Tahniah diucapkan buat bekas pemain pertahanan bola sepak negeri Pahang, Mohd. Saifulnizam Miswan dan isterinya yang menimang cahaya mata sulung mereka selepas 12 tahun menanti.
Mohd. Saifulnizam atau lebih dikenali sebagai Poyeng oleh peminat bola sepak berkongsi berita gembira itu menerusi laman Instagram pada Selasa lalu.
Dia yang kini berusia 44 tahun meluahkan rasa syukur dan terharunya atas kurniaan rezeki yang tidak terhingga itu buat dirinya dan isteri.
“Assalamualaikum semua. Hai uncles, aunties, atok, nenek, abang dan kakak.
Ads
“Dengan hati yang penuh kasih sayang, kami teruja untuk memperkenalkan anak sulung kami selepas menunggu selama kira-kira 12 tahun,” kongsinya.
Ads
Poyeng juga turut memohon doa dari semua agar cahaya mata yang ditunggu-tunggu itu sentiasa dilindungi malah dipermudahkan jalan hidupnya untuk membesarkan buah hati tersayangnya itu.
“Ya Allah, aku mohon perlindungan kepada Mu untuk bayi ini dan keturunannya daripada godaan syaitan yang terkutuk, Aamin,” kongsinya.
Meninjau diruangan komen, rata-rata peminat dan juga rakan-rakan turut mengucapkan tahniah malah mendoakan agar bayi kesayangan itu sentiasa dilindungi malah membesar dengan sihat.
Kenapa susu badan saya cair? Anak menangis ni sebab tak kenyang. Setengah jam sekali menyusu dengan muka yang penuh kelaparan. Baby boy pulak tu. Macam mana nak pekatkan susu bagaimana?
Buat pengetahuan ibu- ibu semua TIADA istilah susu badan CAIR sebenarnya. Jangan terpengaruh dengan pihak lain yang mendakwa susu badan yang cair tiada khasiat dan tidak bagus untuk anak. Ini salah!! Buat pengetahuan semua, susu ibu ada 2 peringkat:
Seperti kita juga sebelum makan, sunnah nabi adalah meminum segelas air atau makan buah dahulu untuk melancarkan pencernaan makanan selepas itu. Begitu juga dengan bayi, susu yang cair tu sebagai serat untuk mudahkan pencernaan dan sebagai penghilang dahaga, dan yang terakhir tulah sebagai makanan berat bayi.
Allah telah menjadikan susu badan itu sempurna, penuh kebaikan dan makanan untuk anak sehingga usianya 2 tahun . Kenapa masih perlu ada lagi pertikaian lidah lagi mengenai hal ini. Jangan suka- suka berkata “susu awak cair ini, tiada khasiat untuk baby”.
Mungkin dengan satu ayat kita ini, Si ibu telah menggantikan susu badan kepada susu formula yang lebih pekat. Berdosanya kita pada si anak yang sepatutnya mendapat khasiat penuh dari susu ibunya sendiri.
Bagi Ibu susu ini adalah alasan yang sangat tidak masuk akal untuk bagi susu formula pada anak. Terlalu banyak penyakit dan masalah kesihatan berlaku pada anak kerana susu buatan manusia yang terbatas ini.
Sumber: ibudoakan.com
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bagi yang bertindak memuat naik video isteri yang sedang bertarung nyawa bersalin ke laman sosial, apakah hukum dalam Islam? Ikuti penjelasan Mufi Wilayah Persekutuan ini.
Seelok-eloknya kita membiasakan yang betul dan memperbetulkan apa yang terbiasa. Perkara yang menjadi kemusykilan ini telah dikupas lantaran kelihatan sifat malu dan sikap yang terlalu terbuka yang bimbang membuka aib orang yang disayangi. Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah menjawab persoalan ini.
Soalan:
Assalamualaikum SS Mufti. Apakah hukum seseorang yang memuat naik video isteri atau ahli keluarga yang sedang bersalin?
Jawapan:
Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.
Pertama sekali, kami ingin menukilkan peringatan Allah SWT melalui firman-Nya:
Maksudnya: Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
(Surah al-Zalzalah: 7-8)
Setiap amalan yang kita kerjakan akan dihisab dan dinilai di sisi Allah SWT. Dalam apa jua tindakan dan amalan seharian kita pula, salah satu ukuran yang harus kita guna untuk menilai baik buruknya ialah samada ia memberi manfaat samada kepada diri kita dan orang lain. Sabda Nabi SAW:
Maksudnya: Antara kesempurnaan Islam seseorang itu ialah dia meninggalkan perkara yang tidak bermanfaat padanya.
Riwayat Tarmizi (2318)
Sebagai seorang Muslim, segala tindak-tanduk dan tingkah laku kita juga harus mengambil kira pesanan Nabi SAW:
إِذَا لَمْ تَسْتَحِ فَاصْنَعْ مَا شِئْتَ
Maksudnya: Jika kamu tidak mempunyai rasa malu, maka lakukanlah apa sahaja yang kamu mahu.
Riwayat al-Bukhari (6120)
Sifat malu daripada melakukan sesuatu yang menyanggahi adab, tatasusila dan kerukunan masyarakat merupakan satu sifat yang amat terpuji. Sifat malu inilah yang akan menjadi benteng masyarakat daripada terjebak ke dalam krisis moral, keruntuhan akhlak dan kebejatan sosial.
Sifat malu ini amat dituntut dalam Islam, sehingga Nabi SAW meletakkannya sebagai sebahagian daripada iman melalui sabda Baginda SAW:
الْحَيَاءُ مِنَ الإِيمَانِ
Maksudnya: Sifat malu itu sebahagian daripada iman.
Riwayat Muslim (36)
Dalam konteks zaman moden ini, teknologi internet dan media sosial menjadi wadah yang amat efektif dalam berkongsi maklumat dan menyampaikan pandangan. Namun demikian, amat mendukacitakan tatkala masih ramai yang tidak menggunakannya dengan sebaik mungkin dan berkongsi kandungan yang tidak membawa sebarang faedah dan manfaat.
Dunia internet dan media sosial juga sering memperlihatkan perbuatan-perbuatan yang bercanggah dengan adab dan akhlak Islami. Kandungan yang dimuat naik sering menimbulkan kontroversi dan mengundang polemik yang tidak berkesudahan.
Kami mengambil kesempatan ini untuk berpesan agar kita sama-sama gunakan kesempatan dan ruang yang ada untuk menyebarkan ilmu pengetahuan yang bermanfaat dan menyemai kesedaran masyarakat berkenaan isu-isu semasa. Semoga setiap perkongsian yang dilakukan menjadi bekalan untuk kita bertemu Allah SWT kelak.
Penutup
Kesimpulannya, kami berpandangan perlu ada sifat malu dalam kalangan kita yang amat dituntut oleh Islam. Bukanlah setiap perkara perlu dikongsi dan disebarkan, lebih-lebih lagi pada zaman teknologi yang membolehkan suatu perkara disebarluaskan secara mudah dan pantas. Justeru, tidaklah sesuai dan wajar saat-saat isteri sedang bertarung nyawa itu menjadi tontonan ramai dan dihebohkan kepada mereka.
Akhir kalam, saya mendoakan agar anak-anak kita seluruhnya menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada kedua ibu bapa, agama, bangsa dan negara.
Tahniah diucapkan kepada pelawak Shahrol Shiro yang mengesahkan isterinya Nor Farhanah Syamimi selamat melahirkan bayi kedua mereka pada pagi Jumaat minggu lalu.
Dalam satu laporan oleh Portal Hiburan Gempak, bayi lelaki yang dilahirkan dengan seberat 2.4kg dilahirkan secara normal di Johor Maternity Specialist Centre, Kluang.
“Alhamdulillah, hero lagi…Kalau nak diikutkan ini adalah hero ketiga saya, tetapi yang kedua bersama Anna.
“Apa pun saya bersyukur kerana anak dan ibu kedua-duanya berada dalam keadaan sihat,” katanya teruja.
Bagaimanapun dua hari lalu bayi kedua mereka dimasukkan kembali ke hospital kerana bacaan kuning yang agak tinggi.
“Ada pemeriksaan biasa sebenarnya. Tetapi bila bacaan kuning tu agak tinggi, baby kena tahan wad…Tapi tak lama, sehari sahaja sebab bacaannya kembali normal.
“Setakat ini, semuanya baik-baik sahaja. Terima kasih kepada yang telah mendoakan urusan isteri saya melahirkan anak kami,” katanya kepda Gempak.
Shahrol dan Anna bernikah pada 18 Mac 2016 dan dikurniakan anak lelaki yang dinamakan Iskandar Rizqi pada 8 Februari 2017.
Sebelum ini, Shahrol pernah dikurniakan anak lelaki, Muhd Adam hasil perkahwinan terdahulu.
Tahniah buat Shahrol Shiro dan isteri, semoga dengan kehadiran bayi lelaki kedua mereka akan melengkapkan lagi kehidupan mereka sekeluarga.
Sumber: Gempak & IG Shahrol Shiro
Mama jom take a break, jamu mata & shopping! Klik sini!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!