Bila orang mula membanding-bandingkan bila anak kita nak bercakap, ibu bapa dah mula rasa cuak. Lagi-lagi bila tengok anak orang lain yang sebaya anak sendiri dah cakap banyak.
Sampai satu tahap ibu bapa dah mula rasa stres dan mula memberi tekanan pada anak. Sebenarnya mengikut Patologis Pertuturan, Aishah Kassim ibu bapa boleh mengenal pasti anak lambat bercakap melalui komunikasi dua hala dan pemerhatian.
Pada usia berapakah anak anda menyebut perkataan pertama? Perkataan pertama tu maksudnya apa?
Perkataan pertama tu maksudnya perkataan yang disebutkan oleh kanak-kanak yang mempunyai makna…
Contohnya seperti
cucu – merujuk kepada susu
ola – merujuk kepada bola
bu – merujuk kepada ibu
Perkataan-perkataan itu dikira sebagai vocab yang kanak-kanak ada walaupun sebutan mereka masih lagi pelat.
Perkataan pertama biasanya muncul pada usia 1 tahun, bermula dengan 1 perkataan dan bilangannya akan bertambah setiap hari.
Tapi ingat, perkataan pertama ni ada had umurnya. Kanak-kanak perlu mengeluarkan perkataan pertama paling lewat 1tahun 6 bulan. Sekiranya selepas 1 tahun 6 bulan masih tiada perkataan pertama, kanak-kanak sudah mengalami kelewatan bahasa yang ringan
Jika berterusan, masalah tersebut akan menjadi lebih teruk dan banyak kemahiran bahasa yang akan turut sama lewat. Jadi anak anda dah ada perkataan pertama ke belum?
Sumber: Aishah Kassim
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Adakah Tadika Mahal Menjamin Anak Boleh Membaca Cepat?? Ini Jawapan Oleh Pakar Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Jangan terkejut!!!
Ramai ibu bapa inginkan anak boleh membaca dengan cepat. Bimbang jika anak ketinggalan akan menjejaskan pembelajaran semasa darjah satu nanti. Oleh itu, pemilihan tadika perlu betul supaya tenaga pengajarnya berkualiti supaya dapat mendidik anak membaca dengan cepat.
Ini soalan seorang ibu yang risau mengenai perkembangan anaknya iaitu, “Saya agak keliru sama ada ingin menempatkan anak saya ke tadika dengan yuran yang mahal atau sebaliknya. Adakah tadika mahal menjamin anak saya boleh membaca dengan cepat.
Menurut Pakar Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Prof Madya Dr Bustam Kamri yang merangkap Dekan Sekolah Sains Sosial,Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM), tadika yang bagus dan berkualiti mendidik kanak-kanak membaca terletak kepada kemahiran guru yang mengajar.
Tadika yang mahal belum tentu dapat menjamin hasil yang dikehendaki oleh ibu bapa yang mengharapkan anaknya boleh membaca! Kualiti guru terletak kepada kelayakan keilmuan dan pengalaman mengajar kanak-kanak. Guru perlu mendapat pengetahuan pendekatan dan teknik mengajar membaca kepada kanak-kanak.
Guru perlu peka dengan kebolehan dan keupayaan setiap kanak-kanak di tadika. Tumpuan perlu diberikan kepada kanak-kanak yang tidak mempunyai kebolehan membaca mengikut PERKEMBANGANNYA.
Berikut lapan panduan seharusnya pihak tadika lakukan. Apabila sudah tahu mengenai lapan panduan ini, ibu ayah, boleh tanya kepada pihak tadika, bagaimana corak pembacaan di tadika.
- Aktiviti membaca di tadika hendaklah dipelbagaikan supaya dapat merangsang kanak-kanak untuk belajar membaca.
- Cara pendekatan mengajar membaca juga penting untuk menghasilkan kanak-kanak yang boleh membaca dan memahami apa yang dibaca.
- Kaedah membaca secara menyeluruh, fonetik atau membaca terus hendaklah disesuaikan dengan latar belakang kanak-kanak yang berbeza.
- Masalahnya kadangkala pihak guru yang mengajar tidak sedar dan menganggap semua kanak-kanak adalah sama minat, kebolehan, keupayaan dan pencapaiannya.
- Bahan bacaan yang disediakan oleh tadika hendaklah dapat menarik perhatian kanak-kanak. Pemilihan bahan bacaan hendaklah disesuaikan dengan peringkat umur, minat dan kebolehan kanak-kanak yang pelbagai latar belakang.
