
Bayangkan⦠baru nak bancuh kopi pagi, tiba-tiba terbaca satu berita bilik guru dan pejabat sekolah terbakar! Hati ibu mana yang tak cuak bila dengar berita macam ni?

Itulah yang berlaku semalam dekat SMK Dang Anum, Merlimau, Melaka. Awal pagi, sebelum loceng sekolah berbunyi, api dah āmenjilatā hampir 80% bangunan bilik guru. Nasib baik semua pelajar selamat. Kalau tidak⦠tak tergambar kita sebagai mak ayah ni.
š° Tak Boleh Bayang Kalau Anak Ada Masa Tu…
Cuba tanya diri kita:
Anak kita ni, tahu tak nak buat apa kalau tiba-tiba ada kebakaran?
Tahu ke jalan keluar? Tahu ke mana nak lari? Atau panik, terus diam membatu?
Selama ni kita fikir sekolah tempat paling selamat. Tapi realitinya, kes kebakaran di sekolah makin kerap berlaku. Dan ya, bukan semua sekolah ada latihan kebakaran yang konsisten.
š Tiga Soalan Ibu Bapa Patut Tanya Hari Ini:
Sekolah anak saya ada tak sistem keselamatan yang lengkap?
ā Penggera asap? Alat pemadam api? CCTV?Pihak sekolah buat latihan kecemasan tak?
ā Anak tahu ke cara selamatkan diri?Kalau jadi apa-apa, siapa akan hubungi saya dulu?
ā Ada sistem kecemasan ke, atau ibu bapa dapat tahu dari media?
š” Apa Kita Boleh Buat (Sebagai Mak Ayah yang Prihatin)
š Call sekolah tanya sendiri.
Jangan malu. Kita bukan menyibuk, kita peduli.
š§ Ajar anak tentang keselamatan asas.
Macam mana nak keluar bila ada asap. Apa nak buat kalau kawan panik.
š¤ Join PIBG & suarakan isu keselamatan.
Kadang-kadang sekolah tak cukup bajet. Suara ibu bapa boleh bantu.
š¬ Sebab Anak Kita Bukan Mainan. Nyawa Mereka Amanah.
Insiden SMK Dang Anum tu⦠mungkin boleh jadi penggera untuk kita.
Bukan nak takutkan, tapi nak sedarkan.
Kita tak boleh tunggu sampai tragedi jadi depan mata.
Sekaranglah masa paling tepat untuk kita ambil tahu, ambil berat, dan ambil tindakan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Biar Hati Suami Tetap Setia & Sayangkan Kita, Isteri Boleh Amalkan Doa Ini

Setiap perkahwinan pasti akan diuji dengan cabaran yang mungkin menggoyahkan kesejahteraan hubungan suami isteri. Kadang kala, pertelingkahan berlaku hanya disebabkan hal remeh. Tetapi tidak dinafikan juga, sesetengah perkahwinan tergugat kerana kehadiran ‘orang ketiga’.
Artikel Menarik: [Jangan Pertikai Kenapa Besar. Beg Tangan Isteri Macam Poket Doraemon, Semua Ada!]
Selain sikap menghormati dan toleransi sesama kita, ibadah harian yang dibuat juga dapat membantu mengekalkan keharmonian rumah tangga.

Selain solat dan berdoa seperti biasa, apa kata anda selitkan sekali doa khas untuk menjaga kesejahteraan perkahwinan? Doa yang Pa&Ma ingin kongsikan ini membantu memberi kebahagiaan dalam hubungan suami isteri serta memastikan rumah tangga dihindari godaan dari luar.
AMALKAN DOA HEBAT INI!
Surah Thaha ayat 39 yang bermaksud: “Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu diasuh di bawah pengawasanku.”
Artikel Menarik: [Sebelum Tidur, Suami Isteri Kena 0-0 Dulu. Baru Terang ‘Nur’ Rumah Tangga]

Doa ini boleh diamalkan untuk mengikat kasih sayang antara suami dan isteri. Cara untuk mengamalkannya: Setiap kali bersua dengan pasangan, bacalah ayat ini. Untuk kesan yang lebih baik, hendaklah diamalkan selalu membaca di hadapannya.
Tidak perlu dibaca dengan kuat, memadailah sekadar dengan hanya membaca di dalam hati. Selain itu, agar dikasihi ramai orang, bacalah kedua-dua ayat ini setiap kali selepas solat sebanyak tiga kali.

Selain berdoa dan menyerahkan segalanya kepada Allah SWT, suami isteri harus berbaik sesama sendiri dan berkasih sayang selalu. Setiap pasangan perlu saling menghormati dan memastikan setiap hak pasangan mereka dipenuhi.
Artikel Menarik: [Suami Isteri Selalu Bermanja & Saling Bercinta, Rahsia Kurus Paling Mudah!]
Allah SWT telah menemukan kita dengan pasangan (jodoh) dan berdoalah agar dia yang terbaik untuk melengkapi hidup kita. Dan semoga pasangan kita dapat terus bersama meniti kebahagian di dunia dan di akhirat bersama beserta anak-anak.
DOA UNTUK KEBAHAGIAAN SUAMI ISTERI
Jagalah amalan seharian kita dan lindungilah hubungan dengan pasangan dengan saling mendoakan untuk kebaikan bersama.

Sumber: Pesona Pengantin
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Ni Terus Macam Datin Sri, Bukan Makcik-Makcik…” Dato Sri Alif Syukri Hadiah Isteri Barang Kemas RM1.5 Juta!

Bila cerita barang kemas ini, tentu buat ramai yang teruja. Terbaru Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman bikin gempar media sosial! Kali ni perkongsian beliau memang buat ramai teruja, mana taknya, hadiahkan rantai bernilai RM1.5 juta untuk isteri tersayang!
Video yang dikongsi oleh ushawan sensasi ni berjaya menarik perhatian netizen. Emas pilihan bukan calang-calang dari design moden, elegan, sampai la ke yang klasik pun ada. Semua cantik, semua berkilau, semua mengundang rasa nak beli!

Kelihatan Alif Syukri memakaikan rantai bersaiz besar di leher isterinya. Malah menegur bahawa jangan anggap dia ia rekaan untuk ‘makcik-makcik’ tetapi sesuai untuk gelaran isterinya sebagai ‘Datin Sri’ .
“Ni Terus Macam Datin Sri, Bukan Makcik-Makcik…
Dalam pada itu, walaupun isterinya menghalang Alif dari membeli dengan jumlah yang banyak, namun Alif menyifatkan ia sebagai pelaburan buat anak-anak apabila mereka telah tiada.
Menerusi kapsyen perkongsian isterinya, menjelaskan bahada dia tidak menyangka suaminya sanggup berhabis untuk membeli barang kemas.

Syukur hari ni apa ntah mimpiĀ @aliffsyukriterlajaklarisĀ nak belikan barang kemas. Ya Allah baramg kemas dekatĀ @kedai_emas_merchant9 ni semua lawa lawa ya. Dari anting2, gelang, rantai, cincin sampai gelang kaki semua ada. Yang minat emas memang wajib datang sini. Design dia yang paling saya suka. Nampak moden dan terkini. Boleh dikatakan ini lah syurga untuk wanita wanita. – Datin Seri Nur ShahidaĀ

NETIZEN BERI PUJIAN
Meninjua di ruangan komen, rata-rata mengganggap isteri DS Alif beruntung mempunyai suami yang menghargai isteri. Antara komen adalah
“Alhammdulillah,bila tgk seorang isteri dihargai…”
“Dia yang peluk wife dia ,aku kt sini yg senyum sampai telinga.”
“Suami yg baik, angkat darjat isterinya yg sangat humble dan baik di mata mertua. “
“Alhamdulillah,moga terus bahagia hingga syurga”
Sumber: aliffsyukriterlajaklaris
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Dah Sampai Had, Tak Mampu Cuba Lagi.” Suami Mengaku Tak Sayang, Ada Yang ‘Lain’

Hati seorang isteri rapuh, mudah tersentuh. Tetapi sekali ia menjadi kebal, tak mungkin boleh disakiti lagi. Selepas berkahwin, isteri menghabiskan masa serta berkorban apa saja demi keluarganya. Baik buruk suami diterima dengan hati terbuka kerana merasakan dirinya juga tidak sempurna.
Hanya Tuhan yang tahu jika rasa kasih itu dianiaya, diabaikan. Betapa sakitnya hati seorang wanita jika dirinya dicurangi. Apatah lagi selepas segala pengorbanan yang dia lakukan untuk si suami. Ikuti coretan dari wanita ini, yang diabaikan oleh suaminya kerana orang ketiga.
Selamat sejahtera pembaca semua. Aku terasa ingin berkongsi coretan hidup aku.
Sebelum aku cerita lebih lanjut lagi, sedikit sebanyak tentang diri aku ialah aku seorang yang sentiasa beri yang terbaik. Tak kisahlah dalam pelajaran, dengan kawan, dengan keluarga, rakan sekerja, selagi boleh, dari aku sendiri, aku akan bagi yang terbaik.
Dapat Anak Selepas Beberapa Tahun Berkahwin
Sampailah ke rumah tangga aku. Syukur aku dikurniakan cahaya mata pertama selepas beberapa tahun berkahwin. Menghadap jugaklah soalan serta pelbagai nasihat dari pelbagai pihak. Aku jadi agak lost sebab bab anak ni di luar kawalan aku, setakat aku mampu usaha, aku usaha.
Macam yang aku kata tadi, kalau dari aku, aku memang mencuba sehabisnya, apa yang aku tak mampu kawal, aku berserah.
Cuma satu salah aku yang sangat ketara disini ialah aku anggap pasangan aku macam aku jugak, usaha sehabis mungkin, yang tak mampu kita usaha, kita berserah. Ya, ini silap terbesar yang aku terlupa dah alpa, pasangan kita bukan kita.
Fast forward, bila baru menimang cahaya mata ni, the struggle is real, bak kata orang. Siapa kata ada anak semudah ABC. Menyusu anak pun bukan senang.
Struggle Jadi Ibu
Yes, aku struggle menjadi first time parent. Semalaman aku menangis dekat wad, mencari bahan bacaan bila aku tak reti nak menyusukan anak aku. Dengan emosi tak stabil lepas beranak, bacaan gula anak aku sangat rendah bila aku tak reti menyusukan dia.
Nasib baik Tuhan datangkan jururawat, bersungguh-sungguh ajar aku menyusukan anak. Untuk bakal ibu kali pertama, nasihat aku, belajar menguruskan anak itu sangat penting barulah fikir nak beli apa. Aku agak kemurungan dengan fakta bahawa aku tak reti jaga anak.
Ok. Apa kaitan pulak pengalaman beranak dengan cerita aku kan?
Ya, dari sini aku diuji 100% limit aku. Aku spesies sentiasa buat sehabis baik, so bila anak aku meragam, anak aku jatuh sakit, anak aku menangis tak berhenti, aku kelam-kabut. Macam-macam aku tanya, baca sana sini. Belajar.
Selalu aku bermasam muka dengan pasangan aku bila aku tengok dia tak cuba tolong aku, bagi aku macam-macam arahan dan komen, tapi pasangan aku sendiri tak cuba buat pun untuk meredakan situasi.
Aku rasa macam kenapa tak cuba buat, baru tahu susah ke senang nak redakan anak. Salah aku, aku sangka pasangan aku mencuba sama seperti aku. Bulan berganti bulan, aku makin stabil dalam mengurus anak, aku perasan sesuatu dengan tingkah laku pasangan aku.
Jeng jeng jeng. Pasangan aku dan telefonnya jadi akrab, bagai isi dengan kuku, bagai aur dengan tebing, bersatu teguh bercerai roboh, begitulah perumpamaannya. Asyik nak me-time. Ok, silakan.
Aku ok, ambillah masa untuk diri sendiri. Anak, pasangan jangan dilupa. Kita sama-sama kena ada rasa tanggungjawab. Aku tak kisah nak me time ke, nak bersosial dengan kawan ke, asal sedar diri, tahu limit, tahu tanggungjawab, cukup. Masing-masing ada akal, ada agama.
So, sini silap aku jugak. Pasangan kita bukan macam kita. Sekali lagi aku alpa.
Suami Ada ‘Kekasih Gelap’
Sampailah satu ketika, hati tak tenang, rasa ada sesuatu yang pasangan aku buat. Too good to be true, ya pembaca sekalian.
Tekaan anda tepat, pasanganku selingkuh, curang, ada hubungan sulit. Tapi the best thing is, at the very first place, bukan itu yang aku ketahui.
Yang aku dapat direct to the face is that, aku tak dicintai dan tak disayangi sejak mula kami bernikah. Dah sampai had, tak mampu mencuba lagi katanya. Tak selera denganku, anak dah ada, dah habis pantang berkurun, aku masih lagi tak disentuh. Maka, aku izinkan dia pergi.
Fast forward lagi, hati aku ni asyik kata there must be something else. Tak mungkin gini tetibe gitu ha. Dalam tempoh nak settle di pejabat agama, tudia ha, tak selindung lagi dah. Mesej, call, sampai ke tengah malam, depan aku, depan anak aku.
Aku tahan mata, hati dari nak lempang pasangan aku. Ya, pasanganku ada yang lain, katanya selepas perbincangan kami untuk berpisah tempoh hari.
Aku dengan muka tebal, hubungi kekasih cinta matinya itu, turned out that itu cinta lama berputik semula, biarlah, suka hati lah nak berputik ke apa, ingat itu semua haram. Aku masih lagi isteri, tunggu aku settle dulu, baru suka hatilah nak buat apa.
Apa Salah Aku?
Hari demi hari, masa nak settle kat mahkamah makin dekat. Aku puas dah kena hadap macam-macam nasihat dari pelbagai pihak untuk selamatkan rumah tangga aku. Sampai satu tahap aku rasa, apa lagi salah aku.
Pasangan aku tu ha, tak ada orang nak tegur, nak nasihatkan ke? Asyik aku aku aku yang kena itu ini. Benarlah bak kata kaunselor yang aku jumpa, tak ke mana bila mana pasangan kita tak bersyukur, memang buruk kita yang mereka nampak.
Jujur, pembaca sekalian, aku tak ada cerita buruk tentang pasangan aku, bukan sebab tak ada cacat cela pasangan aku, bukan jugak aku ni baik sangat.
Prinsip aku dalam rumah tangga, yang buruk itu, selagi tak mendatangkan mudarat, tak mencederakan, masih ada hari esok untuk pasangan kita mencuba. Maka, aku tak melihat buruk pasangan itu sebagai beban. One at a time, perbaiki diri masing-masing.
Ya, ini jugak silap aku, pasangan aku bukan aku. Semua kurang aku, buruk aku, dia highlight. Sampai aku tak tahu apa yang elok aku dimata dia.
Semua makan pakai, rumah, aku urus elok. Aku mengaku bila penat, aku masam. Aku masam bila aku tak diberi perhatian sebenarnya. Penat lelah semua tu apa aku kisah, lumrah manusia. Tapi manja aku hilang, lembut aku hilang, bila aku disisih, tak diberi kasih sayang.
Aku kosong di dalam. Aku merajuk inginkan perhatian, inginkan nafkah batinku. Back to the point that pasangan aku tak cintakan aku, so dia tak peduli bila aku merajuk, aku nak perhatian.
Bak katanya, nak buat apa semua tu, dah kahwin dah pun. Aku lihat inilah masalah utama rumah tangga aku. Tiada tautan hati, rapuhnya yang aku tak sedar dalam diam.
Biarlah Aku Undur Diri
Akhirnya, aku mengalah. Aku undur diri. Aku banyak tertekan sepanjang aku cuba selamatkan rumah tangga aku. Semua buruk aku diceritakan pada orang lain. Semua nasihat, aku yang kena hadap. A sampai Z semua aku yang kena cuba, kena perbetulkan.
Aku kena hadap setiap tuduhan yang aku hancurkan semuanya. Aku yang menghadap anak aku yang bakal membesar tanpa keluarga yang sempurna, tapi tak sikit pun orang tegur sikap pasangan aku. Ya, semua perempuan yang salah. Hati aku mati.
Buat pertama kali, aku kata pada diri aku sendiri, cukuplah. Berhentilah mencintai pasangan aku dengan sepenuh hati. Aku kecewa, sampai hati semua buat aku macam ni. Salahkan aku, semua buruk pada aku. Sampai hati.
Nasib tempoh PKP ni, aku tak dapat pergi mahkamah. Aku duk menghadap anak aku 24/7. Aku pilu, aku menangis sebab aku tak dapat jadi mak yang sempurna bagi anak aku.
Maafkan aku wahai anakku sebab emakmu ini memilih cerai, memilih untuk berpisah. Memilih menjadikanmu seakan terpisah dari ayahmu. Maafkan emak.
Masa itu akan tiba tak lama lagi anakku, maafkan emak sayang. Emak tak kuat untuk pertahankan lagi. Emak hancur di dalam, emak tak mampu lagi. Maafkan ayah kamu, ya sayang.
Doakan semuanya dipermudahkan. Aku perlu kuat untuk anak aku. Diri aku tak apa, aku boleh abaikan hati aku. Anak aku keutamaaan aku sekarang.
Cuma pesan aku pada pasangan diluar sana, hargai dan bersyukurlah dengan pasangan kalian. Janganlah buruknya yang dinampak, buruk sendiri tak diperbaiki.
Sama-sama perbaiki diri, beri masa untuk mempertingkatkan diri. Jangan sikit buruk, terus cari yang lain. Bukan begitu berumah tangga. Tapi kalau sampai pukul dera maki hamun tu, jaga diam pendam. Cari bantuan. Jangan tahan.
Love and peace. Sekian. Terima kasih mendengar luahan.
ā Siti (Bukan nama sebenar) via IIUM
Sekiranya anda mempunyai sebarang kisah atau pengalaman menarik untuk dikongsikan, klik KONGSI CERITA.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


