10 tahun berusaha dan menemui kegagalan, disahkan ovari bengkak & tidak mampu lahirkan zuriat, wanita ini akhirnya hamil. Ini adalah perkara yang dilakukannya.
Wanita bertuah ini, Puan Zanna Noor berkongsi cara beliau yang memungkinkan kehamilan. Berkat daripada sedekahnya kepada kucing dan reda dan berserah kepada Allah, akhirnya wanita ini hamil. Ketika dihubungi Pa&Ma, Zanna memberitahu bakal melahirkan precious baby beliau melalui pembedahan dua minggu daripada tarikh jangkaan iaitu pada 23 Ogos 2018.
BERBALIKLAH KEPADA ALLAH
Setelah sains menemui jalan buntu, berbaliklah kepada Allah. Cantik sungguh aturan Nya, dia memberi kepada sesiapa yang berusaha, bertawakal dan reda.
Berikut ialah perkongsian wanita 38 tahun ini,
BERBALIKLAH KEPADA ALLAH
TIUB KANAN TERSUMBAT
UBATI KELUKAAN DENGAN BANYAKKAN SUJUD & BERSEDEKAH
KUCING MEMBERI HINT PADA PERUT
APABILA SAYA REDA
RAMAI YANG TERKEJUT
IT’S JUST MIRACLE HAPPEN
Kehamilan ajaib ini menerima pelbagai reaksi. Ramai yang mengiyakan kehebatan sedekah dan ini memberikan motivasi kepada wanita yang cuba hamil untuk terus berusaha.
Sumber: Zanna Noor
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Leo Asyik Mengigau Waktu Tidur, Menjerit-Jerit” Rupanya Berpunca Dari Stres Ketika Rihana Hamil
Model Moscow, Rihana Petra mendedahkan anak sulungnya, Tengku Ismail Leon Petra, 4, selalu mengalami masalah mengigau ketika tidur sehingga menyebabkan anaknya itu menjerit-jerit pada waktu malam.
Apabila dirujuk kepada pakar, ia berkemungkinan stres si ibu ketika hamil yang turut mempengaruhi emosi anak selepas lahir.
“Malam tadi gelisah… Leo menjerit semasa tidurnya beberapa kali. Dia pasti bermimpi sesuatu yang buruk…”
“Saya bangun awal dan semasa saya bersiap untuk ke lapangan terbang, saya terus memikirkan tentang tidur Leon yang tidak lena. Ia bermula ketika dia masih kecil dan ia tidak berlaku untuk masa yang lama, tetapi hari ini ia berlaku lagi. Saya membuat persamaan: apabila saya tidak tenang, ia serta-merta menjejaskan anak saya. Itulah kaitan emosi.”
“Menjerit pada waktu malam adalah akibat kehamilan saya yang sukar. Saya sangat gementar dan saya tidak tidur dengan lena. Ia akan berlalu, sudah tentu. Dalam pada itu, saya berusaha keras dan melakukan yang terbaik untuk meminimumkannya.”
Dia yang juga bekas isteri kepada Sultan Muhammad V, Kelantan, turut berkongsi beberapa tip yang boleh dilakukan yang disyorkan oleh pakar.
Inilah yang pakar telah mengesyorkan kepada kami👇
✔️Kawal rutin harian anda. Anda tidak sepatutnya Stress atau tidak cukup tidur.
✔️ Elakkan situasi yang tertekan (untuk saya dan Leon) dan terlalu teruja.
✔️ Memastikan persekitaran yang tenang.
“Dan daripada saya, saya akan menambah – memupuk cinta❤️ Semua komunikasi dengan Leo saya bina melalui cinta. Saya tidak memarahi, tetapi menerangkan, bukan mengkritik, tetapi membantu. Ini membantu kami membina hubungan yang saling mempercayai dan mengekalkan keakraban emosi”
Kredit: Rihana Petra
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Asyik Sibuk, Badan & Otak Letih. Salah Satu Punca Sukar ‘Lekat’ Untuk Mengandung
Dalam bekerja dan menguruskan rumah tangga, tanpa sedar seseorang wanita itu cenderung unuk menghadapi stres. Stres bukan sekadar keletihan badan, tetapi lebih kepada mental emosi. Sebenarnya stres boleh mengganggu tahap kesuburan seseorang wanita. Kebanyakan wanita yang bekerja dalam profesion yang banyak memerlukan berfikir, selalunya akan berdepan dengan tekanan.
Artikel Menarik: [Dah Besar Dia Tak Peluk Cium Dah. Ayah Ni Kongsi Cara Buat Anak Rasa ‘Dekat’ Dengan Kita!]