- Membaca hendaklah disusuli dengan aktiviti yang mempunyai perkaitan dengan bahan yang dibaca dan memberi pengalaman bermakna kepada kanak-kanak.
- Persekitaran membaca di rumah adalah penting sebagai lanjutan aktiviti belajar membaca di tadika. Ibu bapa dinasihatkan mengambil tahu dengan bertanya pengalaman kanak-kanak kegiatannya semasa di tadika.
- Berikan galakkan kepada anak untuk terus membaca. Ibu bapa jangan merasa kecewa apabila anaknya belum boleh membaca. Dijangka semua kanak-kanak apabila telah mencapai kematangan dalam lingkungan usia sembilan tahun boleh membaca dengan lancar sekiranya diberi bimbingan yang sesuai mengikut keperluan kanak-kanak.
Kesimpulannya, tadika mahal atau tidak bergantung kepada sistem pembelanjaran di tadika itu. Misalnya, jika tadika itu murah yurannya, tetapi guru-gurunya berpengalaman sudah tentu banyak ilmu pendidikan yang boleh digunapakai untuk mendidik kanak-kanak. Yang penting, pastikan tenaga pengajarnya berkualiti dan mempunyai sijil dalam pendidikan awal kanak-kanak.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Suka Memberontak, Degil, Tak Dengar Cakap. Ini Antara Puncanya
Anak-anak di kurniakan pada kita sebagai pewaris dan khalifah di dunia ini. Namun bukan semua orang nikmati peluang ini. Anak-anak itu rezeki dan juga ujian.
Ya, ada orang di uji tidak berkahwin. Maka tiadalah peluang untuk memperoleh zuriat. Ada orang juga diuji, dengan kesihatan anak yang kurang baik. Contohnya si anak menghidap Sindrom Down, atau menjadi autisme.
Ada juga yang di uji dengan anak yang degil, panas baran dan suka memberontak sehingga mengundang rasa bengang dan marah ibu bapa.
Tahukah anda mengapa anak mudah jadi degil dan suka memberontak.
Antara punca & penyebab anak jadi degil dan memberontak
- Kurang perhatian
- Masa
- Bebanan tugas/kerja
- Pemakanan
- Tarbiyah
- Doa
Adakah anak yang degil ini salah ibubapa atau anak? Ada beberapa situasi yang sering kita lihat.
Anak saya ni malas nak belajar. Tak dengar cakap bila suruh solat pun tak mahu. Suka sangat mengacau adik yang lain dan ashik tengok televisyen sampaikan bila saya panggil namanya pun susah nak menyahut!
Ada juga yang begini…
Anak saya terlalu lasak. baru usia 5 tahun. Tapi sikapnya yang terlampau lasak tu buat saya tak tahan. Dah la suka menjerit-jerit dan tak terkawal bila bawa kerumah orang ketika majlis. Saya paling stress bila bawa pergi ke pasar malam, bila barang mainan yang diminta tak dapat, akan mula menghempas-hempas dan berguling-guling menangis. Malu kat orang, dan sebab tu tangan ni ringan je pukul dia.
Mesti ramai lagi ibu bapa yang pernah berdepan situasi macam ni kan. Bagi kebanyakan orang, perkara begini adalah normal.
Biasakan Yang Betul Dan Betulkan Yang Biasa
Apila kita rasa ia perkara biasa, mungkin suatu masa nanti anak itu menjadi terlalu sukar untuk dikawal tingkah laku dan menyebabkan orang sekeliling tidak senang. Itu belum kes anak yang suka buang plastik jajan dekat rumah jiran. Hmmm.
Kerana itu, pentingnya PERHATIAN kepada anak-anak.
Saya tahu, anda sibuk. Saya juga sama seperti anda. Kita sibuk kerja, balik lewat petang lepastu kena masak makan malam, cuci baju, sidai kain dan macam-macam perkara lagi.
Setiap hari anda akan ulang benda yang sama. Hantar anak pergi nursery, kemudian pergi kerja. Jaga tetap jaga, tapi masih tetap degil.
Saya tahu anda sayang anak.. Anda cuba untuk cukupkan waktu bersama mereka terutama pada hujung minggu dan setiap malam.
Tapi mengapa anak masih juga degil dan suka memberontak?
Omputih kata…Why?
Sebenarnya bukan perhatian itu yang dimaksudkan. Kita sebagai ibu bapa perlu fahami bagaimana BERKOMUNIKASI dengan anak kecil. Ya kemunikasi yang berkesan.
Ibu bapa harus faham dimana otak anak pada fasa ini sedang giat berkembang. Sikapnya memang lincah dan memeningkan jika salah cara didikan.
Namun cabaran membesarkan anak ini merupakan pengalaman yang menyeronokkan. Ia perlu seiring dengan peredaran zaman.
Saya teringat suatu pesan dari Sayidina Umar Al Khatab RadhiyallahuanHu. Seorang sahabat nabi yang berani dan ditakuti oleh musuh-musuh Islam.
Ajarlah anak-anakmu bukan dalam keadaan yang serupa dengan mu. Didiklah dan persiapkan anak-anakmu untuk suatu zaman yang bukan zamanmu. Mereka akan hidup pada suatu zaman yang bukan zamanmu.
Kita perlu bijak menafsir pesanan ini. Sudah jelas yang didikan anak menggunakan kaedah sama seperti kita dahulu mungkin tidak berkesan kepada anak-anak sekarang. Namun bukanlah semuanya. Apa yang dimaksudnya ialah bukan tertakluk kepada satu tempoh waktu, tetapi adalah dari segi keadaan tumbesaranya.
Anak-anak yang sedang membesar ini perlukan ibu bapa yang MENDENGAR apabila mereka bercerita tentang sesuatu perihal.
Mereka suka mencuri perhatian ibu bapa dengan menangis dan memberontak. Tugas ibu bapa ialah fahami bahasa tubuh anak kecil ini.
Cara terbaik, walaupun hanya sekejapp saja masa yang dapat diluangkan cubalah berkongsi cerita atau bertanya tentang aktiviti harian anak tersebut. Pandang matanya ketika bercakap, dan sesekali peluk lah dan berikan pujian supaya hati anak berbunga dan menjadi lembut.
MASA
Pengurusan masa dengan anak–anak adalah sangat penting supaya anak tidak jadi degil dan suka memberontak.
Kita semua sudah dewasa. Dan faham sangat yang semua perkara memerlukan pengurusan masa.
Apabila pengurusan masa ini terabai, ia akan memberi kesan kepada anak kecil.
Bagaimana nak luangkan masa terbaik dengan anak?
Contoh,
Selalunya bila kita tengok tv, pasti ada waktu-waktu yang buat kita tertunggu-tunggu untuk menonton rancangan kegemaran bukan? Mungkin nak tengok drama, atau mungkin tak boleh skip nak tonton berita?
Ini merupakan waktu ‘Prime’ yang selalunya dikhususkan.
Begitu jugalah dengan anak-anak. Apabila setiap hari kita wujudkan satu waktu PRIME untuk mereka, ia secara tak langsung dapat mengeratkan rasa kasih dan anak akan rasa lebih dihargai.
Waktu-waktu perdana ini perlu diluangkan kepada anak. Tidak perlu lama, cukup lah sekadar 1 atau 2 jam. Mungkin boleh dilaku pada awal malam. Sebaiknya adalah selepas solat Mahgrib sehingga selesai Isyak.
Didik dan ajar anak untuk solat bersama. Asuhan dari awal adalah penting. Rapatkan sof dan lihat bagaimana hati anak itu akan pelan-pelan menjadi lembut. Itulah kelebihan solat berjemaah bersama pasangan dan anak-anak.
Sikap dan tingkah laku anak juga di pengaruhi oleh faktor pemakanan.
Kita harus bijak dalam penyediaan makanan.
Itu tidak bermakna kita perlu menyediakan makanan-makanan yang mahal semata-mata. Ia lebih kepada cara penyediaan makanan tersebut.
Berapa ramai ibu bapa yang bacakan Basmallah ketika ingin mula memasak?
Dengan kalimat bismillah terdapat banyak kebaikan yang di salurkan pada sikap anak kelak. Ia juga lebih berkat.
Ketahuilahh, sekiranya ibu bapa sendiri malas dan culas bersolat, maka air tangan ketika memasak itu juga akan jadi penyebab anak jadi degil dan sukar mendengar cakap.
Ringankan Lidah Untuk Berdoa.
Doa tidak terhad hanya ketika selesai solat sahaja. Namun setiap bahasa yang diguna pakai oleh kita juga adalah suatu doa kepada anak-anak.
Tinggalkan kata-kata yang tidak baik. Contohnya, “Kenapa kau ni malas sangat?Memang tak pandai lah nanti belajar”
Ada juga ibu bapa yang tidak dapat kawal kata-katanya apabila sedang amarah dengan memaki malah ‘membodohkan’ anak dengan mudah. Masyaallah…
Ingatlah, setiap kata-kata itu merupakan doa dan jika dikeluarkan dari mulut seorang ibu, takut-takut akan menjadi benar kelak.
Tarbiyah
Ya, apa yang dimaksudkan dengan tarbiyah?
Cara ideal dalam berinteraksi dengan fitrah manusia, baik secara langsung melalui kata-kata maupun secara tidak langsung dalam bentukketeladanan, sesuai dengan sistem dan peringkat khusus yang diyakini, untuk memproses perubahan dalam diri manusia menuju kondisi yang lebih baik
Mungkin ada yang masih sukar untuk fahami. Begitu juga dengan saya. Biasalah, ia bukan perkara yang kita rasakan penting, mestilah payah nak faham dengan sekali baca kan?
Baca pula definisi tarbiyah yang lain.
Apa maksud TARBIYAH?
Tarbiyah islamiyah adalah proses penyiapan manusia yang soleh, yakni agar tercipta suatu keseimbangan dalam potensi, tujuan, ucapan, dan tindakannya secara keseluruhan.
Tarbiyah berasal dari bahasa Arab yang berarti pendidikan, sedangkan orang yang mendidik dinamakan Murobbi.
Haa. Semakin jelas bukan. Namun, kadang-kadang kita masih keliru dengan konsep dan maksud Tarbiyah.
Makna tarbiyah adalah sebagai berikut:
1) Proses pengembangan dan bimbingan, meliputi jasad, akal, dan jiwa, yang dilakukan secara berlanjutan dengan tujuan akhir si anak didik lebih dewasa dan dapat hidup bermasyarakat.
2) Kegiatan yang disertai dengan penuh kasih sayang, kelembutan hati, perhatian, bijak, dan menyenangkan.
3) Menyempurnakan fitrah kemanusiaan, memberi kesenangan dan kemuliaan tanpa batas sesuai syariat ALLAH SWT.
4) Proses yg dilakukan dengan pengaturan yang bijak dan dilaksanakan secara bertahap bermula daripada yang mudah hinggalah yang susah.
5) Mendidik anak melalui penyampaian ilmu, menggunakan kaedah yang mudah diterima sehingga ia dapat mengamalkannya dalam kehidupan sehari-hari.
Ada banyak cara untuk menangani masalah anak-anak nakal dan degil ini.
Mulakan sejak mereka kecil lagi. Didiklah mereka dengan kasih sayang, ketegasan dan displin.
Displin adalah penting, supaya apabila mereka sudah meningkat remaja, kita tidak kekok untuk menegur mereka.
Bayangkan jika anda bersama keluarga ke rumah orang lain.
Anak-anak anda tidak menjaga adab dan kelakuan di rumah orang seperti menyentuh dan mengusik barang-barang di rumah orang, membuka peti sejuk, mengambil makanan sesuka hati, memanjat sofa, melompat-lompat dan membuat bising.
Apakah yang akan anda lakukan? Adakah anda biarkan perbuatan anak anda dan terus berborak dengan tuan rumah? Walaupun tuan rumah kelihatan tersenyum, tapi hatinya tidak tenteram melihat kenakalan anak-anak anda bukan!
Jadi sebagai ibu bapa, mendisiplin anak ketika mereka masih kecil juga amatlah perlu supaya tidak berlaku hal-hal yang tidak sepatutnya kelak.
Akhir kata, didikalah anak-anak dengan Agama. Saya teringat satu doa yang diamalkan oleh Nabi Daud untuk menjadikan anak degil berubah menjadi baik dan lembut.
Ya Allah, lembutkan hatinya (sebut nama anak) sebagaimana kamu melembutkan Daud (akan) besi”
PS: Tak semua anak-anak akan dapat kasih sayang dengan ibu bapa. Anak-anak sekarang terpaksa bersaing dengan media sosial demi mendapat kasih sayang daripada ibu bapa mereka sendiri.
Sumber: info.gerobokanim
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Suka Kongsi, Suka Memberontak & Dia Saja Yang Betul? Anak Bawah 3 Tahun Setengah Memang Uji Kesabaran
Melalui fasa perkembangan satu perkembangan menyaksikan perubahan kepada karakter si kecil. Tidak suka berkongsi mainan, tidak suka mendengar arahan dan memberontak adalah antara sikap semula jadi yang ditunjukkan si kecil pada usia 1.5 hingga 3.5 tahun.
Kalau diikutkan, kerenah dan ragamnya berubah-ubah. Rupanya ia petanda dia sedang menguasai kepintaran emosi. Menurut Ibu Rose , ia adalah fasa individuating ialah fasa yang perlu dilalui si manja membesar. Sebagai ibu bapa, kita tidak seharusnya mematahkan unsur individuating yang berlaku ini.
Berikut ialah kupasan beliau;
Ini Mainan Saya!!!
Ingat lagi tak apa itu, fasa individuating?
Fasa individuating adalah fasa yang biasa dialami pada anak yang berumur sekitar 1.5 tahun – 3.5 tahun. Pada umur ini apa yang biasa berlaku adalah :
- Semua mahu buat cara dia.
- Mahu makan sendiri.
- Pakai baju sendiri.
Ada yang mahu pakai baju yang dia pilih sendiri sahaja. Kalau kita yang pilihkan, dia tak nak. (siapa ada macam ni cer senyum sikit)
-Pakai kasut sendiri walau terbalik. Kita nak tolong tak mahu.
-Kalau main, contoh Lego, tak dapat sambungan yang betul, mula nak nangis atau mengamuk.
-Bila main, tak nak kongsi mainan, kalau mainan orang lain, nak pula dia.
-Bila ajak makan, tak nak, kalau ajak juga nanti dia lembikkan badan (sabo je).
Hah…mcama-macamlah..
Apa yang berlaku sebenarnya?
Sebenarnya pada fasa ini, anak mahu beritahu bahawa saya adalah seorang individu.
Sebelum ini kan dia lalui fasa separation anxiety (perpisahan sementara). Pantang kena tinggal kejap akan menangis macam kena pukul yang sangat sakit. Tapi, bukan ada apapun. Cuma sebab kita tinggalkan dia sekejap saja kan.
Sangat berbeza fasa seterusnya, iaitu FASA INDIVIDUATING ni. Fasa semua nak buat sendiri, fasa ‘this is me, this is my way’..
Hahaha…bertabahlah wahai ibu-ibu yang baik dan penyabar.
Apa yang ibu ayah perlu buat? 3 tip ini boleh digunakan
Jangan terlalu dipatahkan keindividuannya itu. Apa yang kita patut lakukan pada umur ini, adalah pengulangan, kalau dia silap atau cara tak betul, kita tunjukkan cara yang betul. Kita beritahu apa yang betul, apa yang perlu. Sebagai contoh anak tak nak kongsi mainan dengan kawan.
#1: SEDIAKAN MENTALNYA
Kita boleh sediakan mental anak sebelum dia bermain, dengan beritahu, “Adik akan bermain dengan Sufyan kejap lagi. Allah, rasul dan ibu suka bila adik kongsi mainan dengan kawan. Adik akan kongsi mainan dengan Sufyan” Itu antara persediaan yang kita boleh lakukan. Sediakan mental anak itu sebelum kita lakukan sesuatu. Agar anak lebih bersedia.
#2: JANGAN PAKSA TAPI DORONG
Masa bermain, bila berlaku insiden rebut-rebut tu, kita boleh beritahu lagi pada anak, “Adik, Allah, rasul dan ibu suka bila adik kongsi mainan dengan kawan. Adik orang yang soleh, kongsi mainan dengan sufyan ye”. Jangan paksa. Tapi dorong.
Konsisten beritahu dan berulang-ulang.
Masa bermain, bila berlaku insiden rebut-rebut tu, kita boleh beritahu lagi pada anak, “Adik, Allah, rasul dan ibu suka bila adik kongsi mainan dengan kawan. Adik orang yang soleh, kongsi mainan dengan sufyan ye”. Jangan paksa. Tapi dorong.
#3: UBAH FOKUS & BERITAHU BERULANG KALI, JANGAN JEMU
Kalau buat lagi, ajak anak buat sesuatu yang lain. Ubah fokus.
Umur 3 tahun ke bawah, kita boleh beritahu berulang-ulang.
Tapi bila dah 4 tahun, kita boleh beritahu dan buat tindakan.
Tapi tindakan yang bagaimana?.
Mahu tahu?
Sumber: Ibu Rose
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI