Memulakan pengalaman baru merupakan satu situasi yang boleh membawa kesan positif dan juga negatif pada anak-anak. Biasanya anak-anak awal usia memerlukan masa untuk menyesuaikan diri untuk menghadapi situasi atau suasana baru. Sehubungan dengan itu anak-anak perlu disedikan untuk menghadapi situasi baru. Menyediakan anak anak untuk jejakan kaki pertama kali ke tadika juga merupa situasi baru yang sangat perlu diambil perhatian oleh ibubapa.
Jika tersilap langkah persediaan, anak mungkin fobia dan menangis apabila ke tadika.
Untuk elak semua ini, ibu bapa boleh cuba 14 tip ini. Moga boleh dijadikan panduan oleh ibu bapa untuk persediaan emosi dan mental anak-anak bagi menghadapi situasi baru ini.
1.Cerita rutin baru
Bercerita dengan anak anak tentang rutin baru yang bakal dilalui. Senaraikan perubahan perubahan rutin yang bakal berlaku apabila mula menjejakkan kaki ke tadika. Bercerita juga pada anak-anak tentang perkara yang tidak akan berubah dalam rutin hariannya seperti masih boleh bermain seperti biasa dan sebagainya.
Buat lawatan ke tadika
Sebelum hari pertama bermula, ibu bapa boleh bawa anak ke tadika. Biasakan anak-anak dengan suasana atau persekitaran tadika. Katakan kepadanya, tempat ini selamat dan tempat untuk bermain dan belajar.
Kata-kata motivasi
Ibubapa mesti mengurangkan perasaan takut dan bimbang untuk meninggalkan anak anak ditadika. Contohnya, “Abang pergi tadika ini,jangan nangis-nangis ye. Belajar sini best! Lepas belajar boleh bermain dengan permainan. Bila abang sudah pandai, boleh jadi macam walid! Ummi nak abang hebat ye!”. Secara psikologinya perasaan positif ibubapa akan turut membantu melahir perasaan positif dalam diri anak.
Kenalkan guru-guru
Maklumkan pada anak nama guru yang bakal mengajar atau menjaganya sepanjang diberada di tadika. Sebolehnya bawa dan perkenalkan mereka terlebih dahulu dengan guru kanak-kanak tersebut.
Dapatkan jadual dan aktiviti
Ibu bapa perlu peka dan hadir pada perjumpaan yang berhubung dengan aktiviti pada minggu orientasi. Dapatkan jadual persekolahan dan aktiviti di tadika supaya membantu memudahkan urusan menyediakan anak-anak pada hari pertama nanti.
Ads
Cerita persekitaran menarik di tadika
Berceritalah tentang suasana bilik darjah, tentang masa makan, belajar, aktiviti bermain dan masa rehat. Kebimbangan atau ketakutan akan dapat dikurangkan bila anak anak telah diberi pengalaman tentang situasi tadika.
Buat latihan sebelum hari sebenar
Lakukan latihan dirumah bagi menghadapi hari pertama di tadika. Cuba lakukan semua aktiviti aktiviti yang bakal berlaku pada hari pertama nanti seperti:
*Bangun awal (tetapkan waktu bangun yang sesuai)
*Sarapan pagi
*Persediaan beg
*Pakai uniform dengan lengkap
Ads
Persediaan ini akan membantu secara jelas kepada anak bahawa dirinya memang akan ke tadika. Bukan gurauan semata. Contohnya, “Amboi, abang hebatlah pakai baju tadika ini. Ummi nak minggu depan abang hebat ye. Tak nak nangis-nangis ye!”
8. Sentiasa ingatkan aktiviti bakal dilakukan di tadika
Sentiasa ingatkan anak-anak tentang aktiviti yang akan dilalui di tadika nanti. Jangan takutkan dengan ayat-ayat akan ditinggalkan, cikgu garang dan sebagainya. Contohnya, “Abang nak tahu, dulu Ummi suka ke tadika. Semua cikgu baik-baik. Ada macam-macam aktiviti. Tadika ni best abang,”. Ibu bapa boleh ceritakan pengalaman semasa kecik di tadika.
9. Bawa gambar ahli keluarga
Bagi mengurangkan rasa takut ditinggalkan, ibu bapa boleh memasukan masukkan gambar ahli keluarga dalam beg sekolahnya. Ini sebagai penguat untuk dirinya buat sementara waktu. Contohnya, “Jika abang rindu ummi, walid dan adik, tengok gambar tu ye. Jangan nangis. Abang kena hebat. Nanti nak jadi angkawasan!”
Ads
10. Lima minit bantu anak untuk suaikan diri di tadika
Memang benar, guru tadika akan melakukan orentasi hari pertama. Namun ibu bapa juga boleh bantu untuk mencari tempat duduk seperti meja dan kerusinya, kedudukan tandas, kedudukan tempat makan dan sebagainya. Tidak lama hanya lima minit sahaja! Cara ini tidak membuatkan anak terkejut apabila ditinggalkan nanti. Mungkin ibu bapa boleh bantu anak untuk mendapatkan kawan baru pada hari pertama persekolahannya.
Masukkan objek atau mainan kegemarannya.
Bawa permainan ke tadika tidak dibenarkan. Namun untuk hari orentasi sahaja buat sementara waktu, anda boleh minta kebenaran pihak tadika untuk membawa objek atau permainan yang disukai oleh anak untuk dimasukkan ke dalam begnya. Kanak kanak akan dapat menenangkan diri bila memegang objek atau barang yang disukainya. Namun katakan kepadanya ia hanya sementara sahaja.
Anda akan datang mengambilnya
Maklumkan pada anak bahawa dia pasti akan dijemput pulang ke rumah nanti. Pastikan anak tahu siapa yang mengambilnya pulang setelah selesai waktu persekolah. Ada anak-anak yang mahu dimaklumkan dengan tepat tentang waktu akan diambil pulang ke rumah. “Ummi akan ambil abang. Abang mesti belajar ye. Dengar cakap cikgu!”
Cerita tentang keseronokkan
Sentiasa bercerita perkara perkara yang positif dan menarik tentang tadika.Ceritalah tentang pengalaman menyeronokkan yang bakal ditempuhi nanti. Berceritalah tentang kawan-kawan, tentang aktiviti bermain dan aktiviti belajar yang terdapat di tadika
Sediakan ruang khas belajar di rumah
Sediakan ruang untuk anak dapat mempamerkan hasil kerja semasa berada di tadika. Anak anak akan merasa lebih di hargai dan menjadi lebih berminat untuk ke tadika nanti.Contohnya, “Ummi dan walid sudah belikan meja abang ni. Nanti abang boleh buat homework di sini.”
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Untuk mendidik anak-anak mengenai Islamik, ibu bapa perlu tahu teknik yang betul, bukannya takutkan anak-anak dengan cerita berdosa dan neraka.
Pernah tak kita terdengar atau kadang kita sendiri tercakap, ““Buatlah macam tu, nanti di akhirat Allah bakar dia dengan api neraka” ataupun “Eeee, kenapa cakap macam tu? Berdosa, nanti Allah marah..”.
Pada usia anak enam tahun pertama ini, kita kadangkala, secara tidak sengaja dan tidak menyedari bahawa perbuatan kita menakut-nakutkan anak-anak dengan Allah, telah mencipta satu imej negatif tentang Tuhan dalam kotak pemikiran mereka. Ayat-ayat seperti “Nanti Allah marah,” “nanti masuk neraka,” ataupun “Allah benci orang yang sebegini dan sebegini” seolah-olah mem’promosi’kan kebengisan Allah pada kanak-kanak.
Persoalannya di sini, mengapakah kita jarang mempromosikan Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang serta yang Maha Pemberi Rezeki kepada kanak-kanak? Allah hanya diletakkan sebagai penghukum apabila kita telah kehabisan daya untuk mengawal anak-anak kita.
Bagaimanapun sebagai ibu bapa kita harus membina tanggapan yang betul tentang Allah.
5 Tip membina tanggapan yang benar tentang Allah
1.Gunakan sumber yang sahih
Kita boleh menggunakan 99 nama Allah untuk memperkenalkan kanak-kanak kepada Pencipta mereka. Dengan adanya garis panduan ini, anak-anak akan didedahkan dengan persepsi yang betul tentang Tuhan mereka. Contohnya, “Allah itu Al-Khaliq, Dialah yang cipta tangan, mata, hidung dan mulut kita. Hebatkan Allah, ciptakan kita ni cantik-cantik?”
2.Ingatkan ganjaran Allah
Setiap kali anak-anak melakukan kebaikan, ingatkan tentang ganjaran yang bakal mereka terima di akhirat kelak. Contohnya, “MasyaAllah, hari ni Afiq solat dengan mama, lepas tu tolong mama susun pinggan. Mesti Allah suka tengok Afiq buat baik dengan mama dan sediakan Afiq pahala banyak-banyak di akhirat nanti!”
3.Imbangi kisah teladan
Seimbangkan kisah-kisah azab dan siksa yang menjadi pembalasan pada orang yang fasik dengan kisah-kisah ganjaran yang Allah berikan pada orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Kajian mendapati bahawa kanak-kanak mempunyai tanggapan negatif terhadap penghukum. Jadi, kita mestilah berhati-hati dalam membentuk persepsi yang betul terhadap Allah.
4.Kaitkan kejayaan mereka dengan rahmat Allah
Contohnya apabila anak kita mencapai satu kejayaan, kita boleh katakan pada mereka, “Alhamdulillah, Aiman dah usaha sungguh-sungguh. Mesti Allah nampak Aiman usaha dan Allah berikan keputusan yang baik untuk Aiman.
5.Beritahu kanak-kanak yang Allah sentiasa sayangkan mereka
Sebagaimana anak-anak perlu tahu yang mereka disayangi oleh ibubapa, pasti mereka merasa lebih selamat dan terhibur apabila mereka mengetahui yang mereka turut disayangi oleh Allah, setiap masa dan ketika.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Disangka masalah bermain mercun seperti putus jari dan sebagainya menjadi penyumbang peratusan ke wad pediatrik. Namun sangkaan itu meleset bila mana wad kanak-kanak di Hospital Besar Kuala Lumpur dipenuhi dengan kes-kes masalah pernafasan sepanjang cuti perayaan ini.
Menurut perkongsian Astro Awani, hampir 80 peratus kes kemasukan kanak-kanak ke wad pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL) dilaporkan melibatkan masalah pernafasan di musim perayaan.
Ketua Jabatan Kecemasan Kanak-Kanak HKL, Datuk Dr Alzamani Mohammad Idrose menasihatkan masyarakat mengambil langkah berjaga-jaga ketika melakukan aktiviti ziarah di musim Aidilfitri ini.
“Kes melibatkan masalah pernafasan dilihat mendominasi kali ini berbanding kes putus jari akibat mercun.
“Pihak kami menjangka kemasukan ke wad kanak-kanak terus meningkat di hari raya kedua dan ketiga,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan Hari Raya bersama Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Datuk Dr Asmayani Khalib di Wad Pediatrik Hospital Kuala Lumpur pada Sabtu.
Tambah beliau, kes terbabit melibatkan penyakit pneumonia dan bronkitis berlaku akibat akibat virus yang tersebar di udara menerusi pesakit batuk atau sentuhan dengan pesakit.
“Terdedah dalam suasana yang ramai terutama musim perayaan ini antara salah satu punca peningkatan kes.
“Kita tahu hari perayaan ramai orang dalam ziarah ini menyebabkan terdedah jangkitan kuman. Masyarakat perlu cakna mengenai isu ini,” katanya.
Bagi mencegah jangkitan katanya, pastikan meneruskan amalan membasuh tangan dan memakai pelitup muka di tempat orang ramai amat digalakkan.
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Bermain memang lumrah bagi kanak-kanak. Dengan bermain mereka dapat meneroka perkara baru dan secara tak langsung beberapa ilmu baru akan mereka pelajari. Bermain juga merupakan aktiviti semulajadi kanak-kanak.
Semasa bermain kanak-kanak berasa bebas, riang dan puas. Fikiran mereka jadi lebih tenang dan dapat melakukan aktiviti dengan lebih baik. Bermain penting untuk perkembangan kanak-kanak yang menyumbang kepada perkembangan kognitif, fizikal, sosial & kesihatan emosi mereka.