Genap setahun pemergian suami (10 Februari), balu allahyarham Abam Bocey, Nurhidayah Mohd Ali dan anak lelaki tunggalnya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey semakin kuat walaupun melalui kehidupan tanpa insan tersayang disisi mereka.
Melalui perkongsian Hidayah dia mengakui, banyak liku dan cabaran hidup harus dilaluinya selepas arwah tiada, namun dia bersyukur Allah membantu mempermudahkan segala urusannya.
Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan
“Alhamdulillah, Allah ada. Walaupun terlalu banyak liku dan cabaran hidup saya sepanjang setahun selepas ketiadaan arwah, semuanya Allah permudahkan. Terima kasih kepada mak, abah dan keluarga.
“Selain itu, pada semua yang sentiasa menyokong saya, memberi kata-kata semangat, selalu mendoakan yang baik-baik untuk saya dan anak, termasuk buat arwah suami. Semoga segala doa yang baik-baik daripada kamu semua, berbalik pada kalian semua juga,’ katanya.
Genap setahun pemergian arwah Abam, Hidayah memberitahu tiada majlis tahlil disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Bagaimanapun, dia akan sedekahkan mi kari dan bihun sup kepada pelanggan yang datang ke kedai HidayahAbamHamzah miliknya di Medan Selera Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB), Jalan Tebedu, Sabak Bernam bagi memenuhi niat dibuat ke atas suaminya yang meninggal dunia tahun lalu.
“Saya sudah niatkan untuk Allahyarham suami, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan serta Allahyarham abang-abang saya iaitu Rosli, Azmi dan Ismail Mohd Ali. Semoga roh mereka di tempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh,” katanya.
Abam meninggal dunia di rumahnya secara mengejut selepas dua hari mengalami demam ketika Hidayah dan anak lelakinya masih perlukan kasih sayang suami dan seorang ayah.
Apa yang boleh dibanggakan dengan Hidayah, pemergian arwah Abam buatkan dirinya kuat dan kini telah berjaya dengan perniagaan yang dilakukan bersama ahli keluarga.
Betullah orang kata, rezeki ada dimana-mana. Asalkan rajin usaha dan doa tak putus, pasti dipermudahkan. Moga rezeki Hidayah dan Hamzah sentiasa murah walaupun hilang tonggak utama dalam hidup mereka.
Kredit: Metro & IG hidayah_abam
ARTIKEL MENARIK [Ada Anak Usia 2 Bulan – 2 Tahun Tengok Perkembangan Ni. Kalau Lambat, Jangan Tangguh!]
LAGI ARTIKEL MENARIK [Anak No 2 Atau No 3 Lain Sikit Perangainya. Tapi Dia Ajar Erti Sabar Untuk Ibu Ayah]
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)