Melalui penulisannya di blog, Dr Zubaidi Hj Ahmad berkongsi kisahnya bersama pesakit yang tidak datang haid selama tiga bulan, tetapi bukan kerana mengandung. Menurut pesakit tersebut, dia mengalami tekanan kerja serta desakan dari ibu mertuanya yang meminta dia segara hamil.
Menurut Dr Zubaidi lagi, ramai yang tidak menyangka tekanan emosi dan fizikal ketika bekerja dapat mempengaruhi kesuburan seseorang. Keletihan kerana bekerja selama 10-12 jam dan tekanan dari ketua dan perlu menguruskan rumah tangga menyebabkan wanita sangat letih. Keupayaan tubuh dan minda berbeza antara satu sama lain. Mungkin sesetengah wanita boleh hadapi tekanan dengan baik, tetapi ada yang tidak.
Dalam otak manusia, terdapat satu kelenjar besar yang dinamakan sebagai hypothalamus. Ia berfungsi untuk mengawal emosi, selera makan dan mengeluarkan hormon FSH dan LH yang merangsang pengeluaran ovum dari ovari. Oleh kerana fungsinya saling berhubungan antara satu sama lain, gangguan emosi akan mempengaruhi pengeluaran hormon FSH dan LH lalu mempengaruhi sama ada kitaran haid pada masa ini mengalami ovulasi atau tidak.
Tahap stres yang keterlaluan pada seorang wanita akan menyebabkan hormon tidak dikeluarkan dengan baik dan seterusnya gagal mengeluarkan telur dari ovari. keadaan ini dinamakan sebagai stress-induced anovulation.
Jika kitaran haid kali itu tidak mengalami ovulasi, bermakna tiada ovam dikeluarka dan tidak dapat disenyawakan. Ini bermakna kehamilan adalah mustahil. Selain itu stres juga akan mengganggu emosi pasangan, sam ada lelaki atau perempuan.
Emosi yang terganggu akan menyebabkan kurang minat terhadap seks atau mengurangkan keinginan untuk ‘bersama’ yang mungkin mengganggu kebarangkalian untuk hamil.
Bagi lelaki yang mengalami stres pula boleh menyebabkan mereka ‘mati pucuk sementara’ (temporary ercetile dysfunction).
Stres dibahagikan kepada dua jenis:
1. Stres yang datang secara tiba-tiba (acute stress)
2. Stres yang selalu berlaku (chronic stress)
Untuk stres yang kronik, selalunya tubuh sudah terbiasa dan lali dnegan keadaan itu. Sebagai contoh, wanita bekerja dengan pelanggan dan sudah biasa dengan kesibukan dan menerima stres itu, maka tubuhnya tidak menghadapi masalah untuk ovulasi (mengeluarkan telur dari ovari). Namun jika stress berlaku secara tiba-tiba seperti berlaku kematian dalam keluarga, gangguan emosi yang serius seperti ini boleh menyebabkan kitaran haid yang tidak menentu dan ovari tidak mengeluarkan telur.
Artikel Menarik: [“Kita Nak Pergi Bulan Ke?”. Satu Flight Tergelak Dengar Soalan ‘Luar Kotak’ Adik Ni!]
Untuk mengetahui tahap stres yang dialami terlalu berat, lendiran yang keluar hanya sedikit dan beberapa hari sahaja. Berbeza dengan wanita yang bebas stres atau kurang stres, menjelang waktu ovulasi akan mengalami lendiran jernih keluar dari faraj dan banyak. Jika haid lewat beberapa hari tiada masalah kerana hanya akan mengganggu sedikit pengeluaran hormon (dan tidak menyebabkan ketidaksuburan).
Bolehlah buat hubungan seks bersama suami seperti biasa. Tetapi sekiranya kitaran haid terhenti selama beberapa bulan, pemeriksaan lengkap harus dilakukan. Lakukan pemeriksaan dengan doktor dan elakkan membeli produk kesuburan yang kononnya boleh membantu kehamilan.
Sumber: Drzubaidi.com
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di https://toko.ideaktiv.com/product/ya-aku-mampu-susukan-anak/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nakkan Zuriat Sendiri, Tak Salah Usaha Walau Lewat Usia. Itulah Pengorbanan Namanya
Untuk wanita yang berusia melebihi 35 tahun ke atas, untuk hamil mungkin ramai yang merasakan agak sukar. Maklumlah ditambah pula dengan rasa letih yang mungkin lebih dari wanita yang lebih muda. Sebenarnya jika anda sudah sedikit berumur dan merancang untuk hamil, ia boeh dilakukan. Usahalah dengan cara yang betul dan banyakkan berdoa.
Berkongsi tip untuk hamil pada lewat usia, Dr Zubaidi Hj Ahmad melalui laman Facebooknya memberitahu yang ia tidak mustahil. Ibu perlulah mencuba sedaya upaya dan mengikut tip yang diberikan ini, mana tahu mudah ‘lekat’ kan?
MUDAH HAMIL PADA USIA 35 TAHUN KE ATAS
Seorang wanita berumur 35 tahun yang ingin hamil, bukanlah suatu perkara yang sukar. Yang paling utama ialah usaha dengan cara yang betul, banyakkan berdoa dan bersedekah. Insha ALLAH ia bukan menjadi satu yang mustahil.
Artikel Menarik: [Jangan Anggap Seri Ibu Mengandung, Bengkak Kaki Teruk Mungkin Tanda Praeklampsia]
Antara tips yang mungkin boleh saya kongsikan ialah :
1. KETAHUI WAKTU SUBUR
Ramai yang menyangka bahawa seorang wanita itu sentiasa subur kerana mempunyai kitaran haid yang teratur setiap bulan. Namun apa yang perlu diketahui iaitu seorang wanita itu benar-benar subur pada waktu tertentu dalam kitaran haid mereka.
Oleh itu jika mahu cepat hamil, harus mengetahui HARI SUBUR supaya lebih banyak usaha yang dapat diberikan sebagai persediaan sebelum melakukan hubungan seksual pada waktu itu.
2. JANGAN MENUNGGU UNTUK HAMIL
Berkahwin pada usia 35 tahun ke atas adalah perkahwinan yang harus segera mendapatkan zuriat. Jika mahu menangguhkan dulu untuk beberapa tahun kerana belum bersedia, ia adalah satu pertaruhan yang besar.
Artikel Menarik: [Garis Hitam Pada Perut Jadi Petunjuk Jantina Anak. Kepercayaan Karut!]
Ini kerana semakin seorang wanita itu berusia, semakin sukar peluang untuk hamil dengan mudah. Ini bukan bermakna tidak boleh hamil, tetapi usaha yang dilakukan haruskan berlipat kali ganda berbanding dengan wanita yang berusia lebih muda.
Dalam satu laporan statistik mengatakan bahawa kebarangkalian untuk seorang wanita berusia antara 35-39 tahun untuk hamil dalam masa setahun perkahwinan ialah satu dalam tiga wanita. Ini pun jika wanita itu tidak mempunyai masalah kesihatan yang melibatkan sistem reproduktif.
3. LAKUKAN PEMERIKSAAN
Tidak dapat dinafikan bahawa semakin kita bertambah usia, semakin kita mengalami masalah kesihatan. Kekuatan kita melakukan suatu kerja semakin beransur kurang berbanding dengan kekuatan kita semasa muda. Kebolehan untuk hamil segera pun begitu.
Oleh itu jangan bandingkan diri kita dengan orang lain, kerana apabila seorang wanita telah memasuki umur 35 tahun ke atas perbezaan dirinya dengan orang lain yang sama umur dengannya agak jauh berbeza.
Artikel Menarik: [Bukan Mengada-Ngada, Tapi Sebenarnya Penting Suami Temankan Isteri Check Up Hamil]
Kebolehan untuk segera hamil ini bergantung kepada beberapa perkara, antaranya :
1. Pemakanan
2. Genetik
3. Berat badan
4. Masalah kesihatan yang kronik seperti diabetes mellitus, hypertension
5. Keseimbangan hormon
6. Masalah kesihatan reproduktif seperti endometriosis, ovarian cy, dan fibroid
Cara terbaik ialah dengan melakukan pemeriksaan kesihatan untuk memastikan tubuh bersedia untuk hamil. Selain itu, ialah dengan mengamalkan pemakanan yang sihat, senaman, cara hidup yang lebih yang sihat, kurangkan pendedahan terhadap toksin dan sering melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala.
Kesimpulannya, setiap wanita mempunyai tubuh yang unik, dan mempunyai kebolehan untuk hamil berbeza dengan wanita yang lain. Jadi jangan berputus asa, dan terus berusaha untuk hamil.
Saya mencadangkan seorang wanita yang berusia lebih 35, agar segera mendapatkan pemeriksaan ujian kesuburan apabila mereka tidak berjaya untuk hamil setelah mencuba selama 6 bulan atau lebih.
Bagi wanita yang berusaha untuk hamil walaupun sudah lewat usia, anda masih boleh mencuba. Dapatkan nasihat dari doktor supaya dapat mengharungi fasa kehamilan tanpa gagal. Semoga usaha anda diberkati dan berjaya hamil tanpa masalah.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI