Melihat pengorbanan isteri melahir dan membesarkan anak tidak terungkap dengan kata-kata. Begitu banyak yang dikorbankan isteri untuk membesarkan bayi kecil kita. Inilah yang cuba dikongsikan pelakon, Aiman Hakim Ridza buat isteri tercintanya, Zahirah Macwilson!
Sempena hari lahir Zahirah, Aiman membingkiskan ucapan paling manis. Kata Aiman, dia melihat isteri kesayangannya itu sebagai ibu dan isteri dan paling hebat, kuat dan cekal membesarkan anak kecilnya yang menuntut begitu banyak pengorbanan.
Melalui beberapa keping gambar yang dikongsikannya, Aiman berkongsi cerita cinta, kehidupan dan pengorbanan isteri tersayangnya.
“Gambar ni semua gambar lama tetapi bermakna.
1. Ni gambar pertama dia TER…hantar dekat aku. Ada beberapa lagi gambar masjid lain di istanbul yang dia terhantar. Dalam hati dan kepala aku ada satu je time tu. Dia nak bina masjid dengan aku la tu kut.
2. Ni gambar terawal dia hantar bila dia dekat set shooting. Aku pun cuba la selfie balik nak balas gambar yang dia hantar. Macam macam bentuk muka aku cuba. Semua macam tak kena. Baru aku sedar … ‘angau ni!’
3. Time ni aku dah selesa dah dengan dia. Duckface semua aku buat. Dia boleh kata comel. Tak faham aku.
Ads
4. Time ni baru lepas kahwin. Lockdown pulak. Waktu awal-awal bercinta ada la jugak cakap `i nak kita berdua je takde orang lain’. Sekali jadi betul-betul daa.
Dia ibu yang hebat
Tidak hanya berkongsi kisah cinta bahkan Aiman turut meluahkan penghargaan atas pengorbanan yang dilakukan Zahirah. Saling menyokong dan membantu dalam membesarkan anak, itulah yang dilakukan bersama mereka dalam membesar Isaac Raes yang kini berusia satu tahun.
5. Gambar ni few days sebelum dia bersalin. Tak banyak sangat benda yang ada dalam kepala aku masa ni selain menunggu dia bersalin dengan selamat.
6. Saat paling berdebar+ happy + lama + sekejap + terharu dalam hidup aku. 10 kali aku kira jari anak aku tapi dia tenang.
Ads
7. Time ni paling mencabar untuk aku dengan dia. Dia perlukan aku dan aku pun perlukan dia. We suport each other.Pertama kali jadi parents pada minggu yang pertama adalah pengalaman paling lama dan berharga.
8. 1-7 ni semua adalah dari perspective aku semata mata. Nak tulis sajak inggeris panjang-panjang macam ada yang kurang dan tak dapat di ungkapkan. Apa yang aku nak cakap sebenarnya dari awal aku kenal dia sampai la sekarang dia adalah seorang wanita yang kuat, cekal dan mempunyai nilai hidup yang tinggi.
Dalam bahasa inggeris `classy ‘ . Banyak yang aku belajar dari dia walaupun dia jauh lebih muda dari aku.
Dia jugaklah seorang ibu yang hebat. Dari dia lahirkan anak kitaorang sampailah dah umur setahun ni dia sentiasa berikan yang terbaik.
Ads
Nak ucap terima kasih tak cukup nak bagi hadiah pun tak ternilai. All i can give you back is my respect and love unconditionally.
Happy 27th Birthday to you wifey @zahirahmacwilson !!! Daddy and @isaacraees will forever love you no matter what,” tulisnya.
Dengar cerita ada yang tak nak balik sebab seronok sangat main air. Faiz Dickie sempat tunjuk bakat terjun sampai perut mengandung pun hilang. Nak tahu siapa juara challenge kali ini, kenalah tengok sampai habis.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Identiti pengenalan diri dua beradik yang nama mereka mirip kepada buah-buahan tempatan menjadi hangat di media sosial.
Dokumen pengenalan diri milik Muhammad Dhury Yan yang lahir pada 21 Ogos 2012 dan adiknya, Nur Rambutt’an yang lahir pada 14 Mac 2017 menjadi bualan hingga tular seluruh negara.
Bapa mereka, Abi Amin Mahayadin, 40, mengakui terkejut dan kesal dengan sikap pihak tidak bertanggungjawab yang telah menularkannya.
Menurutnya, sejak menjadi tular, dia menerima kecaman hebat dari netizen namun mengambil pendekatan positif kerana memikirkan tindakan menamakan kedua-dua anaknya adalah keputusan keluarga.
“Nama ni dapat dari orang-orang lama, mereka orang baik-baik, ada pertalian keluarga juga, macam pangkat tok-tok, jadi kami ikut sahaja,” katanya.
Menurutnya, ia sama sekali tiada kaitan dengan nama buah-buahan tempatan seperti durian dan rambutan.
Difahamkan, Muhammad Dhury Yan diberi gelaran Yan dalam keluarga manakala Nur Rambutt’an digelar Adik An atau Nora.
Kedua-dua beradik ini juga baharu sahaja menerima kelahiran seorang adik lelak yang belum diberi nama.
“Yang baru ni belum ada nama lagi, tunggu tok mereka bagi,” katanya.
Abi Amin turut mengharapkan masyarakat menghormati keputusan keluarga itu tanpa meninggalkan sebarang persepsi sehingga menjejaskan masa depan anak-anaknya.
Bagaimanapun ketika ditanya kepada dua beradik tersebut, Yan dan Adik An, mereka mengakui sukakan buah-buahan tempatan termasuk durian dan rambutan.
Yan berkata, dia suka makan durian dan mengakui adiknya juga sukakan buah rambutan.
Sumber: Sinar Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kehadiran Dariya Inara beberapa bulan lalu dalam hidup Jep mengubah hidupnya. Bukan setakat bahagia tapi caranya melayan anak buat ramai peminatnya tergelak dengan gayanya yang sempoi.
Dalam setiap entri di instagramnya, Jep cukup selamba menjaga anaknya dan kapsyen untuk setiap gambar Dariya juga lucu. Seolah-olah apa yang digambarkannya kena dengan gambar si comel Dariya.
Jika diikutkan, kerjaya Jep sebagai pelawak dan penyampai radio memang memerlukan komitmen dan sentiasa sibuk. Jep juga mengakui kesibukan bekerja tak menghalangnya nak melayan anak perempuannya bila ada masa.
Malah Dariya pun seolah-olah faham dan cukup manja dengan abahnya. Jika orang kata anak perempuan manja dengan ayah boleh diberikan contoh Dariya dengan Jep.
Peminatnya juga menyatakan Jep nampak sporting dan suka melayan. Jadi tak mustahil kalau Dariya besar nanti jadi bodyguard abahnya.
Dengan kehadiran bayi pertama hasil perkahwinan pasangan ini akan menyerikan lagi rumahtangga yang dibina — tidak sabar pula untuk lihat Dariya Inara membesar dengan comel kelak.
Makin Besar Dah Iras Muka Abah
Ada juga yang menyatakan semakin besar anak dara Jep dah nak iras muka abahnya. Bahagian mata ikut Sari Yanti.
Sumber: Jepsepahtu
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dewasa ini semakin banyak ibu bapa yang mendapat kesedaran untuk membuat tabungan buat anak-anak. Pelbagai bentuk tabungan seperti wang, emas dan saham diadakan untuk kemudahan anak-anak pada masa hadapan. Terdapat juga pelan insurans yang ditawarkan bersama pakej simpanan. Adakah tabungan ketika dalam kandungan dibolehkan dalam Islam?
Menurut pendakwah bebas, Ustaz Nurzamir Zakaria, menabung dapat melatih anak-anak menjadi seorang yang berhemah, berbelanja mengikut kemampuan dan merancang masa depan yang lebih baik dengan simpanan yang dibuat. Anak-anak yang dibiasakan dengan program menabung ini, mereka tidak akan boros dan berbelanja sesuka hati. Mereka akan menjadi seorang yang menghargai nilai wang pemberian sesiapa sahaja termasuk ibu bapa mereka.
Tabungan Sedari Kandungan Tidak Membawa Masalah
Dalil umum yang disebut sebagai “Masolihul mursalah” iaitu sesuatu yang menghasilkan kebaikan, selagi tidak bercanggah dan menyimpang dari landasan agama dan juga tidak mendatangkan keburukan mahupun kemudaratan, akan menjadi kaharusan di dalam Islam. Dengan cabaran peningkatan kos sara hidup, tabungan sudah menjadi keperluan.
Masakan tidak, kos pendidikan seawal peringkat pra sekolah pun mencecah ribuan ringgit secara kasarnya. Apatah lagi jika anda mahu mendaftar untuk ke sekolah rendah, menengah mahupun kolej dan universiti. Walaupun masih ada beberapa saluran pendidikan percuma, namun menabung tidak akan merugikan bahkan ia mungkin membantu kita di masa hadapan dalam menghadapi apa jua situasi.
Rancanglah Cara Menabung Agar Konsisten
Seeloknya, ibu bapa perlu meletakkan sasaran yang hendak dicapai bagi setiap anak mengikut kemampuan mereka. Setelah itu, latih diri untuk kosisten dan elakkan daripada culas atau ‘merompak’ di tengah perjalanan. Jika sebulan ibu bapa menyimpan RM100 untuk satu anak, selama 18 tahun, jumlah tersebut akan menjadi sebanyak RM21,600. Ia adalah angka yang hampir cukup untuk mereka melangkah ke alam universiti ataupun untuk mereka membina kehidupan sendiri.
Perlu Ada Ilmu
Jika anda mempunyai pengetahuan berkaitan pelaburan tidak kira emas atau sebaliknya, maka teruskanlah. Contoh seperti emas, ia adalah aset bagus yang kalis inflasi sekalipun ekonomi negara suatu masa nanti berlaku kegawatan dan sebagainya. Jika tidak ada ilmu tentangnya, elakkan daripada berbuat demikian.
Cukuplah hanya menyimpan dalam bentuk wang dan kita perlu mendidik minda kita bahawa simpanan bukan pelaburan. Andai ada keuntungan atau hibah diberikan, maka bersyukurlah mendapatkannya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!