Walau pun baru 12 hari mewujudkan akaun Instagram, bayi comel ini nampaknya mula mendapat perhatian netizen. Muhammad Zayne Tyler, anak kepada Mat Dan nampaknya mula menjadi pujaan para netizen.
Kecomelan penghias kulit majalah Pa&Ma edisi Februari 2019 ini boleh membuat sesiapa pun cair. Dengan wajah kacukan England-Malaysia, Zayne tampil comel dengan foto-foto yang dimuatnaik di akaun Instagramnya.
Ketika sesi fotografi yang diadakan baru-baru ini, Zayne memberikan kerjasama yang sangat baik. Mengenakan topi chef, anak kecil ini rupanya sukakan roti. Kata Mat Dan, Zayne memang suka makan roti. Malah dia sangat tertarik dengan roti baguette yang dijadikan props.
Zayne kini masih menyusu susu ibu. Pada usia 8 bulan, dia sudah pun boleh merangkak laju. Berikut adalah posting-posting yang dikongsikan dalam Instagram beliau.
Mainan versi mewah watak permainan video pembunuh Huggy Wuggy telah menimbulkan kekecohan dalam kalangan ibu bapa di seluruh dunia.
Mana tidaknya, patung Huggy Wuggy ini seolah-olah menjadi barang permainan yang mesti dimiliki oleh kanak-kanak sekolah rendah.
Video mainan pembunuh bersiri ini telah mendorong kanak-kanak untuk melakonkan semula apa yang mereka tonton dengan berpelukan erat di taman permainan dan membisikkan plot jahat.
Huggy Wuggy mempunyai anggota badan berwarna biru berjuntai dan senyuman merah berlebihan yang menampakkan berpuluh-puluh gigi setajam cukur, sedia untuk membunuh.
Huggy Wuggy ialah watak jahat dalam Poppy Playtime, permainan video seram yang terletak di kilang mainan yang usang.
Walaupun mempunyai penarafan umur 8+, ramai ibu bapa yang takut telah menyuarakan di media sosial untuk meminta permainan meletakkan had umur lebih tinggi.
Seorang ibu telah mendakwa bahawa anak perempuannya yang berusia enam tahun telah mengalami mimpi ngeri sejak dua bulan lalu kerana perkara ini”.
“Ia benar-benar mesej subliminal yang memberitahu anak-anak untuk membunuh ibu bapa mereka dan memeluk orang ramai hingga mati” katanya forum Reddit.
Video tersebut menunjukkan Huggy Wuggy menyanyikan sajak taska seperti lagu yang mengandungi lirik seperti: “Saya boleh peluk awak di sini selama-lamanya, sehingga awak menghembuskan nafas terakhir bersama-sama”.
Kanak-kanak juga meniru tingkah laku berbahaya Huggy Wuggy.
Seorang ibu memberitahu Sky News pada bulan April bahawa anak lelakinya yang berusia tiga tahun menjadi sangat taksub dengan permainan “dia sampai ke tahap di mana dia tidak tahu perbezaan antara realiti dan permainan”.
“Dia cuba memanjat tingkap bilik saya, mengatakan dia akan mati dan hidup semula memberitahu saya itulah yang dilakukan Huggy Wuggy”, katanya.
Siasatan polis berhubung kematian empat beradik dalam kejadian kebakaran di Kampung Sabak Awor, di sini pada malam Rabu, akan dilakukan secara menyeluruh termasuk dari aspek kecuaian.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, pihaknya kini masih menunggu proses bedah siasat yang dijangka dijalankan pada jam 2.30 petang Khamis, selain masih menunggu laporan forensik bomba berkaitan punca kebakaran.
Katanya, sebaik laporan diterima kertas siasatan akan dibawa kepada pendakwa raya sekiranya terdapat elemen kecuaian atau jenayah yang tidak disengajakan.
“Kertas siasatan akan diserahkan kepada pihak pendakwa raya untuk siasatan lanjut sekiranya terdapat unsur kecuaian atau jenayah yang tidak disengajakan.
“Bagaimanapun, siasatan awal setakat ini tidak menolak kemungkinan kebakaran berpunca daripada litar pintas dari bahagian dapur namun siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya pada sidang akhbar di Jabatan Forensik, Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar, pada Khamis.
Sebelum itu, empat beradik berusia antara lapan hingga tiga tahun terdiri daripada dua lelaki dan dua perempuan dilaporkan maut dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Ismail, Kampung Sabak Awor, pada kira-kira jam 7.49 malam, Rabu.
Pasangan adik-beradik tersebut dikenali sebagai Puteri Aisyah Tenko To, 8; Mohd Hakim, 6; Mustakim, 4 dan Fatihah Aisyah, 3 maut dalam kejadian berkenaan.
Seramai 20 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar dan BBP Bukit Gambir dibantu dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) serta satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian bagi memadam kebakaran.
Ajal sekeluarga! Itu yang berlaku pada satu keluarga termasuk pembantu rumah apabila maut terkena renjatan elektrik di dalam bilik air di sebuah rumah di Pulogadung, Jakarta Timur.
Lapor Kompas.com, mangsa terdiri daripada sepasang suami isteri masing-masing berusia 37 dan 29 tahun, bayi mereka berusia 11 bulan dan pembantu rumah berumur 59 tahun.
Isteri memandikan bayi guna pemanas air
Ketua Polis Pulogadung, David Richardo berkata, kejadian itu bermula ketika si isteri memandikan bayi mereka di dalam bilik air menggunakan alat pemanas air.
“Dipercayai ketika memandikan anaknya, berlaku aliran elektrik mengenai ibu dan anak tersebut.
“Si isteri menjerit menyebabkan suaminya bergegas ke bilik air namun dia juga terkena renjatan elektrik.
“Kemudian, pembantu rumah yang terdengar jeritan itu juga pergi bilik air untuk melihat apa yang berlaku sebelum dia turut terkena renjatan,” katanya.
Kejadian disedari oleh seorang lagi pembantu rumah
Insiden itu menyebabkan keempat-empat mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan disedari oleh seorang lagi pembantu rumah keluarga tersebut.
Pembantu rumah itu kemudiannya menghubungi ambulans dan polis sebelum kesemuanya disahkan sudah meninggal dunia.
Dalam pada itu, David memaklumkan siasatan terperinci akan dilakukan bagi mengenal pasti punca kematian sekeluarga tersebut.
Katanya, polis akan menyiasat jika benar berlaku renjatan elektrik yang menyebabkan kematian mereka.
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!