Saya ni bukan Tuhan nak menghalang jodoh, ajal ketentuan kan di tangan Tuhan tapi sebolehnya saya tak nak kalau anak saya kahwin muda, sebab saya pernah merasa bagaimana kahwin muda.
“Kalau boleh saya nak dia explore dulu, nak ada pelajaran dulu, of courselah saya nak anak saya ada pendidikan yang baik.
“Saya nak dia lengkapkan diploma, ijazah dan sebagainya dahulu sebolehnya tapi kalau jodoh datang awal saya terpaksa reda,” luahnya berkongsi.
Menurut Datuk Alif lagi, dia yang dilahirkan dalam keluarga yang ramai juga turut mahukan anak ramai namun bersyukur dianugerahkan dengan enam rezeki cahaya mata.
Malah bapa penyayang ini turut menitipkan ucapan kepada ibu bapa agar sentiasa menghargai dan menjadikan anak sebagai sahabat yang baik.
“Saya ni sebenarnya ada adik beradik yang ramai. Bila ada adik beradik ramai ni saya happy. Kalau boleh saya nak ada 12 orang anak tapi alhamdulillah saya ada enam anak. Bagi saya tu dah cukup ramai, alhamdulillah.
“Bagi saya setiap anak ini ada rezekinya. Setiap anak lain ragamnya, lain auranya dan setiap anak ada rezeki masing-masing. Jadi sebab itulah saya suka ramai anak.
“Kepada mak ayah semua yang ada anak ramai, saya doakan anda menjadi seorang mak bapak yang baik, menghargai anak dan jadikan anak sebagai sahabat. Inshallah kehidupan kita lebih bahagia.
“Hargai keluarga selagi mereka ada, kalau tak ada nanti kita rindu,” ujarnya lagi berkongsi.
Kadang-kadang untuk ibu bapa yang sibuk, mungkin tertanya-tanya berapa minit sehari, masa yang berkualiti perlu diluangkan bersama anak-anak ?
Quality time yang mana dapat memenuhi keperluan anak-anak. Q15 atau quality fifteen.ย Ya, cuba luangkan dan lakukan aktiviti selama 15 minit sehari untuk seorang anak. Jika ada dua orang anak, maka 15 minit seorang,ย jadi 30 minit sehari anda perlu berikan pada anak-anak.
Kalau 4 anak, jadi sejam sehari. Kalau tak mampu nak luangkan masa hari Isnin contohnya, mungkin kita balik kerja, emosi tak stabil, pening nak masak apa, pening kena marah dengan bos.
Jadi pindahkan 15 minit ke hari esok yakni hari Selasa. Sebabnya quality time bersama anak, kita perlu berikan masa, perhatian sepenuhnya, emosi positif dan aura gembira.
Itu tujuan quality time. Jadi 30 minit untuk seorang anak. Jika dua orang, sejam lah jadinya.
Seminggu, 15 minit x 7 = 1 jam 45 minit. 1 jam 45 minit untuk seorang anak dalam satu minggu. Kalau tak mampu juga, qadhalah masa tersebut pada hujung minggu.
Mungkin hari Sabtu bawa anak pertama shopping selama 1 jam 45 minit atau lebih. Ikutlah asalkan cukup kouta untuk satu minggu.
Mungkin hari Ahad bawa anak kedua ke tempat lain pula. Jadi, jika mahu mempunyai anak yang ramai, ibu bapa harus bersedia memberikan masa ,emosi dan perhatian untuk ramai anak.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tak semua orang bermula dengan kejayaan dengan mudah. Bagi Zul Hakim Zulhaimi, cukup berani untuk pilih jalan yang lebih susahย dan akhirnya, lebih bermakna.
Kalau ikut rekod, keputusan SPM beliau cuma 2A. Tak layak pun masuk universiti awam waktu tu. Tapi anak muda ini tidak berhenti di situ. Dia tak biarkan angka kecil dalam slip peperiksaan menentukan siapa dirinya.
Dari aliran sastera ke kejuruteraan berteknologi tinggi
Zul Hakim adalah pelajar aliran sastera, bukan STEM, bukan juga teknikal. Tapi pada tahun 2018, dia nekad keluar dari zon selesa dan menyambung pengajian dalam Diploma Kejuruteraan Teknologi Mekatronik di German-Malaysian Institute (GMI)ย satu bidang yang memang asing dari latar belakang asalnya.
Nak survive dalam bidang ni bukan senang, apatah lagi datang dari bukan aliran sains. Tapi Zul tak cari alasan. Dia kerja keras, ulang kaji sampai lewat malam, hadap silibus teknikal yang berat, dan akhirnya berjaya tamatkan diploma dengan keputusan cemerlang pada 2021.
Tawaran ke Amerika, Peluang yang tak disia-siakan
Kejayaan di GMI membuka pintu besar untuknyaย tajaan pengajian ke luar negara daripada MARA. Zul pilih Purdue University, Indiana, Amerika Syarikat, salah satu universiti kejuruteraan terbaik di dunia.
Di sana, Zul bukan sekadar pelajar biasa. Dia bukan saja menggenggam dua ijazah serentak dalam bidang:
Mechatronics Engineering Technology, danย Automation & Systems Integration Engineering Technology,ย malah berjaya habiskan pengajian lebih awal dari tarikh asal yang dijadualkan (Fall 2025) kepada Spring 2025. Lebih padat, lebih cepat, dan tetap cemerlang.
Projek hebat dan pengiktirafan antarabangsa
Zul aktif dengan pelbagai projek teknologiย termasuk pembangunan prototaip exoskeleton pintar dengan sensor untuk aplikasi industri dan pendidikan.
Dia turut dilantik sebagai Teaching Assistant bagi kursus Lean Six Sigmaย satu pengiktirafan yang biasanya hanya diberikan kepada pelajar luar biasa. Di Tech Expo Purdue pula, dia mewakili kumpulan untuk bentangkan hasil projek kepada pihak industri dan akademik.
Sebagai kemuncak, beliau dianugerahkan Golden Honor Cord, simbol tertinggi kecemerlangan akademik di Purdue.
Dari kegagalan ke kebanggaan negara
Apa yang Zul Hakim capai ini bukan sekadar kejayaan individu, tapi kisah penuh pengajaran. Bahawa kita semua boleh berubah dari titik rendah ke kemuncakย asalkan ada tekad, kerja keras dan percaya pada diri sendiri.
Beliau tidak bermula dengan kelebihan, tapi beliau bermula dengan keberanian. Dan hari ini, dia berdiri sebagai inspirasi buat ribuan anak muda Malaysia yang rasa keputusan SPM mereka โtak cukup bagusโ.ย Kerana realitinya keputusan kita hari ini tak pernah menentukan siapa kita akan jadi esok.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.