10 Tip Pemakanan Berguna Hanis Zalikha Buat Untuk Yusuf Iskandar

Share

Tip pemakanan Hanis Zalikha untuk Yusuf Iskandar ini memang sangat membantu, terutama sekali bagi ibu-ibu yang bakal mempekenalkan makanan pejal kepada bayi.

Hanis memang pandai mengatur pemakanan anaknya, Yusuf Iskandar. Dia juga tidak lokek berkongsi tip pemakanan untuk followernya di Instagram. Yang penting bahan-bahan yang digunakan kebanyakannya home made dan mudah untuk direalisasikan. Jom ikuti 10 tip yang telah dikenalpasti ini.

TIP 1: MENGISAR GUNA HAND BLENDER

Bagi ibu yang baru berjinak-jinak dengan dunia penyediaan makanan pejal anak, tentunya perlukan panduan tentang peralatan yang diperlukan. Hanis berkongsi peralatan yang praktikal diperlukan pada peringkat permulaan iaitu hand blender untuk mengisar puri dan bekas makanan kecil untuk memuatkan puri untuk Yusuf bagi setiap hidangan.

Antara peralatan yang digunakan Hanis untuk menyediakan puri untuk Yusuf pada peringkat awal.

TIP 2: SEJUKKAN PURI YANG PANAS

Hanis juga berkongsi cara menyejukkan puri yang panas sebelum diberikan kepada Yusuf iaitu dengan cara merendamkan bekas berisi puri ke dalam ketulan ais. Ia secara tidak langsung merupakan tip keselamatan supaya ibu bapa memeriksa terlebih dahulu suhu makanan sebelum disuapkan kepada bayi.

Sejukkan puri menggunakan ais.

TIP 3: LEGAKAN BAYI SEMASA FASA TEETHING DENGAN MAKANAN

Selain berkongsi idea resipi dan sajian, Hanis juga turut memberikan tip melegakan kerengsaan gusi (gatal gusi) akibat hendak tumbuh gigi pada Yusuf. Hanis menggunakan roti yang bertekstur keras atau buah-buahan yang diisi dalam fruit feeder.

TIP 4: SERBUK IKAN BILIS

Serbuk ikan bilis boleh dijadikan bahan masakan bayi yang mudah, lebih-lebih lagi jika ibu sibuk. Ia juga sumber kalsium yang baik. Hanya taburkan pada bubur anak dan tadaaa… ia siap untuk disuapkan kepada si manja.

Anda boleh buat sendiri serbuk ikan bilis ini di rumah dengan menggunakan cara Hanis ini.

#ChefMommynis tengah sangai ikan bilis nak buat serbuk ikan bilis untuk sprinkle dalam makanan bayi. Akhirnya nak introduce rasa sedap-sedap sikit dekat Yusuf ?

Kopek ikan bilis buang tahi + Basuh bersih + Rendam seketika nak kurangkan masin + Tos ikan bilis + Sangai dalam kuali tanpa minyak + Blend dan simpan dalam bekas pilihan.


TIP 5: TIP BABY MERAGAM TIDAK MAHU MAKAN

Susah juga jika bayi tiba-tiba tidak mahu makan atau putus selera. Yusuf juga mengalami keadaan ini dan Hanis mengemukakan usaha dan strategi memenangi selera Yusuf untuk makan. Ia juga boleh mengelakkan daripada kita putus asa dan terus mengatakan anak tidak mahu makan.

Dia suka ada sprinkle serbuk ikan bilis #ChefMommynis buat semalam. Today Yusuf makan nasi + baby corn + serbuk ikan bilis.

Sometimes Yusuf cranky tak berapa nak makan, this is what I would do: Sebelum makan main meal, makan buah dulu untuk buka selera, today makan anggur. Kalau masa dia makan dia start nak nangis ngada, bagi dia minum air kosong pastu sambung makan. Kalau dah nak habis makan pastu nak start merengek taknak makan, maksudnya dia dah boring duduk dalam babychair, dukung kat pinggang kiri dan sambung suap makan guna tangan kanan.

I just feel like sharing this sebab hari tuh Daddy dia suapkan Yusuf makan pastu Yusuf cam start ngada sikit terus Daddy dia kata dia dah taknak makan. Omg kenalah berusaha! #TipsMommynis


TIP 6: SAJIAN SELEPAS BERENANG

Berenang ialah aktiviti yang sangat baik untuk bayi. Berbeza aktiviti lain,berenang  ia melibatkan air yang sejuk dan boleh menyebabkan kelaparan yang lebih berbanding aktiviti lain. Maka Hanis telah menyediakan hidangan untuk Yusuf selepas berenang, antaranya ialah resepi puri kentang dan ikan bilis ini. Yummy!

Sedapnya puri kentang bilis!

TIP 7: BILA ANAK MULA NAK MAKAN SENDIRI

Selepas mencecah usia lapan bulan, si manja sudah boleh duduk dengan baik. Jadi, dia sudah boleh diajar makan sendiri. Hanis juga berkongsi bagaimana Yusuf tiba-tiba kurang berselera kerana ingin makan sendiri (tidak disuap ibu).

TIP 8: BUAH SEBAGAI PEMBUKA SELERA

Bila anak jadi kurang selera, ibu-ibu selalunya rasa down dan terus kata anak tidak mahu makan. Sepatutnya kita perlu ketahui sebabnya dan berusaha untuk memenangi selera mereka. Seperti yang dilakukan oleh Hanis ini, apabila Yusuf tidak berselera. Strategi Hanis memberikan Yusuf dalam potongan yang besar seumpama teether menjadikan ia makanan pembuka selera ketika gusinya gatal hendak tumbuh gigi. Seterusnya ia memudahkan Hanis menyuapkan sajian utama kepada Yusuf.

 


TIP 9: PERALIHAN TEKSTUR MAKANAN BAYI

Sama seperti bayi lain yang mula tumbuh gigi, mereka lebih berminat kepada makanan yang bertekstur lebih kasar.

Yusuf yang sebelum ini memakan puri dan bubur telah beralih kepada nasil lembik yang mempunyai tekstur lebih kasar bila sudah tumbuh gigi.


TIP 10: AJAR YUSUF GUNA SUDU DAN GARFU

Apabila anak sudah boleh menyuap makanan dengan baik, ibu boleh mula mengajar anak menggunakan kutleri iaitu sudu dan garfu dengan betul, seperti yang diajar oleh Hanis kepada Yusuf ini.

Sumber: Instagram Yusuf Iskandar & Hanis Zalikha

 

Published by
Azma ML