Bersalin adalah satu proses yang penuh keajaiban bagi wanita yang bergelar ibu. Untuk menghadapinya, ibu perlu bersedia, bukan sekadar fizikal tetapi mental.
Mawar Rashid yang baru bergelar ibu buat pertama kali melalui proses kehamilan dan kelahiran yang lancar. Dia yang menyambut kelahiran Raden Muhamad Rafael pada 13 Mac lalu melahirkan buat si kecil berat 3.4kg.
Mawar yang muncul dalam rancangan TV Pa&Ma Musim Keempat Episod 12: Mudahnya Bersalin + Persediaan Ke Hospital berkongsikan cerita tentang kelahiran putera sulungnya Raden Muhammad Rafael.
Mawar yang mendirikan rumah tangga pada November 2017 ini dengan Raden Ahmad Faizal Yaakob (Raf) tidak mengalami apa-apa alahan semasa hamil. Bagaimana pun berat badan Mawar nak mendadak semasa di trimester ketiga hingga dia bersedia sekiranya perlu bersalin secara pembedahan.
Suami yang prihatin, Raf cukup prihatin dengan kehamilan isteri. “Berat badan bayi semakin meningkat. Saya takut kalau baby naik berat sampai 3.5kg atau 3.7kg, 4kg, ia akan menjadi masalah kepada Mawar kerana badan Mawar kecil.
“Hinggalah kandungan hampir memasuki minggu ke-39, kami berjumpa doktor dan berbincang untuk indius kerana bayi besar. Doktor tanya, are you sure? Doktor juga periksa Mawar dan tersenyum memberitahu kami tak perlu indius kerana bukaan sudah 2cm,” kata Raf dalam Pa&Ma TV.
5CM DOKTOR PECAHKAN KETUBAN
Mawar turut mengimbas detik cemas kelahiran apabila bukaan serviks semakin besar dan kesakitan yang dirasakan semakin kuat.
“Pada keesokan harinya. Apabila diperiksa bukaan sudah 4cm. Lepas pukul 7, doktor datang cek bukaan dah 5cm dan doktor pecahkan ketuban. Kemudian barulah Mawar rasa kontraksi yang betul-betul sakit.”
Peranan Raf dalam proses bersalin sangat membantu Mawar. “Raf remind Mawar kalau sakit je jangan tahan. Terus push. Selepas Mawar lakukannya beberapa kali dalam masa sejam, bukaan daripada 6cm terus bertambah hingga doktor kata ready to push,” kata Raf dan Mawar.
15 MINIT PUSH, RAFAEL LAHIR
Waktu yang diperlukan untuk Mawar meneran juga singkat iaitu dalam masa 15 minit sahaja sebelum lahir cahaya mata pertamanya itu.
Mawar berkongsi yang dia banyak bersenam semasa hamil. Dia banyak ke gymnasium Bersama suami untuk melakukan senama ringan. Kata Mawar, bila wanita hamil, mesti aktifkan diri. Jangan hanya terbaring je dalam bilik. Ia boleh menyebabkan urat-urat tegang dan menyebabkan susah melahirkan.
SUAMI MESTI TUMPU 200%
Raf juga turut berkongsi bahawa peranan suami sangat penting semasa isteri bersalin. “Kalau isteri nak bersalin kena focus 100%, para suami kena focus 200%. Sebagai suami kena banyak ingatkan dan tenangkan. Jangan pula suami yang panik. Paling penting masa isteri dah panik dan takut, cuba tenangkan.
PERSIAPAN BUKAN SETAKAT BELI BARANG BAYI
Mawar juga turut berkongsi tip bagaimana untuk menjadi tenang semasa proses bersalin dan membuat persiapan menempuhi kelahiran bayi. Bagi anda yang ingin mengetahui lebih lanjut apa persediaan yang Mawar & Raf lakukan, boleh ikuti dalam rancangan dalam rancangan TV Pa&Ma Musim Kelima Episod 12: Mudahnya Bersalin + Persediaan Ke Hospital yang ke udara pada 28 Mei 2019 di Astro Prima & Astro Prima HD jam 12 tengah hari dan ulangannya 9 malam.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI