Setiap wanita yang berkahwin pasti mengimpikan cahaya mata sebagai pelengkap dan penyeri rumah tangga yang dibina dengan suami tercinta. Namun bukan semua wanita terus dikurniakan rezeki zuriat seperti yang diimpikan. Ada sesetengahnya hingga berbelas tahun berkahwin tapi masih lagi belum dikurniakan cahaya mata. Setiap orang ada ujiannya masing-masing, Allah yang lebih Mengetahui dan biasanya rezeki Allah itu datang tepat pada masanya.

Baru-baru ini tular di laman sosial bila seorang doktor pakar membuat kejutan kepada seorang wanita yang sudah lama berusaha untuk mendapatkan zuriat. Doktor yang dikenali sebagai Dr. Thokha Muhammad iaitu seorang pakar dalam bidang obstetrik & ginekologi sering berkongsi klip-klip video ibu hamil yang mendapatkan rawatan daripada beliau.

Dalam perkongsian tersebut, wanita yang sudah 13 tahun mencuba untuk mendapatkan zuriat diberi kejutan oleh Dr. Tokha  bahawa dirinya telah hamil setelah mendapatkan rawatan kira-kira sebulan yang lalu di premis doktor berkenaan.

Tidak Buat Pemeriksaan Kehamilan 3 Tahun, Bimbang Kecewa tapi Sekali Allah Beri Rezeki 3 cahaya mata Terus

Menurut perkongsian tersebut, wanita ini dinyatakan tidak pernah membuat pemeriksaan kehamilan selama 3 tahun kerana bimbang kecewa dengan keputusannya. Namun dengan berita gembira ini, pastinya ia mengundang emosi penuh sebak.

Ternyata penantian selama 13 tahun untuk mendapatkan zuriat tersembunyi hikmah yang Maha Hebat apabila wanita ini hamil dengan kembar 3. Hasil pemeriksaan kesihatan yang dilakukan juga menunjukkan ketiga-tiga bayinya dalam keadaan baik.

Ramai yang teruja dan mendoakan dapat pengalaman yang sama

Menerusi perkongsian tersebut, ramai yang tumpang gembira dan teruja. Pengikut Dr.Torkha ramai yang mendoakan kesihatan dan kesejahteraan wanita tersebut dan bayi yang dikandungnya. Malah ada juga yang berdoa agar mereka juga dapat peluang merasai pengalaman yang sama.

sumber: Dr. Thokha