12 Hari Buka Akaun Instagram, Zayne Dah Ada 29K Follower. Netizen Terpukau Kecomelan Anak Mat Dan

Share

Walau pun baru 12 hari mewujudkan akaun Instagram, bayi comel ini nampaknya mula mendapat perhatian netizen. Muhammad Zayne Tyler, anak kepada Mat Dan nampaknya mula menjadi pujaan para netizen.

Kecomelan penghias kulit majalah Pa&Ma edisi Februari 2019 ini boleh membuat sesiapa pun cair. Dengan wajah kacukan England-Malaysia, Zayne tampil comel dengan foto-foto yang dimuatnaik di akaun Instagramnya.

Ketika sesi fotografi yang diadakan baru-baru ini, Zayne memberikan kerjasama yang sangat baik. Mengenakan topi chef, anak kecil ini rupanya sukakan roti. Kata Mat Dan, Zayne memang suka makan roti. Malah dia sangat tertarik dengan roti baguette yang dijadikan props.

Zayne kini masih menyusu susu ibu. Pada usia 8 bulan, dia sudah pun boleh merangkak laju. Berikut adalah posting-posting yang dikongsikan dalam Instagram beliau.

Sumber: zaynetyler55

 

Published by
Azma ML