Setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga pasti mengimpikan zuriat sebagai penyeri hidup. Namun tak semua yang bernasib baik untuk terus dikurniakan zuriat.
Tapi, jangan berputus asa kerana rezeki mungkin ada cuma masanya belum tiba seperti perkongsian daripada Super Daddy ini yang telah menanti 10 tahun lamanya untuk mendapatkan zuriat.
Ramai tak tahu yang aku menunggu 10 tahun untuk dapat anak pertama.
Yer 10 tahun wehh.
Waktu ni aku dengan wife dah pasrah. Yelah, dah 10 tahun mencuba, segala jenis rawatan dah buat tapi tak berjaya. Padahal kami dua ok jer. Doktor dah kata takde masalah untuk dapat anak, kalau tak dapat tu maknanya tuhan tak nak bagi.
Lalu pasrahlah kami. Siap berbincang macamana kami nak mati berdua tanpa anak-anak. Syahdu betul.
Tapi, macam manapun kami tetap terus mencuba. Usaha tetap kami usaha, doa tetap kami doa walaupun dah tak letak harapan. Tapi kan, Allah dah kata, dia akan bagi pada hamba dia yang berusaha bila dah sampai masa dan ketika yang sesuai.
Pada suatu malam di bumi asing ditemani salji dengan suhu dibawah paras beku, maka lahirlah Khaleef.Gembira bukan kepalang.
So, bagi yang sedang mencuba, dah masuk 5-6 tahun, 7- 8 tahun tu jangalah berputus asa yer. Kawan aku sorang tu lagilah, dekat 20 tahun tunggu, tup-tup dapat anak. Orang ingat dia dok bawak cucu.
Aku perasan lah, antara benda yang buatkan kami berjaya dapat anak adalah dengan mengubah cara hidup.
Yelah, berubat dah, jumpa semua pakar dah, buat ujian kesuburan dah, buat prosedur suntik sperm tu pun dah, segala mak nenek dah tapi gagal, jadi ikhtiar terakhir adalah ubah gaya hidup.
Betul weh, ubah gaya hidup yang lebih sihat buatkan sistem badan kau termasuk segala benda dalam badan tu jadi lebih sihat dan kuat. Ehh bunyi macam iklan Milo pulak.
Aku ni kebetulan berhijrah dan tinggal di luar negara. Jadinya, gaya hidup dan cara hidup bertukar terus.
Dari jenis keluar subuh balik malam jadi keluar pagi balik petang. Jenis tak pernah bersenam terus jadi bersenam selalu, jenis yang makan segala benda kepada jenis makan banyak sayur dan buahan, dari yang jenis makan lewat malam kepada jenis makan sebelum maghrib.
Lepas 6 bulan, berat turun 5 kilo, pergi jumpa doktor buat full medical checkup, doktor senyum sebab semua bacaan cantik. Tubuh rasa lebih sihat dan segar, hidup pun rasa bahagia tanpa stress.
Kau tahulah kan, bila laki bini bahagia ni, happy ending jer lah.
Cukup setahun lebih sikit terus mengandung.
Jadi aku nak sarankan pada yang masih mencuba untuk dapatkan anak tu, jangan mudah give up. Cubalah segala rawatan yang ada dan paling penting cuba tukar gaya hidup korang laki bini.
Sentiasa bangun awal, sentiasa tidur awal, sentiasa bersenam, jaga makan minum dan paling penting kena bahagia. Tak boleh stress sangat.
Isteri jangan stress, suami jangan stress.Kena sentiasa bantu membantu dalam rumahtangga.
Suami selalu tolong isteri dan vice versa. Bagi yang duduk KL ni, stress tak pernah habis. Gaji cukup makan, kerja macam tak cukup siang. Keluar subuh balik isyak. Makan lewat malam, lepas tu letih, tidur. Dan bangun esok ulang rutin tu sampai mati.
Kalau ada peluang berhijrah maka hijrahlah.
Cuba balik duduk kampung. Atau hijrah ke bandar atau pekan kecil yang lebih tenang. Hidup rileks, takde serabut keluar subuh hadap jem, balik isyak pun hadap jem lagi.
Mungkin dengan asbab hidup yang lebih tenang dan sihat, dapat banyak berbuat amal ibadat sebab banyak masa terluang, dapat banyak bersedekah sebab ada lebihan since duduk kampung kos sara hidup rendah, disamping terus berusaha dan berdoa maka Allah akan hadiahkan cahayamata seperti yang diingini.
Mudah-mudahan.
Semoga semua yang masih mencuba, akan terus mencuba tanpa jemu.
Kalau tak dapat juga maka bersyukurlah dengan penuh tawaduk.
Allah tahu apa yang terbaik untuk hambanya.
Kredit: Khairul Abdullah
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)