10 Tahap Perkembangan Anak 0-12 Bulan Mama Papa Perlu Tahu Supaya Tak Ketinggalan

Share

Melihat perkembangan bayi anda yang sedang membesar merupakan momen indah buat mama dan papa, lebih lagi buat ibu bapa yang pertama kali mendapat cahaya mata. Ada yang menjadikan ia jurnal lengkap dengan gambar untuk rujukan dan tatapan pada masa hadapan.

12 bulan pertama adalah waktu paling kemuncak apabila bayi anda yang kecil mula menunjukkan perkembangan untuk membesar dengan sihat dan cerdas. 10 tahap perkembangan penting bayi yang perlu anda ketahui:

3 HINGGA 4 BULAN

  1. Meniarap
  • Meniarap berlaku ketika bayi bertumpu pada perutnya dan bertahan pada posisi tersebut beberapa saat.
  • Bayi mula meniarap dengan kemampuan memiringkan badannya ke kanan dan ke kiri, lalu ia belajar berguling di usia sebulan setengah hingga dua bulan.
  • Bayi akan belajar meniarap pertama kali pada satu sisi, kemudian pada sisi lain, kemudian berbalik lagi.
  • Ketika mencapai usia tiga hingga empat bulan, ketika otot lehernya semakin kuat  ia dapat berbaring terlentang dengan memandang lurus ke depan.
  • Lengan dan kakinya juga lebih bebas bergerak seiring dengan kemampuannya menggerak-gerakkan kepala.
  • Ia juga mulai berlatih berguling dan mengangkat kepalanya dalam posisi meniarap. Pada usia lima bulan barulah ia boleh meniarap sendiri.

4 BULAN

  1. Mengangkat kepala (usia empat bulan)
  • Usia dua bulan bayi mampu mengawal gerakan leher dan kepalanya. Sehingga mengangkat kepala sehingga 45 darjah dengan cara menongkat pada kedua tangannya ketika usiannya tiga bulan.
  • Pada umurnya empat bulan, bayi boleh mengangkat kepalanya lebih tinggi sehingga 90 darjah dalam posisi meniarap.
  • Kemampuan mengangkat kepalanya ini membantu melatih ketajaman penglihatannya. Bayi juga mula mengangkat kepalanya untuk mencari ibunya bila mendengar suara anda.

4 HINGGA 5 BULAN

  1. Respon dan bersuara
  • Pernahkan anda mendengar si kecil mengeluarkan suara dengan nada tinggi penuh keriangan ketika berjaya mencapai barang yang diinginkan atau ketika ia merasa gembira dengan kehadiran anda?
  • Pada awalnya, suara-suara yang dikeluarkan oleh bayi merupakan respons terhadap emosi saat itu.
  • Namun pada usia empat bulan ke atas, bayi mengeluarkan suara dengan tujuan lebih jelas.
  • Ia akan berteriak dengan gembira bila berjaya mencapai keinginannya. Suara yang dikeluarkannya adalah respon untuk mengungkapkan perasaannya atau berkomunikasi dengan orang yang berada di sekelilingnya.
  • Masa berceloteh ini memang sangat dinikmati si kecil. Perhatikan saja saat ia melakukan aktiviti sehari-hari, anda akan mendengar celoteh si kecil anda. Ia akan mengeluarkan suara seperti “aaaahh”, “uuuhhh”, “aaiii.”

7 HINGGA 8 BULAN 

  1. Memegang menggunakan dua tangan
  • Di usia empat hingga lima bulan, keduanya tangan anak semakin kuat. Bila Anda memberinya mainan berwarna terang, ia akan menggerakkan lengan dan tangannya menggapai ke arah mainan tersebut.
  • Gerakan menggapai ini melatihnya untuk meraih lalu menggenggam dan memindahkan mainan dari satu tangan ke tangan lain.
  • Pada usia tujuh hingga lapan bulan pula, kekuatan jari-jemari si kecil meningkat. Ia akan menggunakan tangan yang berbeza untuk tujuan berbeza. Satu tangan digunakan untuk bereksplorasi, sementara tangan lain untuk memegang.
  • Perhatikan, bila satu tangannya memegang mainan kemudian tangan satunya diberikan mainan lain, ia tetap akan memegang mainan pertamanya namun tangan yang satu mengambil mainan yang anda tawarkan itu.
  • Jika ada anda memberikan sebuah mainan lagi, salah satu mainan yang sedang dipegangnya itu akan dibuangnya kemudian ia akan mengenggam mainan ketiga yang anda tawarkan itu.

  1. Duduk
  • Kemuncak perkembangan yang mengagumkan daripada seorang bayi adalah ketika ia boleh duduk sendiri.
  • Ketika otot-otot punggung dan lehernya sudah cukup kuat untuk menampung badanya, ia belajar duduk.
  • Setelah  belajar mengangkat kepalanya ketika meniarap, tahap seterusnya si kecil belajar bagaimana menyangga tubuhnya menggunakan kedua lengannya dan mengangkat tubuhnya seakan mini push-up.
  • Sekitar usia 6 bulan, bayi Anda mula mencuba duduk sendiri dengan bantuan satu atau kedua tangannya untuk duduk. Ketika di usia 7 – 8 bulan  ia menguasai kepandaian baru iaitu dapat duduk sendiri dari meniarap kemudian bangun sendiri dengan bantuan tangannya. Dengan kemampuan duduk ini, ia dapat meraih objek yang diinginkannya.

  1. Merangkak
  • Merangkak adalah cara pertama bayi untuk dapat mengeksplorasi ruang sekeliling bagi mempelajari hal-hal baru yang menarik perhatiannya.
  • Cara anak merangkak adalah ketika ia akan belajar keseimbangan melalui tangan dan lututnya kemudian belajar bergerak dengan mendorong badan dan lutut.
  • Kepandaian merangkak ini adalah juga  salah satu cara menguatkan otot-otot yang akan membantunya belajar berjalan.
  • Rata-rata anak  belajar merangkak saat ia mula dapat duduk tanpa bantuan pada usia tujuh hingga lapan bulan. Dia dapat mengangkat kepalanya untuk melihat sekelilingnya dan otot-otot lengan, kaki dan punggungnya cukup kuat untuk mencegahnya jatuh ke permukaan ketika cuba bangkit dengan bantuan tangan dan lututnya.
  • Di usia sembilan hingga 10 bulan, bayi Anda mencapai kepandaian baru dengan merangkak ke belakang untuk duduk. Si kecil juga menguasai teknik yang lebih maju iaitu “cross-crawling,” gerakan merangkak  menggunakan satu tangan dan satu kaki yang berlawanan (contohnya tangan kanan dan kaki kiri) secara serentak.

6 HINGGA 9 BULAN

  1. Makan sendiri
  • Makan sendiri biasanya bermula sejak usia anak enam bulan iaitu ketika si kecil sudah boleh menggunakan tangan dan jari-jarinya dengan baik dan koordinasi mata serta tangannya yang juga semakin baik. Si kecil dapat meraih benda yang jaraknya sekitar 25 cm dengan kedua tangannya kemudian memindahkan benda dari tangan  ke tangan lain.
  • Bayi juga suka memasukkan barang ke dalam ke mulut, dan dapat memegang dengan ibu jari dan telunjuk untuk mengambil makanan. Tambahan pula gigi yang mulai tumbuh di usia 6 bulan membuat si kecil mula belajar menggigit benda yang masuk ke dalam mulutnya.
  • Pada usia ini juga anak sudah mula diperkenalkan dengan makanan pejal. Di usia 8-9 bulan, kedua tangannya semakin kuat mengenggam suatu benda. Ia boleh memegang sudu walaupun masih kekok ketika memasukkan makanan ke dalam mulutnya. Biarkan ia bereksperimen menggunakan sudu dan memasukkan benda itu ke mulutnya.

9-12 BULAN

  1. Mengenal anggota keluarga, takut pada orang yang belum dikenal
  • Saat si kecil sudah mengenali anggota keluarga adalah sekitar usia enam bulan. Pada usia ini bayi sudah mulai dapat membezakan wajah orang yang sentiasa berada dalam  kehidupannya. Pada masa ini keterikatannya dengan orang yang dikenalnya  lebih bererti. Ia dapat melihat, mendengar dan mengingat orang yang dikenalnya.
  • Di usia ini pula ia mampu mengamati wajah. Dari situlah ia mulai berkenalan dan akrab dengan orang-orang terdekatnya. Sehubungan itu, pada usia sembilan bulan dan ke atas ia mula mengenali wajah orang-orang yang asing baginya. Ketika ia menyedari sedang seorang diri dengan orang yang tidak dikenalnya, timbul rasa takut.
  • Bayi usia lapan bulan sudah boleh merasa takut terhadap orang asing. Si kecil yang ceria boleh tiba-tiba lebih mudah menangis bila ditinggalkan sendirian bersama orang lain yang tak dikenalinya.

12-13 BULAN

  1. Berjalan
  • Di usia 8-9 bulan bayi sudah boleh mengangkat tubuhnya ke psisi berdiri. Biasanya si kecil akan memegang kedua tangannya pada meja, kerusi atau perabot rumah atau apa sahaja yang boleh menahan berat badannya.
  • Ia kemudian akan belajar merambat, menggeserkan kedua tangannya ke samping diikuti oleh langkah kedua kakinya. Di usia ini kepandaian anak dalam belajar berjalan semakin baik.
  • Jika anda memegang kedua tangannya, dia akan menapak dan mula melangkah. Lama kelamaan, otot-otot kakinya semakin terlatih dan kuat. Si kecil juga kian semangat mencuba kemampuannya berjalan.
  • Di usia 11 bulan, ia sudah mampu berdiri sendiri dalam waktu sekitar dua saat tanpa bantuan apa pun karena ia memang sudah pandai menjaga keseimbangan baan. Anak akan mula mencuba untuk melangkah sendiri dua tiga langkah.
  • Pada usia 12 bulan, si kecil anda biasanya sudah boleh berjalan walaupun ada ketikanya masih terhuyung hayang.

18 – 24 BULAN

  1. Bercakap
  • Kebanyakkan bayi lancar bercakap di usia dua tahun. Sebelum kata-kata pertama keluar dari mulutnya, dia belajar peraturan berbahasa dan melihat bagaimana orang dewasa berkomunikasi.

  • Ia mengawalnya dengan menggunakan lidah, mulut, langit-langit dan gigi untuk membuat suara. Lambat laun kata-kata tak berbentuk ini menjadi kata yang bererti: “mama”, “papa”, “bubu”, “susu” dan sebagainya. Sejak itu, setiap waktu anak mengutip kata-kata yang didengarnya baik daripada ibu atau orang-orang di sekelilinya.
  • Kira-kira usia 18-20 bulan, si kecil  mempelajari 10 suku kata dalam sehari. Dari situlah ia mula belajar membentuk perkataan .
  • Di usia dua  tahun, anak dapat membentuk dua hingga suku kata menjadi satu ayat lengkap. Ia dapat menggambarkan apa yang dilihat, didengar, dirasa, difikirkan dan diinginkannya dalam satu ayat.

 

Boleh dapatkan nasihat doktor sekiranya si manja anda tidak mampu menguasai kemahiran ini dengan baik a pada usia yang dinyatakan di atas.

Published by
Azma ML