Menjadi kebiasaan masyarakat kita, apabila pasangan memiliki anak lelaki, antara soalan yang sering ditanya bila pula nak memiliki cahaya mata perempuan.
“3 orang semua boy. Bila pula nak dapat gegirl ni?”
“Kamu ni kena ada anak perempuan, barulah boleh nak tolong-tolong kat dapur bila besar nanti.”
Kalau anak berderet sama jantina, maka makin banyak akan menerima soalan-soalan dan ayat seumpama ini.
Buat mama papa, jangan mengeluh dan berputus harapan. Kisah yang dikongsikan bapa ini yang menceritakan kembali perjuangan ibunya membesarkannya dan 15 adik beradik yang lain sungguh memberikan inspirasi.
Saya ada 16 adik beradik seibu sebapa. 1 hingga 11 semua lelaki. 12 hingga 16 semua perempuan.
Ada orang rasa stress dan sedih bila beranak 5 orang sederet lelaki. Mak saya rilek je dapat 11 anak semua lelaki .
Alhamdulillah walaupun hidup sangat susah, kesemua 16 beradik berjaya sambung pelajaran ke universiti.
AYAH DISERANG STROKE DAN LUMPUH
Pada tahun 1991, masa mak mengandung anak ke-16 ayah diserang stroke dan lumpuh. Hilang sumber pendapatan. Tiada simpanan sebab hidup cukup-cukup makan je. Pihak masjid bagi wang ehsan setiap bulan hanya rm150.
Mak besarkan kami 16 beradik dan dalam masa yg sama uruskan ayah yg lumpuh dengan hanya 150 ringgit sebulan. Macam mana boleh survive? Ni semua urusan Allah..semua rezeki dari Allah.
Ads
ANAK-ANAK BERDIKARI
Allah bagi “rezeki” kepada anak-anak dalam bentuk kesedaran untuk berdikari. Walaupun masih sekolah rendah kami dah mula cari duit sendiri. Jadi buruh sementara, kutip botol dan tin aluminium untuk dijual, bercucuk tanam dan lain-lain.
Pada tahun 2001, ketika tingkatan 4, saya masih kutip kayu api untuk masak. Ada berlaku kecederaan ketika sedang memotong kayu, parang terkena kat tangan. Ada kesan parut di tangan kiri.
Makanan kami juga tidak semewah orang lain. Makan nasi tanpa lauk sudah jadi kebiasaan. Sekadar nasi campur air, garam dan sedikit gula sudah memadai. Mujur di sekolah ada Rancangan Makanan Tambahan RMT, dapatlah kami rasa makan yang sedap secara berterusan.
Walau keadaan hidup begitu susah, tidak pernah sekalipun mak berhenti berjuang mahupun mengaku kalah dalam membesarkan anak-anaknya.
MAK TAK PERLU KELUH KESAH DEPAN ANAK
Ads
Mak juga tidak berkeluh-kesah di hadapan anak-anak, biarpun beberapa kali saya melihat mak menangis mungkin kerana terlalu berat menanggung keperitan hidup.Kami anak-anak yang masih kecil ketika itu hanya boleh menahan sedih melihat keadaan emak.
Ketika itu memang tidak banyak yang boleh kami bantu, malah untuk angkat ayah yang lumpuh untuk dimandikan pun susah. Saya banyak kali menangis sebab melihat ayah yang makin lemah dan kudis di badannya makin besar disebabkan terlalu lama baring..sangat meruntun jiwa.
Nasib baik abang-abang di sekolah menengah banyak tolong dengan penuh kesabaran tetapi apabila mereka masuk universiti, tinggal kami yang kecil-kecil sahaja di rumah.
MEMASAK DENGAN DAPUR KAYU JIMAT GAS
Sehingga tahun 2001, kami masih memasak menggunakan dapur kayu api. Bukan tidak ada dapur gas tetapi mahu menjimatkan wang daripada membeli gas. Kalau bekalan kayu api berkurang, kami adik beradik akan masuk hutan mencari kayu api. Ketika itu tiada lagi orang kampung yang mengutip kayu api, hanya keluarga kami sahaja.
