Aktiviti santai yang bayi suka ini rupanya rupanya bagus untuk perkembangannya. Mama papa jangan lupa buatkan hari ini!

Bayi sekecil 1 hingga 3 bulan mengalami banyak perkembangan yang pesat dari segi mental dan fizikal. Dia sudah mula kenal suara dan wajah, lebih peka kepada persekitaran, tubuhnya lebih kuat, mempunyai karakter menyerlah dan sudha pandai memberi respons kepada persekitaran.

14 Aktiviti Santai Yang Bayi Suka Ini Rupanya Bagus Untuk Perkembangannya. Mama Papa Jangan Lupa Buat

14 AKTIVITI BERMAIN DENGAN BAYI

IKLAN
  • Berikan respons kepada bayi anda dengan membuat bunyi-bunyian ‘ba ba ba ba’ atau ‘ga ga ga’ atau apa sahaja bunyi-bunyian yang disukai bayi. Anda boleh mengagah dan bercakap dengan bayi. Dengan cara ini bayi akan belajar untuk mendengardan berbual.

14 Aktiviti Santai Yang Bayi Suka Ini Rupanya Bagus Untuk Perkembangannya. Mama Papa Jangan Lupa Buat

  • Deria bayi semakin baik. Sediakan alatan permainan yang pelbagai tekstur, bentuk, saiz dan warna untuk dipegang dan diterokai.
  • Sediakan permainan yang tergantung menggalakkan bayi menggapainya.
  • Pegang mainan supaya bayi mencapainya atau ambil daripada anda. Bayi sangat suka kan permainan ini. Tapi JANGAN sekali-kali mengikat mainan pada mana-mana tempat, pastikan mainan itu dari tangan anda.
  • Tepuk tangan bayi sambil menyanyi kepadanya.

14 Aktiviti Santai Yang Bayi Suka Ini Rupanya Bagus Untuk Perkembangannya. Mama Papa Jangan Lupa Buat

  • Silangkan tangan bayi, regangkan tangannya ke luar dan ke dalam serta ke atas.
  • Gerakkan perlahan kaki bayi seperti mengayuh basikal.
  • Gunakan mainan kegemaran bayi dengan menggerakkan di depannya. Biar dia fokus dan mengikutnya. Ini baik untuk melatih mata bayi.
  • Gerakkan mainan kerincing biarkan dia mencari dari arah mana bunyi itu terhasil.

14 Aktiviti Santai Yang Bayi Suka Ini Rupanya Bagus Untuk Perkembangannya. Mama Papa Jangan Lupa Buat

IKLAN
  • Biarkan bayi menghabiskan masa meniarap untuk menguatkan leher dan bahunya. Sentiasa PANTAU bayi ketikan meniarap dan bantunya apabila dia kelihatan penat. Jangan tidurkan bayi dalam posisi meniarap kerana ia boleh meningkatkan risiko kematian bayi mengejyut atauSudden Infant Death Syndrome (SIDS).

14 Aktiviti Santai Yang Bayi Suka Ini Rupanya Bagus Untuk Perkembangannya. Mama Papa Jangan Lupa Buat

  • Buat mimik muka dan biarkan bayi menirunya. Mesti melucukan!
  • Bercakaplah kepada bayi dan biarkan dia memberikan respons kepada anda.

Permainan ini disukai bagi bayi yang normal. Sekiranya bayi mempunyai masalah pendengaran, ia boleh dikesan sekiranya tidak memberikan respons kepada permainan yang melibatkan percakapan, bunyi-bunyian.

IKLAN

14 Aktiviti Santai Yang Bayi Suka Ini Rupanya Bagus Untuk Perkembangannya. Mama Papa Jangan Lupa Buat

Mama dan papa juga perlu perhatikan sekiranya bayi overstimulated atau terlebih rangsangan. Hentikan permain untuk mengelakkan bayi terlalu penat.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI