Mendirikan rumah tangga adalah satu keputusan paling besar yang perlu dilakukan oleh setiap individu seumur hidupnya.

Perlu juga faham perkahwinan bukanlah sesuatu perkara yang remeh-temeh. Ia melibatkan penyatuan hati dua insan yang bersetuju untuk sentiasa bersama tidak kira susah atau senang. Termasuklah saling membantu satu sama lain menjaga amanah dari Allah iaitu dengan kehadiran zuriat.

Namun dalam melayari rumah tangga, sebagai seorang suami atau isteri pernah tak terlintas di fikiran apakah yang kita lakukan itu sebenarnya boleh meringankan beban pasangan atau sebaliknya.

ARTIKEL MENARIK [Isteri Merajuk, Suami Pujuk. Suami Marah, Isteri Mesti Jaga Mulut. Itu Kebahagiaan Rumah Tangga!

Perkongsian dari seorang suami yang telah kematian isteri dan juga bapa kepada tiga anak lelaki, Khairul Abdullah sempena Hari Bapa cukup memberi kesan yang mendalam betapa nikmatnya kita masih berpeluang mempunyai pasangan untuk saling melengkapi dan menguruskan rumah tangga dan anak-anak bersama.

​​​​​​​Isteri Yang Dibantu Suami, Isteri Bahagia. Bukan Harap Duit & Emas, Cukuplah Rajin Tolong!

Isteri Hanya Nak Suami Tolong

Saya selalu wonder, apa yang arwah isteri harapkan kepada saya sebagai seorang suami dan juga seorang bapa? Adakah cukup dengan bagi dia anak dan bagi duit setiap bulan?

Ads

Tidak.

Ya, seorang isteri harapkan lebih daripada itu. Bukan dia minta pada saya wang berjuta, namun kalau ada itulah bonus untuk dia. Biasanya dia cuma minta keberadaan saya sebagai suami dalam mengharungi urusan rumah tangga bersama.

Senang cakap, dia nak suami tolong dia.

Yer, seorang isteri sangat mengharap untuk dibantu. Semua isteri mahu dibantu dalam menguruskan rumah tangga.

Sama-sama bangun malam tukarkan lampin anak. Sama-sama membantu mengemas rumah terutamanya cuci toilet tu. Sama-sama basuh pinggan dan cawan selepas makan. Sama-sama jemur kain baju di ampaian dan sama-sama kutip mainan anak-anak yang mana bila terpijak boleh membakar jiwa.

Inilah yang paling dia nak sebab kerja mengurus rumah tangga ni adalah sangat berat dan memenatkan. Nampak macam mudah, tetapi hakikatnya memeritkan fizikal dan juga emosi. So bila dibantu dan buat bersama-sama beban tu hilang separuh.

Ads

​​​​​​​Isteri Yang Dibantu Suami, Isteri Bahagia. Bukan Harap Duit & Emas, Cukuplah Rajin Tolong!Isteri Yang Dibantu, Isteri Bahagia

Sesungguhnya, isteri yang dibantu adalah isteri yang bahagia.

Kita sebagai suami dan ayah ni adalah role model kepada anak-anak. Budak-budak ni belajar melalui pemerhatian. Depa perhati sahaja apa kita buat dan ikut.

Kalau kita jenis asyik tengok tv maka depa pun akan jadi macam tu. Kalau kita jenis lepas makan tinggal pinggan di meja maka depa pun akan ikut macam tu. Kalau kita jenis buka baju dan seluar main campak merata maka anak-anak juga akan ikut begitu.

​​​​​​​Isteri Yang Dibantu Suami, Isteri Bahagia. Bukan Harap Duit & Emas, Cukuplah Rajin Tolong!Suami Rajin, Tak Pernah Berkira, Itulah Hero Isteri & Anak

Ads

Jadi, sempena hari bapa ni jomlah kita muhasabah balik diri kita ni. Sempurnakah kita sebagai seorang suami kepada isteri dan bapa kepada anak-anak.

Adakah kita role model yang terbaik untuk mereka. Adakah anak-anak akan bangga dengan apa yang kita lakukan. Paling penting adakah mereka bangga dengan cara kita melayan ibu mereka.

Yang belum pernah basuh pinggan sendiri, yang belum pernah cuci toilet dan mop lantai, yang belum pernah jemur baju, yang belum penah basuh berak dan tukar lampin anak, yang belum tahu cara buat susu, jomlah kita mulakan pada hari ini.

Jadikan hari bapa hari ini sebagai titik baru dalam hidup kita sebagai seorang suami dan juga seorang bapa yang awesome.

Semoga satu hari nanti, isteri akan bangga mengatakan yang “itulah suami saya” dan anak-anak dengan bangga menunjukkan “itulah ayah saya.”

Selamat Hari Bapa buat semua.

Sumber: Khairul Abdullah

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI