Pa&Ma kini berada di dalam aplikasi   
Pa&Ma kini berada di dalam aplikasi   
Home Kesihatan 10 Info Bius Epidural Anda Perlu Tahu Semasa Pembedahan Caeserean

10 Info Bius Epidural Anda Perlu Tahu Semasa Pembedahan Caeserean

Epidural adalah salah satu kaedah pembiusan yang paling banyak digunakan untuk proses kelahiran cara pembedahan caeserean. Berikut ialah 10 info mengenainya yang perlu anda tahu.

Dr Isnul Hady Ismail, pakar bius SALAM Shah Alam Specialist Hospital berkata epidural bertindak serta memberikan kesan kepada sistem saraf pusat, sistem kardiovaskular dan sistem pernafasan. Ia akan memberikan kesan kepada tekanan darah, pernafasan, degupan jantung dan beberapa fungsi penting badan yang lain. Prosedur epidural hanya boleh dilakukan oleh pakar bius bertauliah sahaja.

Kadangkala pembedahan yang dilakukan secara kecemasan setelah bayi di dalam kandungan stres dan perlu dikeluarkan segera atas pelbagai sebab. Justeru, ini menyebabkan penggunaan epidural yang tidak dijangka. Justeru mama, ini adalah 10 info penting yang perlu diketahui tentang epidural:

1.Epidural tidak mengganggu susu ibu kerana aliran dan fungsinya terhad pada lokasi tertentu sahaja. Ia hanya akan masuk ke dalam aliran darah dalam kuantiti yang sedikit dan tidak memberikan kesan secara langsung kepada aliran dan kualiti susu ibu. Penyusuan susu ibu boleh diteruskan dalam posisi mengiring dan elakkan daripada duduk.

2.Pening, muntah dan menggigil kesejukan adalah antara kesan dirasai kesan daripada epidural. Epidural memberikan kesan yang lebih ringan berbanding bius  lain  dan jarang memberikan komplikasi teruk kepada pesakit.

IKLAN

3.Rasa pening kepala dan muntah ialah kerana tekanan darah yang menurun. Manakala menggigil pula disebabkan oleh kesejukan kerana bius bertindak mengurangkan haba dengan cepat pada bahagian bawah badan kerana semua saluran darah sedang mengembang.

4.Epidural lebih baik daripada bius am yang mengakibatkan pesakit tidak sedarkan diri. Perlu difahami bahawa epidural adalah dalam kategori bius setempat yang lazimnya akan digunakan untuk pembedahan pada bahagian pusat ke bawah seperti caeserean.

IKLAN

5.Epidural menjadi pilihan sebagai penahan sakit bagi kelahiran secara normal. Jika ibu berupaya menahan kesakitan semasa kontraksi, maka ia tidak perlu. Selain epidural, terdapat banyak penahan sakit yang boleh digunakan iaitu suntikan pethidine dan gas entonoks. Walau apa juga pilihan, para ibu perlu memahami bahawa setiap prosedur mempunyai kesan sampingan masing-masing.

6.Bagi pakar bius yang sudah biasa melakukannya, kadar kegagalan adalah rendah. Tetapi bagi bagi pesakit yang mempunyai ciri abnormal pada tulang belakang, risiko kecederaan pada saraf adalah tinggi. Kesan alahan atau alergi kepada ubat juga boleh berlaku yang menyebabkan pesakit mengalami kegatalan pada kulit.

IKLAN

7.Perkara penting selepas kelahiran yang dibius ialah berbaring tanpa bantal selama lapan jam hingga 12 jam selepas pembedahan dilakukan.

8.Memakai bengkung moden 24 jam selepas pembedahan sebagai sokongan kepada bahagian perut dan tulang belakang.

9.Ibu perlu bergerak seawal mungkin selepas tempoh berbaring selama lapan hingga 12 jam selepas pembedahan  untuk menggalakkan pengaliran darah.

10.Setiap individu hanya boleh mengambil epidural sebanyak dua tahun sekali sahaja.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI