Selain biskut raya, kudap-kudapan seperti kerepek sangat sesuai dihidangkan ketika hari raya. Namun tak ramai yang sanggup membuat kerepek sendiri kerana proses penyediaanya yang rumit dan memakan masa yang lama seperti kerepek ubi & kerepek pisang.
Kali ini kami kongsikan resipi mudah dari Sweets Niesah untuk membuat kudapan hanya menggunakan 1 bahan utama iaitu penne pasta dan boleh diperasakan mengikut citarasa masing-masing. Anak-anak confirm suka!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila dah bekerja seharian, mama pun sibuk dan terlupa nak sediakan makan petang untuk anak-anak. Resipi simple sebenarnya penyelamat mama! Jom sediakan mini paratha onion sosej dengan menggunakan 3 bahan sahaja.
Umie WFH… kol 4 masih ngadap laptop..Anak-anak dok merengek lapar… Abis keje kol 4.30 terus kuarkan sosej & paratha onion dari freezer… Cepat, ringkas & sedap…. Settled minum petang!!! Anak-anak kenyang, umie gumbira.
Bahan-bahan:
Roti paratha onion (potong 4)
Mini sosej
Telur 1 biji
Cara penyediaan:
Gulung 2 batang mini sosej dalam 1/4 roti paratha
Sapu telur
Bakar dalam AF 180/ Masa 10min
Kredit: Wan Ramlah Wan Rahimi
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Resipi yang satu ini, lengkap dengan sumber nutrisi malah paling sesuai disediakan untuk anak yang tidak mahu makan nasi. Telur bukan hanya baik dan lengkap bahkan tinggi protein. Bagi anak yang tidak mahu makan nasi, telur adalah sajian terbaik.
Jom ikuti langkah demi langkah resipi sedap dan ringkas yang dikongsikan oleh Resipi Rarra Sakura ini. Mudah!
Makanan ni sangai sesuai untuk anak-anak yang tak suka nasi. Sesuai jugak untuk korang yang tengah berdiet. Twins makan egg muffins tak hengat. Dua ketoi sorang.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tidak dinafikan walaupun puasa baru memasuki minggu pertama, namun ada ibu yang sudah mula buntu untuk sediakan juadah berbuka buat anak-anak dan suami. Ada juga anak-anak yang gemar makan pasta tetapi tidak ketinggalan juga yang hanya makan nasi sahaja. Jika nasi jadi pilihan suami, ada baiknya anda cuba sajikan nasi istimewa ni.
Nasi Marjerin dengan set Ayam Panggang Istimewa ini memang terbaik. Ringkas cara pembuatannya. Jom ikuti langkah yang dikongsikan oleh Nurul Hawa Nadila Sari ini.
Bahan-bahan diperlukan:
4 cawan beras
1 senduk besar marjerin
2 biji bawang merah dimayang halus
Sehelai daun pandan
2 kiub ayam
1 senduk kismis
Basuh Beras. Toskan. Cairkan marjerin dalam periuk nasi.
Goreng bawang hingga terbit bau. Masukkan beras.
Kacau rata. Masukkan Air secukupnya. Akhir sekali masukkan daun pandan, kiub ayam dan kismis. Kacau sehingga sebati.
————————————————————————
Ayam Panggang
Bahan-Bahan:
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
3 sudu madu
2 sudu sos tiram
1 sudu kicap pekat
1 sudu minyak bijan (pilihan)
Sedikit lada sulah
Campurkan semua bahan tadi di dalam satu mangkuk, tak perlu letak garam, namun kalau nak masin sedikit, letak garam sedikit sahaja sebab sos tiram sudah masin.
Kemudian perap ayam yang telah direbus tadi dalam 15 minit.
Guna api sederhana kecil, apabila minyak betul-betul panas masukkan ayam, namun jangan masuk banyak sangat.
Goreng dalam 5 minit ke 7 minit sahaja.
Terpulang sama ada nak menggoreng, gril dalam oven atau panggang atas arang(saya pilih grill)
————————————————————————
Sambal Nasi Ayam
Bahan-Bahan:
6 biji lada merah
2 ulas bawang putih
1 sudu jus limau nipis
Sedikit halia (anggaran 1 ruas jari kelingking)
4 sudu gula
1 sudu kecil garam
Air rebusan ayam 3/4 cawan
1 sudu kecil tepung jagung yang dilarutkan dengan 2 sudu air
Blender semua bahan. Masukkan air rebusan tadi.
Masukkan dalam periuk, masak guna api kecil.
Dah mendidih, masukkan gula, garam dan perah limau nipis. Siap!!
————————————————————————
Kuah Kicap Nasi Ayam
Kuah kicap perapan ayam di atas
Kicap manis cap kipas udang
Sedikit garam
Air rebusan ayam
Kuah kicap nasi ayam ni simple sahaja. Panaskan air rebusan ayam dan kicap di dalam periuk.
Kalau nak lebih pekat, gunakan kicap pekat atau tambahkan sedikit tepung jagung.
Bagi sesetengah orang, mereka perahkan air asam limau ke dalam kicap.
Jadi bergantung kesukaan anda, kalau suka bolehlah perah sedikit asam limau untuk kuah kicap nasi ayam anda.
————————————————————————
Sup Ayam
Bahan sup:
Air rebusan ayam
Kada sulah
Daun sup
Garam secukup rasa
Panaskan air rebusan ayam, tambahkan air jika terlalu pekat.