Situasi yang sering dihadapi oleh ibu adalah bila nak buat kerjalah, anak merengek nak perhatian, ajak main, nak makan, nak tidur dan macam-macam lagi. Sampaikan bila dah macam ni, niat ibu yang nak selesaikan kerja pun jadi tertangguh.

Menurut Pakar Keibubapaan, Puan Maznah Ibrahim, tiap kali anak perlu perhatian, dahulukan hak anak. Beri perhatian dan buat bersama aktiviti dia (yang dia suka/ dia minta / berpusatkan dia semata)

Selepas diberi ‘fully’ dalam 10 minit, beritahu anak ibu ada kerja sebentar (atau nak memasak sebentar, nak mandi sebentar dll) – boleh tinggalkan dia (atau mereka) habiskan kerja yang dia dah seronok ‘engage’ buat contoh conteng/lukis buku, merangkak lompat-lompat halangan, atau tonton video ringkas dalam 15 minit.

10 Minit Layan Anak, 30 Minit Masa Berkualiti Ibu Ayah Dapat Semula Tanpa Diganggu

Kuncinya- DAHULUKAN HAK ANAK, InsyaAllah kemudiannya si ANAK AKAN BERI HAK KITA PULA.

Ads

Kerana yang pegang hati anak ialah Allah. Allah beri semula masa puan lagi banyak sebab puan beri hak anak yang mahu masa dengan puan.

The more you give, the more you get. KEYWORD di sini ‘MORE’. Ia memang tak dapat diterangkan secara saintifik masa kuantiti nombor, tapi ia secara Law of Universal Attraction.

Sama dalam penekanan oleh Pn Husna Haron pengasas Formula Masa

Ads

Jika anda baca Quran 1 page, atau 1 juzuk makan masa xx minit, ada panjangkan kuantiti muka surat atau juzuk, anda akan rasa masa tu lapang sangat, berganda-ganda masanya. xxxxxx masa lagi. Solat juga begitu, tambahkan solat sunat.

OK berbalik pada ‘fulltime’ beri perhatian pada anak tu, ia tak lama pun, dalam 10 minit berkualiti, puan akan dapat dalam 30 minit berkualiti tak diganggu si anak dan bila puan tenang dapat masa 30 minit tanpa gangguan tu, Insyaallah kerja penting puan tu akan selesai.

Inilah dinamakan ‘masa yang berkualiti sebab kita dapat fokus’.

Give 10 – will get 30
Give 10 again – will get another 30.
Total u will get 1 hr when u give 20 mins to your child.
Anak happy, mak pun tenang happy.

Ads

* untuk saya yang bekerja pun, saya guna teknik masa ini sebaik saya ambil anak-anak, masa aktiviti untuk mereka dulu (playground), jika tak berjalan, terus balik rumah, juga saya akan spend masa bermain di lantai dengan mereka dulu, baru saya settle kan diri saya (mandi, masak), then ajak anak-anak mandi bersihkan diri mereka sambil saya continue memasak.

* bila anak dah besar, dalam 5-6 tahun, anak akan sangat GIVE IN sanggup beri masa untuk saya (tolerate) atau bila anak usia 3 tahun dia akan sangat memahami masa mak untuk aktiviti rutin pendek i.e mandi solat makan saya. Sebab, masa dia kecil kita banyak GIVE IN untuk dia. Jika bayi masa pantang, memang 100% masa kita untuk dia, kan. Ia berlarutan berkurangan sedikit demi sedikit, hingga anak bersekolah, dan masuk uni esok, bekerja dan berkahwin. Masa tu mula la kita alami sindrome Empty Nest dan rindu zaman dia demand masa dengan kita.

Sumber: Maznah Ibrahim

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI