Ketika wanita berpantang, misi seterusnya sudah pastilah menurunkan berat badan pada berat asal sebelum mengandung. Bagi Elfira Loy yang kini sedang berpantang, dia terpaksa mengawal pemakanannya selepas turun hanya 10kg sahaja.
Melalui Instagram, Elfira berkongsi kisah kesusahannya dalam menurunkan berat badan selepas melahirkan anak keduanya, Nur Aria Mikayla Muhamad Faris.
“Konsep makan-makan sekarang after 20 days of confinement sebab berat dah tak turun turun. kahkahkah.
“Setiap kali pregnant berat El mesti naik sampai lebih 20kg, tak tahulah makan apa kan. Tried to control during second pregnancy tapi masih 20kg jugak naiknya,” kongsinya.
Malah kata ibu kepada dua cahaya mata ini lagi, disebabkan itulah dia berpantang dengan cara yang betul dan mengurangkan jumlah nasinya setiap hari.
Melalui entrinya di Instagram, Elfira turut berkongsi menu hidangan dengan jumlah nasi yang sedikit dan melebihkan sayur dan buah untuk terus menyusukan anaknya.
Ads
Tidak puas hati dengan beratnya yang ‘degil’ hendak turun, Elfira turut membuka sesi ruangan komen bersama pengikutnya untuk mengetahui pengalaman ibu-ibu lain dalam menurunkan berat badan.
“I managed to lose 10 kilos setelah 10 hari berpantang but my weight are not moving since then. Maka kena lah cuba kurangkan nasi & lebihkan sayur & buah seperti gambar rajah di atas.
“No joke losing weights is not easy for me. Thats whylah El pantang je betul betul.
“El ni pear shape kalau tak turun berat badan memang nampak besar. Nak tak nak kenalah jaga kann.
Ads
“Berapa berat korang naik & berapa lama ambik masa untuk turun,” tulisnya lagi.
Terdahulu, Elfira selamat melahirkan cahaya mata keduanya, Nur Aria Mikayla Muhamad Faris pada 20 May lalu. Kini si comel Aria sudah pun berusia sebulan.
Bila sebut soal anak, suami isteri dah ada perancangannya. Cuma selepas setahun berkahwin belum ada tanda-tanda hamil, jangan berlengah. Mungkin ada masalah tertentu dan memerlukan penyelesaian pakar.
Begitu juga buat pasangan yang dah ada anak pertama tetapi nak dapatkan anak kedua susah lekat, jangan tunggu. Berikut antara tip yang dikongsikan oleh Pakar Sakit Puan & Perbidanan, Dr Hamid Arshat.
11 Cara Mudah Hamil Untuk Wanita & Pasangan Berkahwin
1. ELAK MENANGGUH KEHAMILAN TERLALU LEWAT
Tahukah anda, wanita sebenarnya paling subur sebelum umur 20 tahun. Masa itu belum tumbuh endometriosis , fibroids dan lain-lain penyakit peranakan.
Dengan keadaan ekonomi tidak menentu kini, kita faham ramai yang perlu merancang kehamilan dengan teliti.
Namun sebaiknya disarankan jika ada jodoh jangan tangguh terlalu lewat walau pun masih mengejar pendidikan tinggi dan
2. JUMPA DOKTOR CEPAT JIKA ADA GANGGUAN HAID
Lebih 80% akan hamil satu tahun lepas kahwin. Jika ada senggugut atau gangguan haid janganlah menganggap ia sebagai perkara biasa. Pastikan anda jumpa doktor untuk periksa peranakan dan ujian kesuburan.
3. PASTIKAN TAHAP KESIHATAN SENTIASA BERADA DALAM KEADAAN TERBAIK
Tentukan status kesihatan suami isteri dalam keadaan yang terbaik. Buat rawatan jika ada penyakit.
4. PASTIKAN PASANGAN TIDAK MEMPUNYAI MASALAH SEKSUAL
Mampu buat hubungan seksual yang sempurna dan memuaskan, tidak kiralah bagi pihak isteri ataupun suami.
Ada yang kahwin selama 6 tahun tapi masih gagal menembusi selaput dara isteri kerana mengalami masalah kesihatan seksual tanpa disedari. Berbincanglah dengan pakar untuk mendapatkan kepastian tentang hal ini.
5. GUNAKAN WAKTU SUBUR ISTERI SEBAIK MUNGKIN
Peluang hamil terbaik jika pusingan haid isteri teratur iaitu 28-30 hari (+/- 5 hari). Waktu subur atau ovulation pada hari ke14 jika pusingan 28 hari dan subur hari ke 16 jika pusingan 30 hari. Waktu subur boleh dikesan oleh catitan suhu BBT dan ovulation test kit BBT.
6. HUBUNGAN SEKSUAL JUGA PERLU ADA STRATEGI
Hubungan seksual selang malam mulai hari ke12 hingga hari ke 20. Kekuatan benih suami terbaik dalam jarak 48 jam.
Baca fatihah, ayat Qursi dan tiga Qul sebelum tidur. Baca doa untuk dapat zuriat yang terbaik sebelum jimak agar dilindungi dari gangguan syaitan.
Panduan doa ketika mendatangi isteri :
بِاسْمِ اللَّهِ، اللَّهُمَّ جَنِّبْنَا الشَّيْطَانَ، وَجَنِّبِ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا
Maksudnya: Ya Allah, Ya Tuhanku, hindarilah daripada syaitan dan singkirkanlah syaitan itu dari apa yang Engkau rezekikan kepada kami (anak). Sesungguhnya jika ditakdirkan (Allah) buat kamu berdua anak pada waktu itu, maka anak tersebut tidak akan dimudharatkan oleh syaitan selamanya.” [Riwayat al-Bukhari (6388)]
Jangan bangun untuk buang air atau cuci faraj bila bersetubuh pada waktu subur. Kepit peha dan alas bantal dibawah punggung selama 2-4 jam atau terus tidur.
Jika ada peluang pergi cuti ditempat peranginan ketika isteri subur.
7. TENANGKAN JIWA DAN FIKIRAN
Ketenangan jiwa dan lapang fikiran pada kedua suami dan isteri adalah sangat untuk menjayakan kehamilan.
Exercise selama 30 minit sehari dengan berjalan kaki , jogging , kayuh basikal, berkebun, basuh kereta atau cuci rumah. Buat senaman yoga, tai chi atau deep breathing exercise.
Mulut dan hati sentiasa berzikir mengingati dan memuji Allah SWT. Baca quran 2-3 muka setiap hari. Tahan marah dan bersabar walaupun menghadapi provokasi.
8. KAWAL BERAT BADAN
Salah satu perkara yang sering diingatkan ialah kawal berat badan. Kegemukan akan mengganggu hormon subur dan menghindar pematangan telur/ovulation.
9. MAKAN MAKANAN BERKHASIAT
Pemakanan yang berkhasiat dan berzat sangat penting. Sebaiknya 70% makanan dari bahan-bahan segar mentah – buah dan sayuran. Minum jus segar dari buah-buahan dan sayur-syauran.
Jauhkan gula dan manisan, fast dan junk foods . Rujuk garis panduan Piramid Makanan Malaysia 2020 yang terkini oleh KKM.
10. MAKAN MAKANAN TAMBAHAN, SUPPLEMEN DAN VITAMIN
Makan supplemen multivitamin seperti vitamin E dan C, folic acid. Dan tambahan untuk suami zinc dan selenium.
11. LAKUKAN UJIAN MEMBANTU KEHAMILAN JIKA PERLU
Terdapat beberapa prosedur-prosedur ujian menghasilkan kehamilan:
• Xray HSG untuk buka saluran falopian menghasilkan kehamilan dalam 30% dalam tempoh 3-6 bulan.
• Begitu juga prosedur D&C hydrotubation.
• Rawatan suntik benih suami IUI juga menghasilkan 10 – 30 % kehamilan.
• Ubat subur clomid dan ubat subur suntikan gonadotropin juga sama hasilnya.
• IVF ICSI begitu juga hasilnya 30 % kehamilan dengan kos tinggi RM15 – 20K.
• Pembedahan laparoscopy / minilaparotomy untuk mengatasi pelbagai penyakit – cyst, fibroids, endometriosis , tubes blocked dan lain2 menghasilkan 50 – 60% kehamilan dalam jangka panjang.
Semoga bermanfaat untuk semua wanita dan pasangan yang mengimpikan zuriat. Insha Allah.
** Nak shopping barangan bayi pada harga yang berbaloi, klik di sini
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Perjalanan menyusukan anak sememangnya satu perjalanan yang bukan mudah. Biarpun payah namun ia detik manis untuk dikenang. Penuh ragam, cabaran dan pengorbanan besar.
Bagi isteri kepada angkasawan negara, Datin Dr Halina Mohd Yunos, perjalanan menyusukan dua anak kembarnya, Eusoff dan Emelia teramat manis buat dirinya.
Bagi Dr Halina, selepas 16 bulan menyusukan kedua-duanya, inilah yang yang bersesuain untuk bercerai susu namun keinginannya untuk menyusukan anak semakin kuat biarpun agak keletihan. Keliru kata ibu Dr Halina.
Melalui Instagramnya, Dr Halina berkongsi cerita kisah penyusuan indahnya.
“These two muchkins. Hampir 16 bulan perjalanan penyusuan dengan kedua-dua ni. Boleh dikatakan Eusoff dah mula minum susu sepenuhnya setiap masa. Malam-malam je cari mommy kalau haus.
“Emelia pulak, dah slowly weaned off breast milk, kat sekolah dah tak hantar frozen breast milk dah. Kena belajar berdikari dengan formula milk. Tapi bila balik sekolah je, terus masuk dalam baju Mommy.
“Bagi saya ia adalah satu perjalanan penyusuan yang cukup indah. Tapi mommy dah malas nak pump dekat tempat kerja. Sekarang pulak saya pam sekali saja pada waktu siang, tu sahaja. Sayang pulak kalau tak pump,” tulisnya berkongsi cerita.
Malah kata ibu kepada enam orang cahaya mata ini lagi, dengan menyusukan susu badan, ribuan ringgit berjaya diselamatkan mereka namun katanya lagi, inilah masa yang cukup sesuai untuk memperkenalkan keduanya dengan susu formula.
Melalui perkongsian isteri kepada Dr Sheikh Muszaphar ini lagi, anak kembar lelakinya, Eusoff mengambil langkah awal minum susu formula terlebih dahulu dan kini diikuti pula dengan Emelia.
“Saya dah berjaya jimatkan beribu ringgit dari beli susu formula..haha. Stock yang ada ni, boleh guna bila terlupa beli formula.
“Semua anak-anak minum S26 Gold. Alhamdulillah tak ada masalah setakat ni. Kitorang banyak dah menyumbang kepada ekonomi S26 sebab dah beli sejak 10 tahun lalu masa Bella baby lagi.
“Saya mahu badan saya kembali, perjalanan yang indah untuk berada di jabatan F&B..hahaha.(dulu di jabatan Hiburan). But this mommy still tak sampai hati nak totally stop breastfeeding. I just can’t make up my mind,” tulisnya lagi berkongsi.
Dalam pada itu, rata-rata pengikut doktor cantik manis ini turut sama meninggalkan pelbagai reaksi malah turut sama melalui rasa keliru dan berbelah bahagi ini demi anak tersayang.
farahmohsin: Samalah doc.. i want my body back too.. been breastfeeding since 8yrs ago back to back. Tak sempat nak kering susu ada lagi berketul2 askar kecil keluar.
maimonah12: Retain this beautiful moments as long as one can. Once they grow these moments are just memories.
fatenamerasrk: Hahaha f&b yet entertainment dept eh doc hahaha made my day 😂😂😂 nak kena start balik dah ni f&b dept.
hanis.hazwani: Dr, please share tips to wean off
affrinasuffya_: So cute Dr.
farahhaniss: Same here doc. Nak kurus tapi tak sampai hati 😂
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Gangguan perasaan selepas bersalin sebenarnya dialami oleh ramai wanita iaitu sehingga 85 peratus sewaktu tempoh berpantang. Namun, kebanyakannya hanya mengalami pada tahap yang ringan dan tidak membahayakan.
Malah ia berlaku sekejap sahaja, biasanya tidak memerlukan rawatan perubatan. Bagaimanapun, dalam segelintir 10 peratus wanita, gangguan perasaan berlaku lebih mendalam dan berpanjangan.
Ia boleh berlaku selepas kelahiran pertama dan seterusnya kerana setiap kelahiran adalah berbeza. Ibu-ibu yang mendapat perubahan emosi ini mudah merasa penat dan keletihan.
Bagaimana nak tangani masalah ini dan apa harus dilakukan? Perkongsian dari Puan Nad Masrom ini melalui pengalamannya sendiri yang pernah mengalami fasa meroyan ini mungkin boleh membantu.
Tak sanggup rasanya nak baca tentang bayi 3 bulan yang meninggal dunia di tangan ibu sendiri.
Ibu baru pertama kali melahirkan anak, mengalami perubahan hormon yang mendadak selepas kelahiran kemudian mengalami kecelaruan emosi yang tak disedari.
Saya bersyukur ketika saya melalui fasa meroyan 8 tahun yang lalu, suami, keluarga, mak mertua, ayah mertua dan sahabat handai sentiasa di sisi, beri sokongan emosi dan sediakan bahu untuk saya bersandar.
Banyak faktor meroyan ni boleh berlaku; kelahiran pramatang, ibu bersalin kali pertama, ibu alami komplikasi kelahiran, anak sakit dan lain-lain.
Sedikit tips yang saya boleh kongsikan bersama ibu-ibu yang mungkin alami situasi seperti ini berdasarkan pengalaman saya sebelum ini:
1. Amalkan istighfar 1000x
Tips ni dulu sahabat saya FaaFalina Sanusi yang kongsikan. Alhamdulillah ia berkesan untuk rawat hati saya ketika itu. Tasbih digital sangat membantu. Bila jiwa celaru, cepat-cepat buat. Percayalah, ia dapat merawat hati yang lara.
2. Elakkan bersendirian
Bersendirian ni bukan maksudnya duduk seorang diri. Kadang-kadang kita dengan anak-anak tapi fikiran melayang jauh. Pastikan kita ditemani orang yang lebih matang dan sedar perubahan diri kita.
3. Solat Dhuha
Cuba amalkan setiap pagi. In shaa Allah solat dhuha dapat menjadikan hari kita bermula dengan lebih baik.
4. Baca Surah Yassin
Setiap kali lepas solat fardu, amalkan baca surah yassin. Tak lama pun baca yassin ni. Dalam 10-15 minit macam tu. Lama-lama akan rasa keringanan pada beban yang dialami.
5. Solat tahajud
Jika belum istiqamah untuk bangun tahajud, setiap kali terjaga malam, tadahlah tangan dan berdoa apa sahaja yang diinginkan. In shaa Allah, Allah akan kira usaha awal kita ini. Tahajud menjadikan jiwa kita lebih kuat.
6. Kurangkan / elakkan media sosial
Kita kerap membandingkan diri dengan wanita lain. Kita akan rasa diri tak sempurna bila melihat perbandingan maya ini. Sebelum hati benar-benar kental, kurangkan interaksi mesia sosial ini untuk elakkan diri hilang motivasi dan merasakan kita banyak kekurangan.
7. Pilih circle
Tak apa circle kita mengecil. Tapi kita kena pilih mereka yang betul-betul dipercayai dan bersedia ada di sisi kita bila kita benar-benar memerlukan. Jauhkan mereka yang boleh memberi aura negatif.
8. Cari jawapan dari tafsir
Saya kerap lakukan ini. Dalam keadaan keliru, ambillah tafsir al-qur’an, pegang dan berdoa dalam hati dengan keadaan yakin (YAKIN tu macam kita order pizza dan dalam masa 15 minit pizza tu akan sampai pada kita).
Berdoalah minta Allah beri petunjuk dan bukalah mana-mana muka surat secara rawak. In shaa Allah dalam salah satu ayat di muka surat tersebut, ada jawapan untuk persoalan kita.
9. Luah perasaan
Kalau kita sukar nak percaya orang lain, luahkan perasaan melalui penulisan. Tulis di buku sebagai jurnal setiap hari. Kalau nak tulis di facebook tapi tak nak orang baca, set ONLY ME.
Tak yakin nak menulis? Contenglah apa-apa sahaja lakaran. Saya lebih suka buat seni terapi. Lukis apa sahaja yang mewakili perasaan saya ketika itu.
Luahkan dengan cara yang betul dan carilah bantuan bila diperlukan. In shaa Allah bila kita yakin yang kita akan dibantu, bantuan tu akan benar-benar tiba. Jangan biarkan jiwa kita bergolak dan akhirnya memakan diri sendiri.
Sumber: Nad Masrom
Certified Lactation Counselor
Art Therapy in Breastfeeding
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!