Fasa selepas bersalin atau lebih dikenali sebagai berpantang dalam masyarakat Melayu memberikan peluang ibu melalui proses penyembuhan dan perubahan hormon. Dalam tempoh ini juga, ramai yang akan turun berat badan semasa hamil seperti Che Puan Sarimah, turun hingga 8kg.
Artikel berkaitan: 4 Tahun Menunggu, Kelahiran Tunku Sofia Najihah Pelengkap Bahagia CP Sarimah & Suami
Sarimah dalam kemaskini Instagram berkongsi tentang perkembangan terkini dirinya dan si kecil Tunku Sofia Najihah. Ibu ini juga menyatakan bahawa cara pantang yang dilalui iaitu berurut setiap hari, bertungku dan bersauna pula setiap dua hari sekali.
Pengacara popular ini juga mengamalkan penyusuan susu ibu. Tambahnya, Tunku Sofia Najihah adakala kuat menyusu.
Terkini Sarimah mengakui emosi semasa berpantang akibat perubahan hormon turut dirasai dan ia adalah normal bagi ibu selepas bersalin.
Selain itu, wanita kacukan Irish & Melayu ini juga mendedahkan bahagian perut semakin rata dan lembut. Sarimah yang serinhg melakukan rutin senaman bersemangat untuk mula bersenam semula selepas tempoh berpantang nanti.
Sumber: sarimahibrahim
Artikel berkaitan: Sarimah Ikut Pantang Tradisional. Bertungku & Berurut Kekalkan Kesihatan Dalaman