18 Bulan Masih Belum Boleh Bercakap Perkataan Difahami, Ibu Ayah Patut Risau. Jangan Tunggu!

Share

Anak 12 hingga 18 bulan masih belum hasilkan perkataan yang boleh difahami/ bermakna. Keadaan ini memang perlu dibimbangi! Ketahui 7 faktor yang biasa menjadi penyebab kegagalan ini.

Menurut Nawal Mohd Shafie, Juruterapi Bahasa dan Pertuturan Pediatrik, Sunway Medical Centre, komunikasi merupakan proses pertukaran maklumat di antara dua pihak dan ia amat mustahak untuk memenuhi segala keperluan dan kehendak.

Komunikasi yang efektif memerlukan seseorang yang berkebolehan dalam memahami sesuatu perkara sebelum berupaya untuk bertutur mengenai sesuatu. Kemahiran berkomunikasi sudah mula berkembang sejak usia bayi lagi dan diperoleh secara berperingkat mengikut peringkat umur yang tertentu.

Umur Kemahiran Bahasa & Pertuturan Normal Anak
0-6 bulan -Melihat ke arah bunyi.

-Menghasilkan bunyi-bunyi yang berlainan seperti ‘uuuu’ dan ‘aaaa’ dan bunyi ini membawa maksud yang berlainan.

7-11 bulan -Banyak ‘membebel’  iaitu menghasilkan bunyi seperti ‘mamama’ dan ‘papapa’ untuk kebanyakan situasi.

-Mula memahami beberapa perkataan mudah seperti ‘bye’, ‘jom’ dan ‘jangan’

-Mula meniru bunyi mudah seperti bunyi haiwan dan bunyi kenderaan

1 tahun – Memahami sekurang-kurangnya 10-25 patah perkataan.

-Boleh mengenalpasti anggota badan yang asas (Contohnya tangan, kaki, perut, mata, mulut dan sebagainya).

-Boleh memanggil ibu bapa dan ahli keluarga yang terdekat.

-Menggunakan kata-kata sosial seperti (‘hi’ dan ‘bye’)

2 tahun Memahami sekurang-kurangnya 50 patah perkataan.

-Boleh mengikut arahan tanpa bantuan isyarat.

-Menggunakan 2-3 patah perkataan dalam satu ayat.

3 tahun – Mula memahami soalan ‘apa’, ‘siapa’ dan ‘mana’

-Mula memahami konsep mudah seperti ‘warna’ dan ‘saiz’

-Menggunakan sekurang-kurangnya 3-4 perkataan dalam satu ayat

4-5 tahun -Memahami arahan yang lebih panjang dan kompleks (melibatkan penggunaan konsep)

– Menggunakan ayat yang lebih panjang dengan kata hubung yang tepat untuk berkomunikasi ( lebih daripada 5 perkataan).

-Bunyi pertuturan (konsonan) 90% jelas.

 

Jika  kanak-kanak tidak memperoleh kemahiran tersebut mengikut peringkat umur yang sepatutnya, dia boleh diKATEGORIKAN sebagai mengalami ‘speech and language delay’ atau ‘lambat bercakap’.

7 FAKTOR PENYEBAB ANAK LAMBAT BERCAKAP

#1 Masalah pendengaran.

#2 Masalah struktur (contoh: sumbing lelangit dan bibir).

#3 Masalah neurologi (contoh: Epilepsi/Sawan).

#4 Bayi yang lahir secara pra-matang.

#5 Kecelaruan spektrum autisme.

#6 Penyakit sindrom seperti sindrom Down, sindrom Fragile X.

#7 Faktor persekitaran seperti kekurangan stimulasi bahasa, penggunaan gajet yang berlebihan.

Bercakap menggunakan bahasa isyarat semasa kanak-kanak masih bayi tidak menyebabkan masalah ‘lambat bercakap’. Tetapi, ibu bapa perlu ingat setiap bahasa isyarat yang digunakan perlu disertakan dengan percakapan (melabel bahasa isyarat tersebut).

Published by
Azma ML