Bila kandungan dah masuk minggu ke-37 dan ke atas, ramai ibu mula rasa tak senang duduk. Setiap kali perut rasa tegang atau pinggang mencucuk, terus terfikir “Ni tanda ke? Dah nak bersalin ke aku ni?”
Normal sangat, sebab menjelang hujung kehamilan, tubuh ibu sedang bersiap sedia untuk satu momen paling besar kelahiran si kecil yang ditunggu-tunggu.
Tapi macam mana nak tahu tanda tu betul-betul tanda bersalin dan bukan sekadar simptom biasa? Jom Pa&Ma bantu ibu semak 12 tanda utama yang menunjukkan waktu bersalin semakin hampir.
1. Perut Rasa Semakin ‘Turun’
Bila bayi mula ‘engage’ atau turun ke bahagian bawah pelvis, ibu akan rasa perut makin “ke bawah”. Nafas rasa lebih lega sebab tekanan pada dada berkurang. Tapi pada masa sama, ibu akan kerap ke tandas sebab kepala bayi mula tekan pundi kencing. Sesetengah ibu mula rasa perubahan ni dua minggu sebelum bersalin, tapi ada juga yang rasa hanya beberapa jam sebelum waktu sebenar.
2. Sakit Belakang Semakin Kerap dan Berat
Sakit belakang semasa hamil memang biasa, tapi bila nak bersalin, rasa sakit tu lain lebih berat, mencucuk dan datang secara berulang. Kadang rasa dari belakang merebak ke depan perut. Ini disebabkan kontraksi awal yang mula berlaku bila rahim bersedia untuk proses kelahiran. Jika sakit datang secara berkala dan semakin kuat, mungkin itu bukan sakit biasa lagi.
Ads
3. Lendir Kental atau Berlendir Darah Keluar
Ini antara tanda bersalin yang paling jelas. Bila serviks mula terbuka, ‘mucus plug’ atau lendir pelindung di pintu rahim akan keluar. Warnanya jernih, kekuningan atau sedikit merah jambu kerana bercampur darah halus. Ia menandakan pintu rahim sedang bersedia untuk terbuka.
4. Kontraksi Datang Secara Teratur
Kontraksi sebenar berbeza dengan Braxton Hicks. Kalau sebelum ni cuma rasa perut keras sekali-sekala, kali ni sakit datang secara berkala, makin kuat dan makin rapat selangnya. Cuba kira selang masa antara setiap kontraksi. Kalau kurang daripada 5 minit dan sakit makin konsisten, itu petanda masa semakin hampir!
5. Air Ketuban Pecah
Ini tanda bersalin yang tak boleh dipandang ringan. Ada ibu alami aliran air yang menitis perlahan, ada juga yang keluar banyak sekaligus. Air ketuban yang pecah menandakan bayi sudah bersedia untuk dilahirkan. Jangan tunggu lama walaupun belum rasa kontraksi kuat — terus ke hospital.
6. Berat Badan Turun Secara Tiba-Tiba
Menjelang hari bersalin, berat badan ibu boleh turun sekitar 0.5 hingga 1 kilogram. Ini disebabkan hormon mula menyingkirkan lebihan air dalam badan. Jadi kalau tiba-tiba rasa kerap ke tandas atau badan terasa ringan sedikit, itu mungkin tanda kecil tubuh sedang ‘bersedia’.
Ads
7. Susah Nak Tidur Walaupun Letih
Bila bayi dah turun ke bawah, ibu mungkin lebih mudah bernafas tapi susah nak cari posisi tidur yang selesa. Ada yang rasa macam tak boleh lena langsung bukan sebab tak mengantuk, tapi sebab tubuh terlalu alert. Itu juga antara tanda bersalin bila hormon badan sedang “bekerja keras” menjelang detik kelahiran.
8. Pergerakan Bayi Sedikit Berubah
Bila ruang dalam rahim semakin sempit, pergerakan bayi jadi lebih perlahan dan lembut. Tapi bayi masih perlu aktif ya ibu! Pastikan masih ada 10 pergerakan dalam sehari. Jika terlalu senyap atau tiada gerakan, segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan.
9. Cirit-Birit atau Rasa Nak Buang Air Besar
Tubuh ibu ada cara sendiri untuk ‘bersihkan’ sistem sebelum bersalin. Sebab tu kadang boleh berlaku cirit-birit ringan atau rasa nak ke tandas berulang kali. Ia berlaku kerana hormon prostaglandin yang bantu lembutkan serviks juga boleh merangsang usus.
Ads
10. Selera Makan Berubah Secara Tiba-Tiba
Ada ibu yang tiba-tiba rasa lapar tak henti-henti, ada pula yang langsung tak lalu makan. Kedua-duanya normal, sebab hormon kehamilan mula berubah secara drastik menjelang proses kelahiran. Kalau tak lalu makan pun, pastikan ibu minum air secukupnya supaya kekal terhidrat.
11. Rasa Nak Kemas Rumah atau ‘Nesting Instinct’
Tiba-tiba rasa nak sapu rumah, lipat baju baby, kemas beg hospital, atau masak banyak lauk semua ni normal! Naluri ni dipanggil nesting instinct, iaitu dorongan semula jadi ibu untuk “bersedia” menyambut bayi. Tapi jangan terlalu paksa diri ya, cukup sekadar buat yang ringan-ringan.
12. Naluri Ibu Rasa “Macam Dah Sampai Masanya”
Kadang-kadang, naluri ibu lebih kuat dari mana-mana tanda fizikal. Hati tiba-tiba rasa berdebar, tenang, atau rasa “masa tu dah sampai”. Ramai ibu kongsi, bila naluri tu datang tak lama lepas tu, kontraksi betul-betul bermula. Jadi, percayalah pada naluri seorang ibu.
Pesanan Pa&Ma
Bila tanda bersalin ni mula muncul, pastikan beg hospital ibu dan bayi dah siap sedia. Simpan nombor hospital, pasangan, dan orang penting dalam telefon. Jangan tunggu sampai sakit sangat baru nak gerak, sebab setiap kelahiran datang dengan ritma berbeza.
Yang paling penting, ibu kena kekal tenang. Tarik nafas, doa banyak-banyak, dan yakin bahawa tubuh ibu memang diciptakan sempurna untuk melahirkan. Ingat, setiap kesakitan tu adalah tanda keajaiban si kecil yang bakal hadir mengubah seluruh dunia ibu. 🌸
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mendapat ucapan hari lahir daripada suami tercinta pastinya sesuatu yang indah. Tambahan pula dibuat menerusi akaun media sosial yang sentiasa menjadi perhatian peminat. Lebih menggembirakan disamping ucapan hari lahir, suami turut umumkan berita kehamilan isteri tercinta yang kini sudah pun memasuki usia lima bulan.
Pelakon yang pernah memenangi Pelakon Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM), Zamarul Hisham bukan sahaja membuat ucapan selamat hari lahir buat isteri tercinta, Diana Rafar, tetapi turut mengumumkan isterinya kini sedang hamil 5 bulan.
Dalam satu hantaran di Instagram miliknya, Zamarul berkongsi sekeping gambar isteri tercinta yang juga merupakan seorang pelakon dan penyanyi.
“Selamat Hari Kelahiran buat bidadariku Diana Rafar. Terima kasih Allah kerna menjadikan dia permaisuri hidup ku.
“Semoga diberi kesihatan yg baik, diperluaskan pintu rezeki, sentiasa dirahmati, diberkati dan dilindungi Allah SWT,” tulis Zamarul.
Pada masa yang sama, Zamarul turut mengumumkan berita gembira bahawa Diana kini sedang hamil 5 bulan cahaya mata ketiga mereka.
“Alhamdulillah kini hamil 5 bulan, doakan kesejahteraan diana dan baby semoga diberi kesihatan yg baik. Luv u ma Diana Rafar,” kongsi Zamarul tentang berita gembira tersebut.
Rata-rata sahabat dan peminat mengucapkan tahniah kepada kedua-dua pasangan tersebut pada ruangan komen.
Zamarul Hisham dan Diana Rafar mendirikan rumah tangga pada tahun 2009. Pasangan tersebut telah dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Kashfi Haikal dan Kayla Reysha.
Tahniah diucapkan kepada Zamarul Hisham dan Diana Rafar dengan kehamilan yang baru ini. Semoga dipermudahkan melalui fasa kehamilan ini.
Bakal melahirkan bayi sulung mereka pada penghujung Februari nanti, suami kepada pelakon Intan Ladyana, Harris Alif mengakui begitu teruja untuk turut sama menemani isterinya ke dewan bersalin kelak.
Intan yang kini sarat hamil lapan bulan bakal melahirkan bayi sulungnya sedikit masa lagi, iaitu sekitar akhir bulan depan dan kini melalui fasa-fasa akhir kehamilannya.
Tidak pasti dengan SOP hospital, namun Harris mengakui dia teruja untuk merasai sendiri pengalaman bagi menyambut kelahiran bayinya kelak.
“Saya okey nak teman dan nak lihat sendiri proses bersalin nanti. Ini adalah pengalaman pertama saya, pastinya saya mahu merasainya sendiri.
“”Tetapi saya tidak tahu bagaimana SOP yang ditetapkan oleh hospital. Jadi perlu ikut sahaja,” kata Harris berkongsi.
Banyak belajar dari Internet
Bakal bergelar bapa dalam usia yang muda membuatkan suami kesayangan Intan Ladyana ini banyak mengutip ilmu sebagai bekalan bila saatnya tiba kelak.
Akuinya, dia dan Intan lebih senang mempelajari ilmu keibubapaan menerusi bacaan atas talian.
