Bila orang mula membanding-bandingkan bila anak kita nak bercakap, ibu bapa dah mula rasa cuak. Lagi-lagi bila tengok anak orang lain yang sebaya anak sendiri dah cakap banyak.
Sampai satu tahap ibu bapa dah mula rasa stres dan mula memberi tekanan pada anak. Sebenarnya mengikut Patologis Pertuturan, Aishah Kassim ibu bapa boleh mengenal pasti anak lambat bercakap melalui komunikasi dua hala dan pemerhatian.
Pada usia berapakah anak anda menyebut perkataan pertama? Perkataan pertama tu maksudnya apa?
Perkataan pertama tu maksudnya perkataan yang disebutkan oleh kanak-kanak yang mempunyai makna…
Contohnya seperti
cucu – merujuk kepada susu
ola – merujuk kepada bola
bu – merujuk kepada ibu
Perkataan-perkataan itu dikira sebagai vocab yang kanak-kanak ada walaupun sebutan mereka masih lagi pelat.
Perkataan pertama biasanya muncul pada usia 1 tahun, bermula dengan 1 perkataan dan bilangannya akan bertambah setiap hari.
Tapi ingat, perkataan pertama ni ada had umurnya. Kanak-kanak perlu mengeluarkan perkataan pertama paling lewat 1tahun 6 bulan. Sekiranya selepas 1 tahun 6 bulan masih tiada perkataan pertama, kanak-kanak sudah mengalami kelewatan bahasa yang ringan
Jika berterusan, masalah tersebut akan menjadi lebih teruk dan banyak kemahiran bahasa yang akan turut sama lewat. Jadi anak anda dah ada perkataan pertama ke belum?
Sumber: Aishah Kassim
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kenapa Anak Meragam Bila Bersama Ibu, Tapi Dengan Ayah Dengar Cakap? Ini Hasil Kajian Ramai Tak Tahu
Kenapa anak meragam bila bersama ibu tapi bila dengan ayah mudah pula dengar cakap dan berdisiplin?
“Tadi masa mama belum balik kerja, elok je dia tak meragam. Bila nampak mama macam-macam perangai dia tunjuk ya,” komen papa pada si kecilnya yang mula merengek minta didukung bila nampak kelibat mama.
Situasi macam ini mesti biasa anda hadapi. Kenapa kalau dengan ibu, si kecil bukan main mengada-ngada dan manja tapi bila dengan ayah boleh pula berdisiplin dan dengar cakap? Lebih pelik kalau dengan ibu, anak-anak memang susah hendak tidur tapi bila dengan ayah, sekali suruh terus lelapkan mata.
Mesti ramai ibu ayah yang perasan akan hal ini kan?
Sebenarnya mengikut kajian yang dilakukan oleh sekumpulan pengkaji dari Jabatan Psikologi University of Washington, prestasi kanak-kanak akan menurun sehingga 800% (8 kali ganda) apabila ibunya berada di dalam bilik yang sama.
Lebih mengejutkan, kajian mendapati jika kanak-kanak berusia 10 tahun dan ke bawah, peratusnya meningkat dua kali ganda menjadi 1600% (16 kali ganda)!
Kajian tersebut dijalankan ke atas 500 buah keluarga yang mengukur kebergantungan kanak-kanak itu, menangis dan merengek, menjerit, percubaan berlaku kasar, terlupa cara untuk berjalan atau bercakap dan bersikap seperti orang bodoh.
Menurut Profesor dalam bidang Perkahwinan dan Psikologi Keluarga, Dr.K.P Leibowitz, dalam kajian tersebut mereka mendapati kanak-kanak yang berumur 8 bulan boleh bermain dengan riang dan gembira tetapi apabila melihat ibunya masuk ke dalam bilik itu, perangai mereka berubah 99.9%.
Mereka mula menangis, melepaskan apa yang mereka pegang dan meminta perhatian ibunya dengan tergesa-gesa. Baki 0.01% pula mempunyai masalah penglihatan, tetapi apabila mendengar suara ibu, mereka mula melemparkan barang dan meminta makanan walaupun sebenarnya mereka baru sahaja makan!
Salah seorang daripada ayah yang terlibat dalam kajian tersebut (mempunyai 3 orang anak) sangat terkejut dengan laporan kajian dan berkata “Saya selalu tertanya-tanya kenapa isteri saya tak dapat menyiapkan kerja rumah. Rupa-rupanya kelemahannya adalah anak-anak dan dalam masa yang sama magnet mereka adalah ibunya. Ini kerana anak-anak berkelakuan baik ketika dengan saya.”
Ramai suami atau ayah yang mungkin tidak tahu tentang fakta yang ditemui dalam kajian ini kerana si anak cuma buat perangai apabila bersama dengan ibu sahaja.</p>
Kajian ini juga mendapati jika dalam situasi untuk membetulkan disiplin anak-anak, 100% (semua sekali) lebih responsif kepada kata-kata yang diucapkan dengan nada normal daripada seseorang selain daripada ibunya! Malah untuk mendapatkan respon yang sama pula, seorang ibu dalam kumpulan itu harus meninggikan suaranya pada si anak.</p>
Jadi, lepas baca hasil kajian ini janganlah ayah cakap ibu cepat manjakan anak sampai jadi mengada-ngada. Sebenarnya ibu itu sendiri macam magnet kepada anak-anak. Asyik nak melekat je!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ayah Yang Ada Anak Disyaki Autisme Ini Kongsi Info Ibu Ayah Anak Istimewa Lain Wajib Tahu
Siapa tak sedih bila anak disyaki autisme. Tapi hidup tetap kena move on. Rupanya ada banyak info yang patut diketahui oleh ibu ayah yang mempunyai anak istimewa ini terutam bab nak kena mohon kad OKU atau tak.
Seorang ayah, Norizwan Azlan berkongsi info yang sangat penting berkaitan dengan hal persekolahan yang ibu ayah anak istimewa lain wajib tahu.
Petang semalam aku bawa Zara ke hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh sebab ada appointment dengan pakar kanak kanak.
Zara kan disyaki ada autisme, jadi doktor nak tengok perkembangan dia supaya doktor boleh cadangkan apakah langkah langkah intervensi yang boleh diambil.
Semalam juga adalah detik di mana aku baru dapat tau satu benda yang selama ni aku dapat info yang salah dan mungkin orang lain juga dapat info yang salah.
Selama ni apa yang aku faham, kalau nak masuk sekolah pendidikan khas, kena ada kad OKU. Takde kad OKU takleh register masuk sekolah pendidikan khas.
Tapi semalam pemahaman aku ni telah disangkal oleh doktor di HRPB Ipoh. Katanya, nak masuk sekolah pendidikan khas ni tak payah kad OKU pun.
TAK PAYAH KALUT MOHON KAD OKU SEBAB…
Doktor pun tunjuk kat aku yang dia akan tulis ‘untuk pendidikan khas’ pada borang dan terus bawa borang ke Jabatan Pelajaran Negeri. Nanti di situ, JPN akan tempatkan anak aku di sekolah pendidikan khas yang aku pilih atau yang menawarkan pembelajaran khas untuk budak macam anak aku.
Borang tu doktor kata sama macam borang mohon kad OKU, tapi borang ni juga boleh guna untuk masuk sekolah pendidikan khas tanpa kad OKU.
Doktor kata kat aku jangan kalut dan gelojoh sangat nak mohon kad OKU. Kita tak tau rezeki anak kita jika besar nanti dia jadi normal ataupun boleh campur dengan orang orang normal dan belajar macam orang normal. So give it a try first katanya. Kalau memang betul tak boleh, barulah mohon kad OKU.
Doktor kata lagi, anak anak macam Zara ni kemungkinan besar ada intellectual impairment je. Maksudnya lambat untuk belajar. So, bagilah dia belajar dulu tanpa sah jadi OKU. Kalau ada rezeki, bolehlah dia belajar dengan orang normal. Cuma kena reda lah anak kita masuk pendidikan khas sebab itu level yang sesuai untuk dia.
Apa apa pun, bagi sesiapa yang ada anak sama macam anak aku si Zara tu, korang tak perlu pun apply kad OKU untuk masukkan anak ke pendidikan khas. Dapatkan nasihat dan doktor akan isi borang dan tulis pesanan untuk Jabatan Pelajaran Negeri tentang nak masukkan anak korang ke sekolah pendidikan khas.
Kat HRPB ni pun memang majoriti doktor tak rekemen ambik kad OKU unless budak tu memang patut kena ambik. Depa nak budak budak macam Zara merasa jadi orang normal juga walaupun langkahnya lambat.
Share lah kalau rasa benda ni bermanfaat pada kau dan juga orang lain.
Sumber: Norizwan Azlan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pakar Kongsi 5 Sebab Kenapa Dari Awal Anak Selesa Menulis Guna Huruf Besar
Biasa anak-anak di antara usia 3 tahun ke atas, jika pertama kali menulis, mesti menggunakan huruf besar. Pernah tak ibu ayah terfikir kenapa anak mulakan dengan huruf besar.
Menurut Terapis Cara Kerja, Puan Mahfuzah Zainol ini 5 sebabnya yang perlu diketahui.
5 Sebab Kenapa Kita Mula Ajar Tulis dengan Huruf Besar
1. Seperti yang kita tahu, kami para terapi cara kerja akan ajar kanak-kanak tulis dengan huruf besar dulu. Ada sebabnya ya.
2. Pertama, Huruf besar mudah sangat dicam.. bukan dikecam. Kiranya senang lah nak kenalpasti huruf besar ni.
3. Kedua, Semua huruf besar ditulis bermula dari posisi atas. Semua ya. Jadi, dari segi placement pencil, senang nak bagitahu kanak-kanak nak mula tulis dari arah mana untuk semua huruf besar
4. Ketiga, Huruf besar semuanya sama saiz. Tak ada yang sekejap kecik, sekejap tinggi sekejap ke bawah. Semua proportion huruf besar adalah sama.
5. Keempat, Huruf besar sememangnya BESAR! Hehe, mat saleh panggil Big Bold and Beautiful! Keh keh keh…lawak jaa.. haha.
6. Kelima, Huruf besar ada strokes atau garis yang mudah nak tulis dan lukis. Tak banyak yang lengkok-lengkok. Straight forward saja cara nak tulis dia.
Kemahiran tulisan tangan ini berbeza daripada kemahiran membaca ya. Sebab itu dia mula dengan huruf besar. Dia lebih kepada kita guna pendekatan teknikal yang bermula daripada asas contengan dan garisan dalam perkembangan tulisan tangan itu sendiri.
P/S: Tapi nak bagitau ni… Jangan gaduh-gaduh nak ajar tulis huruf besar ka huruf kecik dulu. Hampa ajar ja campoq-campoq, kalau murid tak boleh, barulah back to basic, start dengan huruf besar. Kadang, otak dan kemahiran kanak-kanak ni tak sama. Ada yang boleh sekali ajar, ada yang tak boleh-boleh. Yang penting tahu teknik nak buat apa kalau murid tak boleh.
Sumber rujukan: Learning Without Tears on Print Handwriting Program, 2021.
Handwriting Without Tears aka Learning Without Tears adalah satu evidence based program untuk kemahiran tulisan tangan. Diasaskan oleh seorang ahli terapi cara kerja, Jan Olsen (PhD).
Kredit: Mahfuzah Zainol
Sertai Webinar Kehamilan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual pada 26 Jun 2022 (Ahad) jam 9.30 pagi yang menjemput speaker-speaker hebat dalam bidang kehamilan & kelahiran seperti Dr Maiza Tusimin, Dr Tengku Puteri Zainab, Dr Siti Sarah Aishah, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti jemputan Ezzaty Abdullah.
Mereka akan membincangkan pelbagai topik berkenaan kehamilan, kelahiran dan persediaan menjaga bayi baharu lahir dan bermacam lagi.
Daftar nama sebagai peserta webinar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aku-tak-serik-bersalin/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI