Memulakan pengalaman baru merupakan satu situasi yang boleh membawa kesan positif dan juga negatif pada anak-anak. Biasanya anak-anak awal usia memerlukan masa untuk menyesuaikan diri untuk menghadapi situasi atau suasana baru. Sehubungan dengan itu anak-anak perlu disedikan untuk menghadapi situasi baru. Menyediakan anak anak untuk jejakan kaki pertama kali ke tadika juga merupa situasi baru  yang sangat perlu diambil perhatian oleh ibubapa.

14 Tip Siap Sedia Hari Pertama Ke Tadika. Ini Penting Elak Anak Fobia Dan Menangis

Jika tersilap langkah persediaan, anak mungkin fobia dan menangis apabila ke tadika.

Untuk elak semua ini, ibu bapa boleh cuba 14 tip ini. Moga boleh dijadikan panduan oleh ibu bapa untuk persediaan emosi dan mental anak-anak bagi menghadapi situasi baru ini.

1.Cerita rutin baru

Bercerita dengan anak anak tentang rutin baru yang bakal dilalui. Senaraikan perubahan perubahan rutin yang bakal berlaku apabila mula menjejakkan kaki ke tadika. Bercerita juga pada anak-anak tentang perkara yang tidak akan berubah dalam rutin hariannya seperti masih boleh bermain seperti biasa dan sebagainya.

  1. Buat lawatan ke tadika

Sebelum hari pertama bermula, ibu bapa boleh bawa anak ke tadika. Biasakan  anak-anak dengan suasana atau persekitaran tadika. Katakan kepadanya, tempat ini selamat dan tempat untuk bermain dan belajar.

  1. Kata-kata motivasi

Ibubapa mesti mengurangkan perasaan takut dan bimbang untuk  meninggalkan anak anak ditadika. Contohnya, “Abang pergi tadika ini,jangan nangis-nangis ye. Belajar sini best! Lepas belajar boleh bermain dengan permainan. Bila abang sudah pandai, boleh jadi macam walid! Ummi nak abang hebat ye!”. Secara psikologinya perasaan positif ibubapa akan turut membantu melahir perasaan positif dalam diri anak.

  1. Kenalkan guru-guru

Maklumkan pada anak nama guru yang bakal mengajar atau menjaganya sepanjang diberada di tadika. Sebolehnya bawa dan perkenalkan mereka terlebih dahulu dengan guru kanak-kanak tersebut.

  1. Dapatkan jadual dan aktiviti

Ibu bapa perlu peka dan hadir pada perjumpaan yang berhubung dengan aktiviti pada minggu orientasi. Dapatkan jadual persekolahan dan aktiviti di tadika supaya membantu memudahkan urusan menyediakan anak-anak pada hari pertama nanti.

IKLAN
  1. Cerita persekitaran menarik di tadika

Berceritalah tentang suasana bilik darjah, tentang masa makan, belajar, aktiviti bermain dan masa rehat. Kebimbangan atau ketakutan akan dapat dikurangkan bila anak anak telah diberi pengalaman tentang situasi tadika.

  1. Buat latihan sebelum hari sebenar

Lakukan latihan dirumah bagi menghadapi hari pertama di tadika. Cuba lakukan semua aktiviti aktiviti yang bakal berlaku pada hari pertama nanti seperti:

*Bangun awal (tetapkan waktu bangun yang sesuai)

*Sarapan pagi

*Persediaan beg

*Pakai uniform dengan lengkap

IKLAN

Persediaan ini akan membantu secara jelas kepada anak bahawa dirinya memang akan ke tadika. Bukan gurauan semata. Contohnya, “Amboi, abang hebatlah pakai baju tadika ini. Ummi nak minggu depan abang hebat ye. Tak nak nangis-nangis ye!”

8. Sentiasa ingatkan aktiviti bakal dilakukan di tadika

Sentiasa ingatkan anak-anak tentang aktiviti yang akan dilalui di tadika nanti. Jangan takutkan dengan ayat-ayat akan ditinggalkan, cikgu garang dan sebagainya. Contohnya, “Abang nak tahu, dulu Ummi suka ke tadika. Semua cikgu baik-baik. Ada macam-macam aktiviti. Tadika ni best abang,”. Ibu  bapa boleh ceritakan pengalaman semasa kecik di tadika.

9. Bawa gambar ahli keluarga

Bagi mengurangkan rasa takut ditinggalkan, ibu bapa boleh memasukan masukkan gambar ahli keluarga dalam beg sekolahnya. Ini sebagai penguat untuk dirinya buat sementara waktu. Contohnya, “Jika abang rindu ummi, walid dan adik, tengok gambar tu ye. Jangan nangis. Abang kena hebat. Nanti nak jadi angkawasan!”

IKLAN

10. Lima minit bantu anak untuk suaikan diri di tadika

Memang benar, guru tadika akan melakukan orentasi hari pertama. Namun ibu bapa juga boleh bantu untuk mencari tempat duduk seperti meja dan kerusinya, kedudukan tandas, kedudukan tempat makan dan sebagainya. Tidak lama hanya lima minit sahaja! Cara ini tidak membuatkan anak terkejut apabila ditinggalkan nanti. Mungkin ibu bapa boleh bantu anak untuk mendapatkan kawan baru pada hari pertama persekolahannya.

  1. Masukkan objek atau mainan kegemarannya.

Bawa permainan ke tadika tidak dibenarkan. Namun untuk hari orentasi sahaja buat sementara waktu, anda boleh minta kebenaran pihak tadika untuk membawa objek atau permainan yang disukai oleh anak untuk dimasukkan ke dalam begnya. Kanak kanak akan dapat menenangkan diri bila memegang objek atau barang yang disukainya. Namun katakan kepadanya ia hanya sementara sahaja.

  1. Anda akan datang mengambilnya

Maklumkan pada anak bahawa dia pasti akan dijemput pulang ke rumah nanti. Pastikan anak tahu siapa yang mengambilnya pulang setelah selesai  waktu persekolah. Ada anak-anak yang mahu dimaklumkan dengan tepat tentang waktu  akan diambil pulang ke rumah. “Ummi akan ambil abang. Abang mesti belajar ye. Dengar cakap cikgu!”

  1. Cerita tentang keseronokkan

Sentiasa bercerita perkara perkara yang positif dan menarik tentang tadika.Ceritalah tentang pengalaman menyeronokkan yang bakal ditempuhi nanti. Berceritalah tentang kawan-kawan, tentang aktiviti bermain dan aktiviti belajar yang  terdapat di tadika

  1. Sediakan ruang khas belajar di rumah

Sediakan ruang untuk anak dapat mempamerkan hasil kerja semasa berada di tadika. Anak anak akan merasa lebih di hargai dan menjadi lebih berminat untuk ke tadika nanti.Contohnya, “Ummi dan walid sudah belikan meja abang ni. Nanti abang boleh buat homework di sini.”

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI