Jangan salah cara penggunaan ubat di kalangan anak kecil ya ibu ayah! 10 panduan yang dikongis oleh ahli farmasi ini diharap dapat membantu para ibu bapa.
Penggunaan ubat di kalangan anak kecil perlu dibuat dengan cara yang betul dan mengikut nasihat diberikan oleh ahli farmasi dan doktor. Ibu ayah kena tahu cara penggunaan ubat yang betul untuk mengelakkan daripada berlaku sebarang masalah lain pula.
Bila anak sakit ibu ayah akan segera membawa si kecil berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan. Selepas rawatan dilakukan, doktor akan mempreskripsi ubat-ubat yang bersesuaian mengikut penyakit, usia dan berat badan anak.
Namun kadangkala ada ibu bapa tidak memberikan anak ubat itu sekiranya keadaan anak dilihat beransur sihat dan menyimpat ubat-ubat tersebut. Jika anak sakit sekali lagi atau anak yang lain sakit, mereka akan menggunakan saki baki ubat terdahulu atau berkongsi ubat antara anak-anak lain kerana beranggapan penyakit mereka adalah sama.
Berikutan salah faham yang banyak diamalkan oleh ibu bapa, Ahli Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia, Encik Fahmi Hassan berkongsi info bermanfaat ini supaya ibu bapa lebih memahami cara betul penggunaan ubat yang diberi kepada anak-anak kecil.
1.Penggunaan ubat batuk dan selsema di kalangan kanak-kanak berumur bawah dua tahun adalah tidak digalakkan.
Ads
2.Tidak semua ubat yang selamat digunakan oleh orang dewasa boleh digunakan untuk kanak-kanak.
3.Ubat batuk dan selsema boleh menyebabkan sawan, gangguan pernafasan, peningkatan kadar degupan jantung dan kematian pada kanak-kanak.
4.Batuk dan selsema biasa akan sembuh sendiri tanpa rawatan dalam masa 5-7 hari. Penggunaan ubat batuk dan selsema tidak dapat mempercepatkan proses penyembuhan.
Ads
5.Pastikan anak anda mendapat bekalan cecair secukupnya. Gunakan titisan garam isotonik untuk mencairkan hingus dan mukus. Sedut hingus dari hidung menggunakan penyedut yang boleh dibeli di farmasi.
6.Gunakan alat penyukat yang sesuai seperti picagari sewaktu memberi apa-apa jenis ubat-ubatan kepada bayi dan kanak-kanak.
7.Sekiranya bayi anda demam, dapatkan pemeriksaan dari doktor dengan segera. Suhu yang tinggi di kalangan bayi boleh menyebabkan berlaku komplikasi yang lebih serius.
Ads
8.Ubat menurunkan suhu seperti paracetamol adalah selamat digunakan untuk bayi. Ikut arahan berkenaan dos dan cara penggunaan seperti yang diterangkan oleh doktor atau ahli farmasi.
9.Sekiranya anak anda memerlukan vitamin tambahan, dapatkan produk yang sesuai dengan umur anak anda.
10.Sentiasa peka dengan label ubat. Tanya ahli farmasi sekiranya terdapat kekeliruan berkaitan ubat-ubatan anda.
Sumber: fahmihassan.net
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebelum ini pelawak Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan atau lebih dikenali sebagai Ali Puteh pernah berkongsi keadaan anak keduanya yang menghidap masalah jantung kronik dan terpaksa berkampung di hospital sehinggalah pembedahan dilakukan.
Bayi yang baru berusia 3 bulan itu dilaporkan mempunyai masalah jantung selepas mengalami demam kuning berpanjangan beberapa hari setelah dilahirkan.
Pembedahan selama 12 jam
Bayi comel yang diberi nama Ainul Mardhiah itu terlantar di hospital dengan wayar berselirat dibadan walaupun masih lagi belum mengenal apa-apa berkaitan kehidupan.
Semalam, Ali telah memuat naik gambar mereka sekeluarga dengan kapsyen yang agak menyentuh hati. Menurut pelawak tersebut, gambar itu adalah gambar pertama mereka sekeluarga sebelum anak keduanya itu memasuki dewan bedah untuk melakukan pembedahan.
Paru-paru alami komplikasi, bergantung mesin pernafasan
Lebih membimbangkan, Ainul Mardhiah sekarang hanya bergantung kepada mesin bantuan pernafasan berikutan terdapat komplikasi kepada paru-parunya pula.
Doktor dah cuba sedaya upaya. Semuanya bergantung pada bantuan pernafasan. Harapnya ada sinar buat anak walid dan ibu.
Mohon doa, moga ada keajaiban
Ali Puteh juga turut mengharapkan orang ramai sama-sama memanjatkan doa buat anak keduanya itu kerana hanya keajaiban daripada Allah S.W.T sahaja dapat mengembalikan kesihatan puterinya.
Sehubungan dengan perkara tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dan memberi semangat kepada Ali sekeluarga untuk terus kuat berdepan dengan ujian ini. Semua mendoakan agar Ainul Mardhiah dapat kembali sihat dan memberi kegembiraan buat seluruh ahli keluarga.
Semoga Allah mempermudahkan urusan bidadari syurga ini dan angkat segala kesakitannya untuk hidup dengan normal seperti kanak-kanak seusia dengannya.
Sumber: ig Ali Puteh
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas tiga tahun bersalin anak kedua, penyampai radio, Feeya Iskandar atau Cik Piah telah selamat melahirkan cahaya mata ketiganya di sebuah pusat perubatan di Selangor, jam 7 malam, pada Khamis.
Menurut Cik Piah, bayi lelaki dengan berat 3.38 kilogram itu dilahirkan secara normal dan ditemani suaminya, Nurashid Abd Wahab.
“Alhamdulillah proses bersalin dipermudahkan dan saya dapat seorang lagi anak lelaki.
“Boboboi kuasa tiga. Alhamdulillah nombor tiga ini lain macam sikit keluarnya. Sampai kena vakum sebabnya muka dia ke atas, tapi syukur mummy dan baby baik-baik saja,” kongsinya.
Dalam pada itu Cik Piah atau nama sebenarnya Nor Shafiza Iskandar Azizan, 32, turut memohon orang ramai agar mendoakan kesihatannya dan bayi yang baru dilahirkan itu.
“Terima kasih pada yang mendoakan dan mohon panjangkan doa untuk kesejahteraan dan kesihatan mummy dan baby ya.
Sebelum ini, Cik Piah tidak mengumumkan jantina anak ketiganya walaupun ramai yang bertanya dan hanya akan beritahu sebaik dilahirkan. Jadi semuanya dah terjawab apabila bayi dah selamat melihat dunia.
Dah ada 3 bakal imam
Selagi tak dapat girl ‘kilang’ buka lagi
Tahniah sekali lagi untuk Cik Piah! Walaupun ramai yang cakap jaga anak lelaki, tenaga ibu perlu keluar lebih sikit namun percayalah betul cara didikan kita, bila besar mereka inilah yang bakal jadi bodyguard dan kebanggaan hati. Ingat anak lelaki atau perempuan semua tu rezeki Allah.
Kredit: Ig Feeya Iskandar
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menjadi seorang wanita, sebulan sekali pasti kedatangan haid. Bertuahlah jika anda tidak mengalami senggugut teruk. Senggugut yang sederhana biasanya dapat dikurangkan dengan tuaman air panas atau dibiarkan begitu sahaja. Namun ada yang mengalami senggugut teruk sehingga keadaan memaksa mereka mengambil ubat penahan sakit. Lebih menyedihkan jika situasi ini tidak difahami dan dicop sebagai ‘drama queen’.
Rasa sakit senggugut boleh disamakan seperti perut ditumbuk berulang kali dengan kuat dari dalam. Itulah kebenarannya, senggugut sememangnya menyakitkan. Bagi yang selalu mempertikaikan keadaan anda yang mempunyai senggugut teruk, mungkin mereka akan terdiam apabila mengetahui hakikat ini. Sakit senggugut sama seperti serangan jantung!
Kejang perut (senggugut) atau Dysmenorrhea kini secara teknikalnya diakui sakitnya seperti serangan jantung. Seorang profesor reproduktif dari University College London, John Guillebaud mengatakan kesakitan pada abdomen ketika seorang wanita datang haid sama teruk seperti seseorang yang mendapat serangan jantung.
Mungkin efeknya tidaklah sedahsyat serangan jantung, tetapi sekurang-kurangnya dapat memberi sedikit pendedahan kepada kaum lelaki yang sering memandang remeh soal senggugut ini. Dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang profesor yang berpengalaman dalam bidang ini, sudah tentu kesakitan ketika datang haid tidak boleh dipandang ringan mahupun dipertikaikan lagi.
Jika anda mahu mengurangkan rasa sakit senggugut ketika datang haid, bolehlah cuba beberapa cara ini. Paling penting, kesemua cara ini tidak memerlukan anda bergantung kepada ubat tahan sakit.
1. Tuam bahagian sakit
Gunakan tuaman panas untuk mengurangkan rasa senggugut. Melalui cara ini, otot-otot yang sedang mengalami ketegangan akan menjadi lebih tenang.
2. Banyak bergerak
Stres akan menyebabkan penghasilan hormon yang tidak seimbang. Untuk melancarkan peredaran darah, lakukan aktiviti yang meneggembirakan bagi menghasilkan hormon endorfin yang membantu mengurangkan senggugut.
3. Minum air halia
Ambil sedikit halia dan tumbuk kasar. Masukkan ke dalam air suam dan diminum untuk menghangatkan tubuh dan mengurangkan rasa sakit pada abdomen.
4. Air suam
Mengamalkan air suam semasa datang haid dapat memberi kelegaan kepada otot rahim serta membantu melancarkan aliran darah.
Siapa yang tak kenal dengan Khairul Aming atau KA pempengaruh terkenal yang sering berkongsi resipi menarik dan mudah diikuti. Setiap kali beliau memuat naik...