“Sekarang zaman moden, gunakan teknologi sebaiknya. Cari sahaja di Internet dan banyak ilmu yang boleh dipelajari.
“Selain itu saya juga sentiasa mendapat nasihat dari ibu bapa saya yang sering berkongsi apa yang patut dilakukan apabila sudah ada anak sendiri nanti,” kongsinya.
Semoga kelahiran si comel kesayangan pasangan ini dipermudahkan kelak.
Terdahulu, Intan dan Harris kini semakin pulih selepas disahkan positif Covid-19 pada penghujung tahun lalu. Intan terpaksa dikejarkan ke hospital bagi pemantauan rapi, manakala Harris pula menjalani kuarantin di rumah sahaja.
Mesti korang teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000. Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Sumber: Mstar
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sesetengah ibu hamil akan mengalami masalah gigi semasa mengandung. Ketika ini ibu membuat andaian yang bayinya ‘menyedut’ kalsium dari giginya menjadi rapuh dan terpaksa dicabut.
Adakah kenyataan ini sebuah mitos atau kebenaran? Benarkah bayi dalam kandungan mengambil kalsium dari gigi ibunya sehingga ia menjadi rosak? Inilah penerangan dari Dr Mazwin Mazlan, Pegawai Pergigian berkenaan hal ini.
“Doktor saya tak larat nak cabut gigi dah doktor. Setiap kali saya mengandung sebatang gigi saya jadi korban kena cabut.”
“Ini anak saya yang ke 6, habis semua gigi geraham belakang dah tak ada. Dah kena cabut”
“Itulah bila mengandung ni habis kalsium gigi saya anak dalam perut saya ni serap, pasal itulah gigi saya semua rosak.”
Begitulah Kakak ini mengomel, bila berjumpa dengan doktor giginya.
1️⃣ Adakah benar kehilangan gigi akan terjadi pada setiap kehamilan?
Mitos mengatakan bahawa wanita akan kehilangan gigi pada setiap kehamilan. Tetapi dengan kebersihan mulut yang baik dan penjagaan berterusan kesihatan mulut profesional, gigi wanita hamil boleh kekal sihat.
2️⃣ Adakah bayi yang belum lahir benar-benar mencuri kalsium ibunya?
Satu lagi kepercayaan mengarut yang salah adalah bayi yang didalam kandungan mengambil kalsium dari gigi ibunya, yang menyebabkan kerosakan gigi. Ini tidak benar.
Semasa mengandung, wanita mungkin berisiko tinggi untuk merosakkan gigi kerana mereka makan lebih kerap untuk mengelakkan mual. Kerosakan gigi adalah 100% dicegah. Tetapi, jika tidak dirawat, kerosakan gigi boleh menyebabkan kesakitan dan boleh mengakibatkan kehilangan gigi.
Keadaan akan bertambah buruk kerana rata-rata ibu hamil 70-80% sedia ada mempunyai masalah gigi sebelum kehamilan lagi.
3️⃣ Adakah wanita hamil benar-benar mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk gingivitis?
Apabila wanita hamil, tubuh badan mereka melalui perubahan ketara. Ramai akan mengalami keadaan gusi mereka sakit, bengkak, dan terdedah kepada pendarahan. Ini adalah gejala gingivitis, sejenis jangkitan tisu gusi. Sesiapa sahaja boleh mengalami gingivitis.
Tetapi wanita hamil berisiko tinggi untuk gingivitis kerana perubahan hormon. Sekiranya gingivitis tidak dirawat, ia boleh menyebabkan penyakit gusi yang lebih serius yang boleh menyebabkan kehilangan gigi.
4️⃣ Bagaimana wanita hamil boleh mencegah kerosakan gigi dan gingivitis?
Cara terbaik untuk wanita hamil mencegah kerosakan gigi dan gingivitis adalah dengan penjagaan gigi dan gusi mereka supaya sentiasa bersih dan sihat. Pembersihan dengan menggunakan ubat gigi berflourida sekurang-kurangnya dua kali sehari, membersihkan celahan gigi dengan penggunaan floss (bebenang) atau interdental brush (sejenis berus gigi halus), dan mendapatkan pemeriksaan pergigian profesional adalah cara terbaik untuk mengekalkan gigi dan gusi wanita hamil. Mengelakkan makanan yang tinggi gula juga sangat membantu.
Jika kerosakan gigi terjadi, rawatan di klinik pergigian adalah satu-satunya cara ia boleh diberhentikan. Jika kerosakan gigi dan gingivitis dicegah atau dirawat, tidak ada sebab wanita hamil kehilangan gigi.
Yana Samsudin membuktikan semangat luar biasa seorang ibu apabila hadir ke konvokesyen UMPSA dalam pantang 30 hari selepas bersalin caesarean. Kejayaannya menamatkan pengajian sarjana menjadi inspirasi buat semua wanita.