Lazimnya selepas bersalin terdapat pelbagai amalan dilakukan untuk kembali sihat dan cantik dari hujung rambut hingga hujung kaki. Ketua Jururawat di sebuah klinik kerajaan yang juga Bidan Berdaftar, Tengku Azmanira Raja Husin menerangkan lebih lanjut tentang amalan berpantang.

Sebaik sahaja bersalin, anda akan melalui fasa pemulihan diri. Tempoh ini amat penting untuk mengekalkan kesihatan diri luar dan dalaman. Menurut Tengku Azmanira Raja Husin terdapat pelbagai amalan berpantang dilakukan dalam tempoh pemulihan diri ini. Namun ada yang boleh dilakukan dan sebaliknya.

  1. Tidur beralaskan bantal

Apabila tidur tidak menggunakan bantal, ia akan mengakibatkan anda sakit kepala. Ia mungkin berlaku disebabkan darah kotor sukar untuk keluar atau angin naik ke kepala lalu menyebabkan sakit meroyan kepada ibu yang masih lemah. Dalam pada itu, tidur terlentang, tidak berbantal dan terdedah kepada angin sejuk adalah dilarang.

  1. Pakai stoking

Semasa berpantang, anda perlu memakai sarung kaki. Ia bertujuan supaya kaki tidak sejuk dan dimasuki angin yang akan membuatkan badan berangin. Jika badan dimasuki angin, kesihatan ibu akan terganggu dan menjadi lemah.

  1. Sarungkan baju tebal

Semasa dalam pemulihan diri, badan anda amat lemah dan mudah dimasuki angin. Adalah elok jika anda memakai baju tebal dan berstoking. Jika cuaca sejuk, anda perlu memakai selimut tebal agar badan tidak masuk angin.

Ads
  1. Jangan duduk mencangkung

Jika bersalin secara normal mahupun pembedahan caesarean, pastikan kedudukan tubuh anda berada dalam posisi yang selesa setiap masa. Ini termasuklah duduk, berdiri dan  cara berjalan. Duduk mencangkung semasa dalam pantang adalah dilarang, kerana cara ini boleh membuatkan peranakan turun dan melemahkan otot-otot perut.

  1. Mandi dalam keadaan duduk

Semasa mandi, anda hendaklah duduk di bangku kecil. Ini adalah cara menjaga kesihatan peranakan. Dengan duduk di bangku, anda tidak menggunakan banyak tenaga kerana ibu yang baru melahirkan masih dalam keadaan lemah.

  1. Kaki dirapatkan semasa tidur  

Untuk memastikan peranakan sembuh semula, anda perlu tidur dengan merapatkan kaki. Anda juga tidak boleh aktif. Hanya duduk diam di atas katil selama seminggu. Jika anda mempunyai pembantu, biarkan dia menguruskan bayi dan rumah tangga. Anda boleh duduk berehat untuk memulihkan tenaga kembali supaya badan kembali sihat dan bertenaga.

Ads
  1. Jaga ibu jari kaki

Semasa dalam pantang, anda perlu berjalan secara perlahan. Bimbang jika ibu jari kaki tersadung. Anda berkemungkinan mengalami pitam atau bentan. Tambahan pula badan masih lemah.

  1. Pantang 100 hari

Bagi memastikan peranakan kembali normal, anda perlu berpantang semalam 100 hari. Anda digalakkan berpantang dalam tempoh ini dengan tidak mengadakan hubungan kelamin dengan suami. Cara ini akan benar-benar memulihkan peranakan dan kesihatan keseluruhan anda.

Ads
  1. Mandi daun herba  

Cara mandi semasa pantang juga perlu diberi perhatian. Antara dedaun herba yang perlu direbus untuk dijadikan mandian ialah daun nangka, daun pandan, daun inai dan serai wangi. Mandian daun herba ini dilakukan pada waktu pagi dan petang. Lakukannya selama seminggu dalam berpantang.

  1. Cucian air rebusan daun sirih

Kesihatan faraj perlu dijaga semasa dalam tempoh berpantang. Sebelum mandi hendaklah cuci ia dengan air rebusan daun sirih. Ia digunakan untuk  menyembuhkan luka-luka selepas melahirkan.

  1. Duduk bersimpuh

Tidak kira bersalin secara normal atau pembedahan, anda perlu duduk bersimpuh dan merapatkan kedua lutut. Cara ini untuk mempercepatkan penyembuhan luka selepas melahirkan.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI