Wanita apabila mempunyai anak memang seorang yang hebat. Mugkin ada yang tak perasan tapi kata-kata ini bukti anda memang ibu yang hebat. Mana satu diri anda?
Seorang wanita apabila sudah bergelar ibu, memang akan obses dengan anak-anaknya. Kebahagiaan seorang ibu dapat dilihat pada cara dia melayan kerenah anak-anaknya.
Memang ibu bukanlah manusia yang sempurna tetapi ibu sentiasa berusaha lakukan yang terbaik untuk anak-anaknya. 15 kata-kata ini sebahagian daripada karektor wanita bergelar ibu.
1. Seorang ‘superwoman’
Kredit foto : Instagram Nora Danish
2. Gambar anak segalanya bagi ibu
3. Sentiasa berusaha nak gembirakan hati anak
Ads
4. Mudah ‘cair’ bila dengan anak
5. Ketawa anak sudah cukup bahagiakan ibu
6. Sentiasa mahu yang terbaik untuk anak
7. Tak kisah beralah demi anak
Ads
8. Sentiasa bersifat melindungi anak
Kredit foto: Instagram Farahanim Razak
9. Sanggup berhabis wang ringgit
10.Walau letih tetap bahagia
Ads
11. Suka shopping baju anak
12. Sanggup berkorban apa sahaja
Kredit foto: Instagram Diana Rafar
13. Sentiasa doakan anak-anak
14. Sanggup menahan sakit
15. Ibu sentiasa di hati anak-anak
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hujah agama, yang diguna pakai golongan profesional bukan daripada bidang perubatan dan penjual produk alternatif, mengenai keburukan vaksin adalah antara punca ramai ibu bapa menolak pengambilan vaksin untuk kesihatan anak mereka, kata seorang pakar perubatan kesihatan awam.
Prof Madya Dr Malina Osman dari Jabatan Mikrobiologi dan Parasitologi Perubatan Universiti Putra Malaysia, berkata ibu bapa yang termakan hujah kedua-dua golongan itu tidak lain hanya akan menyukarkan tugas kerajaan menangani kes penyakit kerintangan vaksin yang direkod meningkat saban tahun.
Ibu Bapa Tertipu Dengan Hujah Antivaksin
Ramai ibu bapa tertipu dengan hujah antivaksin oleh golongan berpendidikan namun bukan daripada bidang perubatan, mereka ini datang dari kepelbagaian latar belakang pengetahuan yang ditimba di luar dan dalam negara menyebabkan fakta-fakta kritikal berkaitan isu perubatan disalah tafsir (contohnya data berkaitan statistik dan inferen sesuatu penyelidikan) membuatkan masyarakat memandang vaksin membawa keburukan.
Penjual Tidak Bertauliah Hanya Ingin Popularkan Produk Alternatif Vaksin
Ini termasuklah hujah dipakai golongan penjual tidak bertauliah yang mempopularkan produk alternatif vaksin di pasaran, dan tak dinafikan di situ wujud unsur-unsur perniagaan yang mengutamakan keuntungan disandarkan atas nama kesihatan. Jika kita tengok di sebuah negara jiran sebelum ini, wujud sindiket penjualan vaksin palsu, jadi kita perlu ambil iktibar,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, yang berkata wujud kumpulan dan individu yang menggunakan pelbagai platform termasuk media sosial untuk menyebarkan berita palsu mengenai keburukan vaksin terhadap orang ramai, seperti yang dilaporkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris, baru-baru ini.
Tiada Pembabitan Haiwan Haram Dalam Vaksin
Golongan antivaksin cenderung menggunakan hujah agama seperti isu penggunaan bahan tidak halal, sedangkan isu berkenaan sudah lama diatasi menggunakan teknik kejuruteraan sel yang menghasilkan vaksin tanpa pembabitan haiwan yang haram di sisi syarak.
Mereka cenderung mengklasifikasikan sebahagian besar bahan digunakan dalam vaksin berasal daripada bahan bertoksik dan haiwan yang haram di sisi syarak, walhal anggapan itu tanpa asas bukti penyelidikan yang kukuh.
Ujian Klinikal
Kesemua vaksin yang dihasilkan perlu melalui sistem penghasilan yang ketat serta didokumenkan setiap proses, dos dan kesan sampingannya. Ujian klinikal membabitkan ribuan responden daripada pelbagai kawasan geografi dan ia terbukti menghasilkan antibodi melawan penyakit berbahaya dengan izin Tuhan.
Kaedah Ditetapkan Syarak
Beliau berkata pendekatan terhadap perubatan bagi penganut beragama Islam perlulah menepati kaedah ditetapkan syarak antaranya mendahulukan kepentingan nyawa, yang penggunaan vaksin terbukti mampu melawan penyakit berbahaya seperti campak, batuk kokol dan tetanus atau penyakit kejang urat.
“Lepas operation ingatkan dah ok tapi rupanya masih sakit. Bila check balik doktor kata demam. Check darah dan x-ray, doktor kesan ada jangkitan pada paru-paru. Bacaan CRP Ayu dah 30, normal patutnya 5. Terus kena tahan kat wad HDU sebab tak boleh bernafas dan dada rasa ketat sangat.”
Ayu duduk wad selama 11 hari termasuk di wad HDU, kena tebuk, makan antibiotik untuk rawat jangkitan kuman kat paru-paru. Kira dalam tempoh tu dah settle la rawatan. Bila bacaan CRP dah turun jadi 19 , Ayu dah boleh balik rumah. Kira dah sihatlah.
Lepas balik rumah lima hari, tiba-tiba rasa sakit semula. Rasa macam nak jatuh. Tak boleh berdiri, tak boleh berjalan. Pergi hospital balik, doktor check buat CT scan kat perut, everything semua clear cuma infection tu baru nak pergi. Kira tak teruk lagi. Jadi kena tahan wad lagi seminggu untuk makan antibiotik.
Tu yang anak tak boleh menyusu sebab masa tu susu dah jadi racun. BILA pam susu jadi warna hijau kebiru-biruan sebab macam-macam ubat masuk dalam badan kita,” ceritanya tentang punca terpaksa menghentikan penyusuan Laura
Walaupun sedih sebab terpaksa menghentikan penyusuan susu ibu pada si kecil dan menggantikan dengan susu formula tetapi Ayu bersyukur kerana sepanjang tempoh dia sakit, bayinya mudah untuk minum susu formula sebagai gantian.
“Sampai sekarang dah tak boleh menyusu sebab lepas keluar wad, Ayu masih lagi kena sambung makan antibiotik. Lepas habis antibiotik, susu badan dah kering sebab hampir sebulan tak menyusukan baby kan.”
Rupanya Ayu bukan sekadar kena penyakit apendiks biasa tetapi selepas pembedahan membuang apendiksnya yang sudah pecah dia bertarung nyawa pula kerana terkena jangkitan kuman pada paru-paru dan terpaksa menghentikan penyusuan bayinya.
Menurut ibu kepada tiga cahayamata, Aisy Qaiser, Aisy Aryan dan Laura Zuleykha, penyakit apendiks yang dihidapinya dikesan secara tiba-tiba sahaja tanpa sebarang petunjuk.
“Satu hari tu tiba-tiba Ayu rasa sakit perut dan mual-mual. Ingatkan pregnant sebab rasa nak muntah. Lepas tu bila muntah teruk sangat sampai keluar muntah hijau.
Zaquan ajak pergi klinik, bila check doktor bagi ubat angin je. Bila rasa makin sakit terus pergi hospital dan dihantar ke wad emergency. Doktor terus suruh admit sebab detect ada apendiks yang dah pecah. Esoknya baru buat operation,” cerita Ayu yang menjalani pembedahan pada 11 Januari lalu dan keluar dari hospital pada awal Februari lepas.
Siapa sangka pelakon jelita Ayu Raudhah baru sahaja sembuh daripada kesakitan yang dirasakan seperti berada di ambang maut.
Bila diberi ujian sakit, Ayu rasa insaf apatah lagi dia yang sebelum ini sihat dan tiada sebarang tanda sakit tiba-tiba ditahan masuk hospital dan terus tiada keupayaan.
Katanya dia memang tidak berkongsi masalah sakit yang dihadapi di laman Instagram peribadinya kecuali selepas sembuh. Itupun kerana dia mahu berkongsi dengan pengikutnya kelebihan bila mempunyai insurans peribadi kerana kos rawatan untuk penyakit di hospital swasta sekarang amatlah tinggi.
“Pentingnya ada insurans untuk diri sendiri dan anak-anak terutamanya. Jumlah kos pembedahan Ayu dan rawatan jangkitan paru-paru di hospital hari tu lebih daripada RM50,000. Alhamdulillah Ayu ada insurans yang cover semua,” katanya yang turut lega dan boleh fikir tentang diri sendiri bila ibunya sendiri yang membantu menjaga anak-anaknya.
Ayu yang ditemui dalam majlis pelantikan kakanya selebriti Rozita Che Wan sebagai duta produk serum Nell Aesthetica di sebuah hotel di ibu negara semalam, sempat berpesan kepada semua peminatnya supaya segera pergi berjumpa doktor di hospital kalau sakit. Jangan pandai-pandai makan ‘painkiller’ sendiri sebab itu cuma untuk tahan sakit seketika sahaja.
Ramai ibu ayah yang menyangka anak montel itu sihat. Pipinya tembam, tubuhnya berisi, nampak comel bila bergambar. Namun, tidak semua montel itu tanda sihat. Kisah yang berlaku kepada seorang anak kecil berusia 3 tahun ini seharusnya dijadikan pengajaran buat semua ibu bapa.
Di sebalik tubuhnya yang kelihatan sihat dan ceria, si kecil itu rupa-rupanya disahkan menghidap diabetes jenis 2. Puncanya? Pemakanan harian yang dipenuhi dengan makanan segera sejuk beku seperti nuget dan sosej.
Menurut perkongsian seorang wanita di laman Threads, perkara itu diketahui selepas berbual dengan seorang pengasuh. Katanya, ibu bapa kanak-kanak tersebut sendiri membekalkan stok nuget dan sosej setiap dua minggu untuk dimasak oleh pengasuh.
“Bayangkan, budak tu tak pernah makan nasi. Badannya montel, ceria, nampak sihat. Tapi siapa sangka, dia sebenarnya menghidap diabetes,” jelas wanita itu.
Lebih membimbangkan, makanan ruji seperti nasi langsung tidak disentuh, sebaliknya diganti dengan makanan ringan dan manis yang hampir tiada khasiat.
Keadaan itu membuatkan pengasuh bimbang, lalu menasihatkan ibu bapa supaya lebih peka. Namun, segalanya sudah terlambat apabila kanak-kanak kecil itu akhirnya disahkan menghidap diabetes dan kini perlu menjalani rawatan serta pemeriksaan berkala di hospital.
Bayangkan, pada usia sekecil 3 tahun, anak sudah terpaksa menanggung penyakit kronik yang biasanya dikaitkan dengan orang dewasa. Kasihan!
Pakar kesihatan sering mengingatkan bahawa makanan segera tidak sepatutnya dijadikan pilihan harian untuk anak-anak. Ia hanya sesuai dimakan sekali-sekala, bukan sebagai menu utama.
👉 Biasakan anak dengan makanan sebenar (real food) – nasi, sayur, buah, ayam rebus atau sup. 👉 Elakkan terlalu kerap memberi makanan ultra-proses seperti nuget, sosej, burger atau jajan. 👉 Peka dengan tanda awal diabetes pada kanak-kanak – kerap haus, kerap kencing, cepat letih dan berat badan naik mendadak. 👉 Lakukan pemeriksaan kesihatan berkala bagi memastikan anak membesar dengan sihat.
Kasih sayang pada anak bukan sekadar memastikan mereka kenyang, tetapi memastikan mereka mendapat makanan yang berkhasiat untuk tumbesaran sihat. Jangan kerana mahu mudah dan cepat, kita korbankan kesihatan anak yang tidak ternilai.