Kecekalan dan ketabahan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar dalam usaha baginda mendapat zuriat wajar menjadi sumber inspirasi dan contoh buat wanita di negara ini.
Bukan sekali, sebaliknya enam kali baginda menghadapi keguguran sepanjang 16 kali melalui proses rawatan kesuburan, termasuk persenyawaan tabung uji (IVF) serta Intra-cytoplasmic sperm injection (ICSI), dan terpaksa menanti kira-kira 10 tahun untuk kelahiran cahaya mata.
Saerah Ali, 85, yang berkhidmat dengan Tunku Azizah sejak 1986 hingga kini, berkata walaupun Tunku Azizah berdepan dengan ujian dalam mendapatkan zuriat, beliau tidak pernah sesekali melihat baginda berputus asa.
“Keguguran pertama berlaku ketika kandungan sudah berusia dua atau tiga bulan. Tuanku kuat menghadapi ujian itu sehingga kami yang bekerja di samping baginda yang bimbang bagaimana caranya hendak menceriakan baginda.
“Baginda menyibukkan diri dan tidak mahu duduk sahaja semasa dalam pantang. Memandangkan baginda tidak boleh banyak bergerak, baginda menitahkan supaya kerja yang perlu dilakukan, dibawa kepada baginda supaya boleh dilakukan di katil,” katanya.
Ads
Saerah, yang merupakan satu-satunya daripada ‘the golden girls’ tiga pembantu asal Tunku Azizah yang masih tinggal, menambah perkara itu tidak asing kerana Tunku Azizah sememangnya dikenali sebagai ‘seorang yang aktif’.
Ujian yang dihadapi dalam mendapatkan zuriat dan pengalaman menjalani rawatan kesuburan, memberi ilham kepada Tunku Azizah untuk menubuhkan Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF) pada Ogos 2004 bagi membantu wanita-wanita yang melalui dugaan seperti baginda.
Setiausaha Agung TAFF, Datuk Hamimah Abdul Karim, 69, berkata setakat ini, TAFF sudah ‘melahirkan’ 115 anak yang digelar baginda ‘sebagai cucu baginda’.
Ads
”(Ketika) Baginda mula mengumpul bahan untuk menulis buku masakan sekitar tahun 2003, dan bertanya jika saya jual buku ini, ke mana duitnya hendak pergi? Dari situ baginda mendapat ilham untuk menubuhkan TAFF.
“TAFF adalah bukti sifat empati Tuanku dengan wanita senasib dengan baginda. Kini baginda adalah nenek, ninda, popo dan amma kepada semua 115 cucu TAFF kerana bantuan ini diberikan kepada semua tanpa mengira kaum,” katanya.
Ads
Hamimah berkongsi cerita bahawa Tunku Azizah pernah berjanji akan mencurahkan jiwa dan raga baginda dalam aktiviti kebajikan kepada rakyat Pahang selepas mendapat zuriat, yang kemudian baginda dikurniakan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah pada 1995.
Hamimah berkata Tunku Azizah selepas dianugerahkan pasangan kembar Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah dan Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah pada 2000, berazam untuk ‘menggandakan’ aktiviti kebajikan baginda kepada rakyat.
Tunku Azizah yang dimasyhurkan sebagai Tengku Ampuan Pahang Selasa lalu, mendirikan rumah tangga dengan Sultan Pahang keenam, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 6 Mac 1986 dan mempunyai sembilan cahaya mata.
Hari ini, rakyat Malaysia menyaksikan pengisytiharan Ketua Negara baharu apabila Al-Sultan Abdullah mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 dalam satu istiadat di Istana Negara. – BERNAMA
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Niat pasangan suami isteri membawa dua anaknya bercuti pada hujung minggu ke taman tema air berakhir tragedi apabila anak sulungnya ditemui lemas.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang, mangsa Muhamad Uzir Amri Muhamad Nur Fiqri Zakaria, 4, dikeluarkan dalam keadaan lemah dari salah sebuah kolam renang dewasa oleh orang ramai.
Ibu mangsa Norshazela Rosli,27, berkata, anak sulung daripada dua beradik itu dilihat begitu teruja untuk mandi-manda sejak beberapa bulan lalu selepas memberitahu hasrat mengunjungi taman tema air itu.
Menurutnya, dia tidak menyangka kejadian itu menimpa anaknya kerana percutian yang dirancang sejak minggu lalu adalah hajat arwah untuk mandi di situ.
Katanya, dia bersama suaminya bertolak dari rumah di Kulai, Johor kira-kira jam 10 pagi sebelum tiba di taman tema tersebut pada jam 1 petang.
“Memang dari dulu arwah nak sangat bercuti di taman tema air dan kami tunaikan hajatnya namun ini yang berlaku. Saya reda dengan ketentuan takdir Allah.
“Ketika sampai di tama tema air arwah begitu seronok dan tak sabar nak mandi serta cepat-cepat tukar baju.
“Sebagai ibu saya tak minta insiden ini terjadi dan percaya kehidupannya di sana lebih baik,” katanya ketika ditemui di pekarangan Forensik Hospital Melaka.
Nor Shazelah berkata, sebelum ini dia tidak sedap hati untuk bercuti sehingga ada rakannya menegur apabila dia suarakan rasa itu.
“Rakan kata sepatutnya saya gembira nak bercuti, tetapi sebaliknya. Memang saya tidak sangka rasa yang saya alami itu petanda kejadian ini,” katanya.
Norshazela yang juga mempunyai seorang lagi anak, Muhamad Uzir Amsyar, 1, memaklumkan akan mengebumikan jenazah anaknya di kampung halaman suami di Felda Bukit Ramun Kulai, Johor.
Menurutnya, dia juga perlu kuatkan semangat menerima kehilangan anak sulung daripada dua beradik itu kerana suaminya, Muhamad Nur Fiqri Zakaria, 29, lebih terkesan disebabkan rapat dengan arwah.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad mengesahkan kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima 9 tahun dilaporkan maut di rumahnya di Kabupaten Ciamis, Jawa Barat pada Rabu. Mangsa dipercayai maut berpunca dari letupan telefon bimbit milik ibunya.
Menurut Ketua Kampung, Dedi, kejadian berlaku sebaik sahaja mangsa pulang dari sekolah sekitar jam 2 petang, lapor Kompas. Ketika itu, ibu mangsa mengajaknya makan sebelum dia keluar rumah untuk membeli makanan untuk mangsa.
Dia mendakwa, mangsa terus bermain dengan telefon bimbit yang masih bersambung dengan pengecas sebaik sahaja ibunya keluar. Ketika pulang dari membeli makanan, ibu mangsa mendapati mangsa sudah tidak bernyawa dan berada dalam posisi terbaring.
Menurutnya lagi, mangsa dipercayai tertidur semasa bermain telefon itu melihat dari posisi telefon yang masih berada pada dada mangsa. Telefon bimbit itu dipercayai ‘meletup’ melihat daripada luka terbakar pada dada mangsa.
Sementara itu, menurut ibu mangsa, pengecas telefon bimbit tersebut masih berada dalam keadaan elok dan disambungkan pada plug, namun tidak ada kesan terbakar pada kedua-dua bahagian plug dan kabel.
Rezeki anak yatim! Siapa sangka si kembar yang dilahirkan pada 31 Mac lalu tanpa sempat merasa kasih sayang seorang ibu kini menjadi perhatian pihak Istana Kelantan selepas tular kisah Medina Safiya dan Medina Sofiya sebelum ini.
Kisah Safiya dan Sofiya menjadi perhatian kerana ramai yang bersimpati dengan nasib kembar ini yang kini hanya menumpang kasih dengan ayah dan ahli keluarga sebelah ibu dan ayahnya selepas kehilangan ibu akibat komplikasi ketika bersalin.
Betullah orang kata, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Cuma kita tak tahu sejauh mana rezeki yang lain pula Allah janjikan.
Namun apa yang membuatkan Safiya dan Sofiya menjadi perhatian kerana ayahnya sentiasa memuat naik perkembangan terbaru si kembar ini.
Syazwan Najmi Zulkarni, 23, tanpa rasa kekok boleh menjaga dengan baik amanah isterinya walaupun tiada pengalaman. Lagi buatkan ramai kagum kerana dua-dua cukup rapat.
Dalam perkongsian terbaru Syazwan Najmi, dia cukup terharu kerana Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra dan isteri, Yang Berbahagia Cik Puan Sofie Louise Johansson sudi turun padang melawat dan bermesra dengan anak kembarnya.
Daulat Tuanku
Kami hamba rakyat tuanku pacar yang hina ini menjunjung ampun mengucapkan ribuan terima kasih kepada ; Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra dan isteri Yang Berbahagia Cik Puan Sofie Louise Johansson di atas kunjungan kasih hamba rakyat,bertemu anak hamba iaitu Medina Safiya dan Medina Sofiya
Safiya dan Sofiya disayangi ramai
Menerusi ruangan komen pada posting yang dikongsikan oleh Syazwan Najmi, ramai yang gembira melihat rezeki anak kembarnya. Di sebalik ujian mereka kehilangan seorang ibu, Allah gantikan mereka dengan kasih sayang dari orang ramai.
Walaupun tanpa ikatan persaudaraan, semua yang mengikuti kisah si kembar ini sayang pada mereka.
Mengimbau kembali kisah si kembar yang mirip arwah ibunya, Siti Nur Nasuha Shafie, selepas dilahirkan mereka tak sempat merasa pelukan seorang ibu kerana waktu itu ibunya mengalami komplikasi dalaman dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Setelah dua minggu bertarung nyawa, pada 14 April akhirnya Allah ambil selama-lamanya ibu muda ini. Ketika dilahirkan Safiya dan Sofiya dikategorikan bayi pra matang dan terpaksa diletakkan dalam jagaan pihak hospital.
Kini perkembangan mereka cukup membuatkan sesiapa sahaja terhibur kerana dah semakin montel dan banyak akal.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.