Mak pula pegang prinsip tidak akan hutang duit orang. Hidup dengan sekadar apa yang ada. Alhamdulillah, beban emak sedikit ringan apabila abang-abang di universiti mengirim duit biasiswa masing-masing untuk adik-adik di kampung. Pernah abang saya cerita, dia sanggup ikat perut semata-mata untuk hantar duit ke kampung.
“TIDAK GUNA BELAJAR TINGGI DAN PANGKAT TINGGI TAPI SOLAT JEMAAH TIDAK DIJAGA”
Ads
Sepanjang ingatan saya, semasa ayah masih hidup dan sihat, dia tidak pernah bertanya tentang pencapaian pelajaran anak-anak, tapi ayah selalu tanya tentang solat di masjid atau tak. Arwah ayah selalu pesan, “tidak guna belajar tinggi dan pangkat tinggi tapi solat jemaah tidak dijaga”. Arwah ayah memang sangat menekankan amalan agama.
Walaupun kami masa masih bersekolah dan sangat sibuk dengan mencari duit tapi kami tetap ke masjid solat jemaah. Kami cuma dapat belajar ketika di sekolah sahaja kerana di rumah kami sibuk dengan kerja dan mengasuh adik-adik yang masih bayi. Namun, syukur semuanya kini cemerlang dalam pelajaran. Alhamdulillah 1 hingga 16 berjaya semua masuk universiti.
ANAK LELAKI PERLU DIBIASAKAN SOLAT BERJEMAAH
Pesanan untuk ibubapa, bagi mendapat keluarga yang bahagia di dunia dan akhirat berilah penekanan pada pendidikan agama terutamanya solat. Anak-anak lelaki mesti dibiasakan dengan solat jemaah.
Sekarang bila tengok orang yg kutip tin dan botol di tepi jalan saya teringat keadaan saya dulu-dulu. Walaupun saya dah hidup senang dan alhamdulillah bisnes saya maju tapi saya tak lupa asal usul saya.
– Ditulis oleh anak ke-11, Mohd Yazid Ismail.
Ini kisah survival keluarga suami saya. Saya copy & paste untuk bagi semangat kepada ibu-ibu yang tengah struggle. Kita ibubapa di zaman yang penuh cabaran ni kena ambil pengajaran dari kisah mereka. Solat jemaah kena betul-betul jaga supaya tenang hidup di dunia dan akhirat.
Jangan dikisahkan dengan cakap-cakap orang kerana setiap yang kita lakukan hari ini adalah kenangan kita bersama suami, isteri dan anak-anak. Jadi simpan dan rakamlah momen sebanyak mungkin ketika kita bersama. Itu sebaiknya.
Anak-anak membesar dengan begitu pantas, jadi simpanlah sebanyak mungkin kenangan ketika anak-anak kita masih kecil. Perlu untuk kita!
Perkongsian seorang ibu, Fatihah Sidek ini banyak benarnya. Perpisahan itu adalah pasti kelak. Jadi simpanlah memori sebanyak mungkin ketika kita bersama!
Ibu tak kisah bila orang cakap.
“Sikit sikit ambik gambar”
“Sikit sikit ambik video”
Ibu tetap akan sentiasa begitu. Sebab setiap detik adalah bahagia buat ibu dan ibu sangat menghargainya.
Setiap detik yang berlalu takkan dapat ibu ulang kembali bersama anak anak atau sesiapa saja, orang orang yang ibu sayang. Semua ni adalah memori.
Andai satu hari nanti kita terpisah, kerana berpisah itu adalah pasti. Insyaallah anak anak ibu ada kenangan untuk kalian kenang dan ingat.
Ibu sentiasa sayang dan sentiasa cuba yang terbaik untuk kalian ❤️
Rakamlah video. Snaplah gambar.
Anak anak kita terlalu cepat membesar. Itulah kenangan untuk kita tatap, bila kita rindu.
Semalam, tular di FB, klip video berdurasi satu minit 33 saat seorang wanita mendera bayi perempuan ketika mahu menukar pakaian bayi malang berkenaan.
Lebih menyedihkan, bayi itu turut dipukul pada bahagian kaki, belakang badan dan ditekan pada bahagian perut berulang kali selain ‘dijerut’ menggunakan baju.
Polis meminta kerjasama orang awam mengesan seorang wanita dipercayai terbabit dalam insiden mendera dan pukul bayi yang tular di media sosial.
Kerjasama Orang Ramai Diperlukan
Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Asmawati Ahmad berkata, orang awam yang mempunyai maklumat diminta menghubungi mana-mana balai polis berdekatan.
“Sehubungan itu, PDRM memohon kerjasama daripada orang awam yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu untuk menghubungi mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.
Belum Ada Laporan Polis Diterima
“Setakat ini, belum ada sebarang laporan polis diterima mengenai kejadian terbabit,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.
Orang awam juga boleh menyalurkan maklumat menerusi inbox Facebook (FB) Rasmi PDRM:https://www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia/, Twitter Rasmi PDRM: https://twitter.com/PDRMsia, WhatsApp Jabatan Siasatan Jenayah di talian: 019-3019930 atau tampil di mana-mana balai polis berhampiran.
Video tersebut turut tular di twitter dan mendapat kecaman dari warga twitter.
Bukit Aman is urging anyone who has information on this lady seen abusing a toddler to come forward and assist the police. You can WhatsApp the Criminal Investigation Department at 019-3019930 or just head to the nearest police station to lodge a report. pic.twitter.com/eDRUzTMug8
Bercakap dengan anak-anak beza dengan bercakap dengan orang dewasa. Tak boleh main bantai saja. Ada sains dan seninya berkaitan dengan anak-anak ni.
Level umur anak yang berbeza juga perlukan cara bercakap yang berbeza. Tetapi satu persamaan bab bercakap yang ramai orang tidak tahu.
Perkongsian dari Dr Rizal Abu Bakar ini menjelaskan kenapa ibu bapa kena tahu cara bercakap yang betul dengan anak supaya lebih mudah dengar cakap.
Apabila bercakap dengan anak saya akan pastikan yang level mata saya dan anak sama. Penting sangat benda ni. Kalau kita berada di atas dan pandang ke bawah, anak mudah rasa terancam. Sama posisi biasanya masa anak kena marah.
Bila pandang terus ke mata pada aras sama, tumpuan anak lebih baik. Fokus mereka terus pada apa yang kita sebutkan. Mereka dengar dan faham. Arahan akan dilaksanakan.
Kalau kita bercakap tanpa si anak pandang ke mata kita, fokus mereka adalah pada objek yang mereka pandang. Dia tak fokus pada kita. Mereka seolah ‘pekak’ pada apa yang kita sebutkan. Akibatnya kita yang kecewa. Mereka pula kena marah sebab tidak ikut arahan yang kita berikan awal tadi.
Tadi masa kat aiport nampak depan mata senario ni. Anak berumur sekitar 5 tahun ni keluarkan mainan. Seronok nampak dia main tolak dan sorong kereta kecil di atas lantai. Banyak pula tu kereta kereta kecil yang si anak bawa keluar. Seronoklah dia bermain. Macam-macam bunyi keluar.
Saya terhibur tengok keletah si anak. Bila announcement dibuat yang pesawat bersedia untuk berlepas, si ibu terus kata kat anak “pack up now.”
Si anak masih main. Ralit sungguh dia. Si ibu letakkan handphone dan ambil beg. Bersedia untuk bangun.
Masa nak bangun dia tengok si anak belum kemas mainan. Terus kena jerkah. Tangan dia pula terus singgah di telinga si anak. Nampak macam dia pulas tombol pun ada waktu tu.
Si anak pun spontan menangis. Ramailah yang memandang waktu tu. Si ibu buat tak tahu terus kemas mainan si kecil ni. Dah siap kemas terus direntap tangan si anak. Ditarik untuk bangun. Makin menangislah si anak itu.
Peristiwa menangis ini boleh dielak. Apa yang si ibu perlu lakukan ialah panggil nama si anak dan tunggu. Biar anak lihat si ibu dulu. Mata anak dan si ibu kena lock dulu.
Bila mata dah bertentang jangan terus beri arahan. Si ibu perlu turun ke bawah. Biar paras mata si ibu dan si anak sama. Bila mata anak dah sama level baharulah si ibu berikan arahan.
Bila teknik Eye Locking Eye Level (EL2) digunakan, anak akan mudah dengar, patuh dan buat.
Untuk anak dah remaja atau besar, teknik EL2 juga beri kesan sama. Elak dari bercakap atau beri arahan sambil berjalan. Sambil berlalu beri arahan. Kaedah begini tidak berkesan.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.