Ramai orang mempunyai salah anggapan terhadap masalah autisme dan terhadap kanak-kanak yang mengalami masalah autisme itu sendiri. Nurhafizah Shadan, Occupational Therapist di Seven Senses Therapy Centre menyenaraikan 10 perkara ini bagi membantu lebih memahami tentang autisme.

1. Autisme adalah sejenis DISORDER bukan DISEASE

Kanak-kanak tidak boleh sembuh atau jadi normal semula setelah diberi rawatan atau ubat. TETAPI si kecil ini boleh berdikari menguruskan diri dan belajar seperti anak-anak yang lain jika usia kanak-kanaknya dimanfaatkan dengan terapi berkesan dan berterusan.

2. Autisme tidak berjangkit

Memandangkan ia bukan penyakit, maka ia sama sekali tidak berjangkit. Jadi jangan  takut untuk membawa anak keluar bersiar-siar.

Mentaliti masyarakat perlu diperbetulkan apabila melarang anak daripada berkawan dengan si kecil yang ada autisme. Alasannya takut ‘terkenan’.

3. Hanya CHILD PSYCHIATRIST dan CLINICAL PSYCHOLOGIST layak mengesahkan anak anda adalah autistik

Mohon mendapatkan konsultasi dengan golongan profesional yang berkelayakan dalam bidang ini sahaja seperti doktor, OT dan ST.

Jangan sesekali tanya pendapat orang sekeliling. Kepelbagaian pendapat akan mengakibatkan anda keliru dan tertekan.

IKLAN

4. Denial state anak adalah autisme jangan terlalu lama

Perasaan tidak dapat menerima kenyataan anak didiagnosis sebagai autistik adalah perkara biasa di kalangan ibu bapa.

Namun, keputusan pakar bukan mudah untuk dikeluarkan. Jadinya, sebesar mana pun penafian anda, ia tidak mampu mengubah keputusan pakar. Jadi, seelok-eloknya percepatkan sesi terapi.

5. Kanak-kanak autustik perlukan terapi daripada pelbagai aspek

Antara terapi yang diperlukannya adalah seperti Terapi Carakerja (occupational therapist)  yang menekankan aspek sensory integration, fine & gross motor skills, social skills, play skills dan self help skills.

Semua ini menjurus ke arah melatih kanak-kanak berdikari dalam kehidupan seharian. Terapi pertuturan dan lain-lain akan dilakukan jika sudah tiba waktu sesuai untuknya. Ia bergantung kepada keperluan anak tersebut.

IKLAN

6. Autisme tidak perlukan ubat atau suplemen untuk jadi NORMAL atau SEMBUH

Jangan terpedaya dengan individu yang menjual ubatan/makanan tambahan/produk yang mengatakan ia mampu menyembuhkan autisme.

7. Jangan buang “masa emas” anak dengan melengahkan sesi terapi atas alasan anak masih kecil.

Berdasarkan kajian, masa emas anak adalah di sekitar umur bayi sehingga tujuh tahun. Ketika ini sensori integrasi dan perkembangannya adalah paling baik untuk dimanfaatkan bagi memudahkan proses melatih pengurusan diri, pertuturan dan tingkah laku.

8. Katakan tidak kepada gajet

“Mendiamkan” anak dengan cara memberi gajet (tablet/ telefon bimbit) adalah SALAH.

9. Jangan hanya harapkan temu janji OT/ ST daripada hospital kerajaan semata-mata

Tempoh menunggu temu janji (appointment) selalunya memakan masa berbulan-bulan.

IKLAN

Cuba cari pusat terapi terdekat untuk menghindari diri daripada membuang “masa emas” anak. Secara tidak langsung, ia memberi manfaat terhadap perkembangan anak serta memudahkan urusan pihak hospital.

10. Jangan putus asa

Ikuti sesi terapi secara konsisten. Peningkatan dan tahap perkembangan setiap anak autistik adalah berlainan.

Jangan sedih, jangan risau. Sudah ramai ibu bapa yang berjaya membesarkan anak autistik masing-masing. Cari mereka yang positif untuk menaikkan semangat anda.

Fizah Shadan https://www.facebook.com/fizah.shadan.5/posts/1696697850800303

#occupationaltherapistbertam

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI