13 pingat emas dimiliki oleh jaguh si cilik, Najwa walaupun baru berusia 12 tahun. Mesti ramai yang tertanya bagaimana rahsia Puan Radiah mendidik anak-anak dan mencungkil bakat mereka sehingga berjaya dalam minat masing-masing. Ikuti perkongsiannya.
Anak saya, Zakwan 17 tahun , Natasha 15 tahun, Najwa 12 tahun dan yang paling kecil Yaya 8 tahun yang memang saya cungkil minat mereka sejak kecil. Saya mula masukkan anak ke dalam kelab taekwondo sekolah selama 2 tahun untuk kelas basic/asas.
Apabila coach bertanya sama ada anak berminat atau tidak untuk advance class kerana dia nampak potensi anak, saya bersetuju tambahan saya nampak minat anak sulung dan diikuti anak yang kedua untuk belajar lebih teknik-teknik sparring dalam taekwondo.
Saya mula hantar ke kelas advance dan anak mula masuk pertandingan-pertandingan kecil untuk mencungkil bakat dan menarik minat mereka lebih mendalam.
Natasya anak kedua, mula bergiat dalam taekwondo seawal usia 8 tahun dan Najwa seawal usia 5 tahun. Setahun selepas itu mereka mula memasuki pelbagai pertandingan.
Pertandingan dan medal seperti di profil Najwa pada tahun 2017 & 2018;
Pada 2018 kami hanya menyertai pertandingan tertentu sahaja memandangkan ketiga-tiga mereka akan menghadapi peperiksaan SPM, PT3 dan UPSR. Jadi kami sebagai ibu bapa ingin mereka lebih menumpukan perhatian kepada peperiksaan.
Tip untuk ketengahkan bakat anak
Alhamdulillah, kami suami isteri selalunya akan support dari segi sokongan mental dan fizikal, setiap kali ada pertandingan kami akan berusaha utk bersama-sama mereka ketika mereka berada di luar dan di dalam ring, sering membawa mereka dan menemani mereka ketika latihan dan memberikan ganjaran setiap kali mereka memenangi sesuatu pertandingan sebagai cabaran dan dorongan utk mereka.
Untuk permulaan ibu bapa boleh melihat keupayaan anak-anak dan bagi jalan atau ruang untuk mereka sesuaikan minat dan bagi dorongan, dorongan bukan hanya dari segi material tapi dari segi sokongan dan seringlah menemani dan menghargai apabila anak berjaya dan beri galakan atau motivasi apabila mereka tidak berjaya.
Sentiasa beri sokongan dan dorongan serta berikan ruang untuk anak-anak capai impian mereka sendiri. Yang paling penting, sentiasa merendah diri walau apepun pencapaian kita.
Saksikan rancangan TV Pa&Ma episode Impian Si Jaguh Cilik pada hari Selasa di Astro Prima & Astro Maya HD pada pukul 12 tengah hari dan ulangannya 9 malam.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI