Sempena cuti sekolah ini, ibu ayah boleh membawa ke tempat menarik di sekitar Kuala Lumpur. Tentunya cuti sekolah selama seminggu ini sudah tentu pelbagai permintaan destinasi percutian yang anak-anak akan pilih. Buat ibu bapa yang kesibukkan dengan kerjaya dan masih belum merancang percutian, tempat-tempat ini tidak perlu mengeluarkan sejumlah perbelanjaan yang besar.

Perkongsian ibu kepada seorang anak ini, Puan  Eswati Azni, modernmumthingy.com boleh menjadi panduan untuk membawa anak-anak ke tempat menarik di sekitar Kuala Lumpur. Jom kita survey!

  1. DISTRICT 21

10 Tempat Menarik Di Kuala Lumpur Untuk Ibu Ayah Mesti Bawa Anak Sempena Cuti Sekolah

Terletak di dalam kawasan IOI Putrajaya Mall. Berskala agak besar dan penuh dengan aktiviti yang penuh mencabar. Rasanya kawasan aktiviti sebegini lahir dari rancangan seperti ninja warrios. Memang hero kecik tu selalu berangan dapat buat aktiviti sebegitu . Terdapat beberapa tarikan yang menarik disini seperti Sky Trail, The Maze, Power Station untuk mencuba wall climbing, Roller Glider.

Yang menariknya untuk anak anak kecil juga dapat merasai pengalaman yang sama kerana juga di bina untuk saiz mereka. Pendek kata kawasan ini memang sesuai untuk semua peringkat umur. Amat digalakkan membawa anak anak ke sini kerana pasti adrenalin mereka akan meningkat dengan fasiliti yang disediakan. Orang kata cara budak budak lepaskan energy pastikan mereka selalu aktif.

Waktu Operasi:
Isnin – Jumaat (12.00pm – 8.00pm)
Sabtu, Ahad, Cuti Umum,
Cuti Sekolah (10.00am – 8.00pm)

Harga Tiket: I
snin – Jumaat RM58/pax |
Sabtu, Ahad,
Cuti Umum,Cuti Sekolah RM75/pax

2. ICESCAPE ICE RINK, IOI

10 Tempat Menarik Di Kuala Lumpur Untuk Ibu Ayah Mesti Bawa Anak Sempena Cuti Sekolah
sumber : Tourism Selangor

Kawasan ini juga terletak dalam shopping mall yang sama di IOI putrajaya Mall. Boleh di katakan setiap minggu ataupun kawasan Ice skating cuti sekolah memang penuh.  Hari biasa mungkin agak kurang pengunjungnya. Walaupun terdapa beberapa shopping mall yang lain jugak menyediakan lantai ice skating, tetapi icescape ini merupakan satu kawasan yang agak menarik kerana terdapat tingkap atau cermin yang luas dan boleh menikmati pandangan luar.

Untuk mereka yang biasa berkungjung ICe Scape ini sebernaya boleh menjimatkan kos seperti  memakan sarung tangan dan stokin yang sama. Jangan lupa bawa jika berkunjung kali ke 2

Kami pernah beberapa kali membawa Iman untuk beriadah di sini. Memang seronok melihat keletahnya buat pertama kali mencuba ice skating ini. Tapi sayangnya tidak jumpa gambar untuk dikongsi disini. Yang pasti anak anak yang ingin bermain di sini hati mesti kena kuat, jatuh terduduk dan terlentang itu fenomena biasa di kawasan ini.

Untuk anak anak yang biasa bermain atau pun sudah pandai, hari minggu bukan lah option terbaik untuk mereka, kerana kawasan ini terlampau sesak.

  1. MINI ZOO DI MENARA KUALA LUMPUR

Mini Zoo Menara KL  ini terletak di kawasan menara Kuala Lumpur. Tidak sebesar di kawasan zoo negara tapi ia mampu memberikan satu pengalaman yang berharga untuk anak-anak. Terutamanya mereka yang betul betul sukakan binatang

Apa yang anak anak dapat di situ?

  • Mereka dapat mengenali dengan lebih dekat setiap hidupan liar
  • Berpeluang untuk memberi makanan kepada setiap binatang. Seronok tau bila binatang tu meragut ragut sayur yang kita bagi
  • Sambil melawat sambil dapat ilmu tentang habitat binatang.
  • Pupuk perasaan sayang pada binatang
  • Lari dari Gadjet. Go wild.

Waktu Operasi: 
Isnin hingga Ahad – 10 pagi hingga 9 malam!

Harga Tiket: 
Dewasa: RM32.00
Kanak-kanak: Rm27.00
Warga Emas: RM27.00

Baca : Mini Zoo di Menara KL

4. AQURIA KLCC

10 Tempat Menarik Di Kuala Lumpur Untuk Ibu Ayah Mesti Bawa Anak Sempena Cuti Sekolah
sumber : http://www.visitkl.gov.my/

Waktu Operasi:
Isnin – Jumaat (12.00pm – 8.00pm)
Sabtu, Ahad, Cuti Umum,
Cuti Sekolah (10.00am – 8.00pm)

Harga Tiket: I
snin – Jumaat RM58/pax |
Sabtu, Ahad,
Cuti Umum,Cuti Sekolah RM75/pax

5. KL CAR FREE RIDE KUALA LUMPUR

Ads

10 Tempat Menarik Di Kuala Lumpur Untuk Ibu Ayah Mesti Bawa Anak Sempena Cuti Sekolah

Aktiviti riadah bersama keluarga juga boleh dinikmati secara percuma di Kuala Lumpur ini. Boleh di katakan kami beberapa kali berjaya terlibat sama untuk program ini. KL car free ride ini diadakan setiap pagi  dari jam 7 pagi hingga 9 pagi setiap hari pertama dan ketiga setiap bulan dan menawarkan jalan tertutup untuk orang-orang dari semua lapisan masyarakat untuk  larian, skateboard, rollerskate, rollerblade atau hanya berjalan kaki. Pendek kata memang macam macam gaya.

Bila lagi nak merasa berjalan di Kuala Lumpur tanpa sesak dengan kereta kan! Kami sekeluarga lebih berminat untuk menaiki basikal, dan disinilah buat pertama kalinya Iman membawa basikal dan menyertai program sebegini. Memang seronok bila dapat ramai orang berduyun-duyun ke acara itu setiap kali diadakan.

Nampaknya kesedaran kesihatan yang semakin meningkat di kalangan rakyat Malaysia dan penghargaan mereka yang sering terlibat di dalam program KLcar Free ride ini.

Ia bermula dari Dataran DBKL (berhampiran Dataran Merdeka) dan membawa para peserta melalui jalan-jalan utama sekitar 7 kilometer di Segi Tiga Emas Kuala Lumpur.

Setiap kali program ini berlansung salah satu penaja OCBC Bank menawarkan 140 basikal untuk digunakan oleh orang ramai secara percuma.

6. BUKIT GASING

Kami difahamkan, bukit gasing ini sangat sesuai untuk beginner macam kami terutamanya untuk aku dan Iman.  Ianya betul betul terletak di kawasan segitiga kuala lumpur, dan boleh diakses dari beberapa kawasan seperti Pantai hillpark dan petaling jaya. Terdapat beberapa laluan mendaki di dalam taman untuk memenuhi semua peringkat tenaga dan kecergasan.

Hutan Simpan Bukit Gasing terletak di sebidang hijau 100 hektar yang membahagikan bandar Petaling Jaya (negeri Selangor) dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Titik tertinggi di bukit gasing  ini adalah  ‘Bukit Atas‘ yang terletak adalah kira-kira 160 meter. Itu menjadikannya’ bukit bayi’ mengikut piawaian Malaysia.  Tetapi terdapat beberapa cerun curam di sini termasuk salah satu yang dipanggil Abu Baker Slope) dan ia adalah tempat yang baik untuk mendapatkan beberapa latihan untuk lebih mencabar.

Rata rata pendaki disini memang mempunyai pelbagai peringkat umur, dari kanak kanak sehinggalah orang tua. Kawasan ini menjadi kawasan favourite untuk mereka yang ingin menikmati alam sekitar atau melepaskan penat lelah bekerja sambil beriadah dalam masa yang singkat.

 7.INSTITUT PENYELIDIKAN PERHUTANAN MALAYSIA (FRIM)

10 Tempat Menarik Di Kuala Lumpur Untuk Ibu Ayah Mesti Bawa Anak Sempena Cuti Sekolah
sumber gambar: https://\\\www.thestar.com.my

FRIM terletak di kawasan kepong. Ianya adalah kawasan terbuka kepada orang ramai  tetapi  ada dikenakan  bayaran  yang kecil untuk  menikmati pelbagai aktiviti seperti jogging, hiking, berbasikal atau hanya berkelah. Terdapat beberapa laluan dalam FRIM dengan salah satu daripada yang lebih popular iaitu Rover Track yang menuju ke arah Kanopi Walk. Yuran tambahan dikenakan untuk Kanopi Walk dan tiket boleh dibeli di Pusat Setempat sebelum anda memulakan perjalanan. 

Ads

Sebaiknya datang pada awal pagi kerana kawasan ini memang menjadi tarikan untuk penduduk setempat dan lebih penting memudahkan untuk mencari kawasan parking kereta.

Peminat basikal extreme juga memilih kawasan FRIM ini kerana terdapat kawasan curam untuk aktiviti yang lebih mencabar. Selain dari itu jugak sekolah dan IPTA juga memilih kawasan ini untuk aktiviti seperti berkemah.

Pokok-pokok besar merimbun di kawasan ini diselia baik oleh phak FRIM. Sambil beriadah boleh kita belajar beberapa ilmu mengenai pokok pokok di sini dengan membayar tour guide yang disediakan oleh Pihak FRIM.

Ketinggian: 215m
GPS Coordinates:
3.236079, 101.634778

Harga Tiket:
Masuk- RM1.05/Malaysian & RM5.30/bukan warganegara Malaysian |
Kereta – RM5.30 | Canopy walk – RM5/Malaysian & RM20/Non-Malaysian

Tahap kepayahan: Senang – Sederhana

 8. PUTRAJAYA

10 Tempat Menarik Di Kuala Lumpur Untuk Ibu Ayah Mesti Bawa Anak Sempena Cuti Sekolah

Selain dikenali dengan nama pusat pentadbiran negara, di sini juga terdapat pelbagai tarikan menarik yang pasti memberikan pengalaman berbeza dan menarik. Boleh dikatakan putrajaya menjadikan pilihan terbaik untuk kami sekeluarga sekiranya ingin berbasikal dan beriadah kerana hampir dengan kawasan tempat tinggal kami.

Antara tempat aktiviti  yang boleh dilakukan di sini

  • Berbasikal di sekeliling putrajaya atau di kawasan ekstreme park
  • Bersantai di Taman Botani dan Wetland
  • Menunggang Kuda di Taman Equestrian putrajaya
  • Cruise di Tasik putrajaya
  • Sukan Ekstrem di putrajaya Challenge park
  • Berenang di beberapa pusat komuniti dan di putrajaya marina park
  • Taman Warisan pertanian
  • Bermain Flyboard
  • Menaiki belon udara pandas di skyride festival park

Ada beberapa tempat di senaraikan di atas yang dikenakan bayaran, tetapi ada juga yang masih boleh di nikmati secara percuma.

Ads

9. PETROSAINS, KLCC

10 Tempat Menarik Di Kuala Lumpur Untuk Ibu Ayah Mesti Bawa Anak Sempena Cuti Sekolah
sumber imej : petrosains

Petrosains juga tempat yang wajib di lawati jika ke kuala lumpur. Yang pasti ianya sesuai untuk semua peringkat umur. Walaupun berada di dalam KLCC tempat ini seringkali menjadi tumpuan anak anak sekolah dari seluruh malaysia.

Petrosains, The Discovery Centre adalah tempat pameran interaktif pendidikan, hands-on interaktif dan menunjukkan sains adalah sesuatu yang sangat menarik dan menyeronokkan. Ia berjaya memaparkan  sains untuk semua.  Apa yang menarik di sinit terdapat pelbagai tema istimewa dan pameran perjalanan semasa lawatan didalamnya , dan kita juga berpeluang untuk mencuba dan meneroka setiap barang pameran secara  fizikal dan mental. Anak-anak malah orang dewasa berpeluang untuk melihat bagaimana proses cari gali minyak dilakukan. Malah beberapa tempat pameran juga diadakan secara simulasi.

Jadi pastikan korang terjah sini yang merupakan salah satu dari 10 tempat menarik yang sesuai untuk keluarga di KUALA LUMPUR

Ahli keluarga pasti dapat berkongsi pengalaman dan aktiviti yang menarik disini

Waktu operasi

Selasa-Khamis
9:30am – 5:30pm
Last Admission: 4:00pm

Sabtu, Ahad, & Cuti umum 
9:30am – 6:30pm
Last Admission: 5:00pm

Isnin
Tutup (kecuali jatuh pada Cuti umum dan cuti sekolah )

Harga TIket MyKadTanpa-MyKad
Warga Emas (61 tahun dan keatas)RM 10.00RM 15.00
Dewasa (13 – 60 tahun)RM 20.00RM 30.00
Kanak kanak (3 – 12tahun)RM 8.00RM 18.00
Child (2 years & bawah)Free Admission

 

10. MUZIUM NEGARA

10 Tempat Menarik Di Kuala Lumpur Untuk Ibu Ayah Mesti Bawa Anak Sempena Cuti Sekolah
sumber imej : https://www.bigkl.com

Terletak di tengah-tengah kota Kuala Lumpur, Muzium Negara (Muzium Negara) yang dibina dalam gaya istana Melayu adalah penjaga sejarah negara. Galeri yang baru dinaik taraf ini memberikan pendekatan yang menarik dan inovatif untuk menerokai sejarah Malaysia dari zaman prasejarah hingga sekarang. Muzium Negara dibuka secara rasmi oleh Yang Mulia, Yang di-Pertuan Agong Ketiga, Tuanku Syed Putra Al-Haj Ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail pada 31 Ogos 1963.

Ianya merupakan satu tempat yang menarik untuk aktiviti sekeluarga yang mengenali dan berkongsi pengalaman untuk mengenali sejarah Negara kita.

Sesekali lawatan ke tempat seperti ini pasti akan memberikan impak yang sangat positif dalam mengenali sejarah negara kita. Malah pasti membuka pemikiran anak anak kita dalam pembelajaran mereka. Sambil melawat kita dapat berkongsi ilmu bersama anak anak.

Jenis Pelawat
Harga
Warganegara Malaysia
RM 2.00
Warga Emas dan Orang kurang upata
RM 1.00
Kanak kanak (3 – 12tahun) (Malaysian Citizen)
Free
Pelajar dengan berbaju uniform (Malaysian Citizen)
Free
Pelajar tidak beruniform  (Malaysian Citizen)
RM 2.00
International Council of Museums Members (ICOM)
Free
Bukan warganegara Malaysia
RM 5.00
Kanak kanak (3 – 12 tahun) (Non Malaysian Citizen)
RM 2.00
Kanak-kanak 6 tahun kebawah (Non Malaysian Citizen)
Free

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI