Memang risau kalau anak mengadu sakit tekak, lagi-lagi bila mula hilang selera nak makan kerana rasa tak selesa. Tambahan kita masih risau dengan pelbagai jenis virus yang ada seperti Covid-19 yang masih belum reda, takut juga sakit tekak tu salah satu simptomnya,
Dengan cuaca yang tidak menentu sekarang ni, bukan anak-anak saja tapi kita yang dewasa pun mudah sangat mengalami kering tekak. Segala jenis lozenge kita dah makan, tetap tak lega juga. Bukan anak-anak je, kita yang dewasa ni pun mudah rasa kering tekak dan kurang selesa.
Melalui perkongsian Dr Ahmad Luqman Bukhari, beliau ada berkongsi usaha untuk merawat anak di rumah sekiranya keadaan anak tidak terlalu serius. Rawatan menggunakan larutan air garam ini mengikut The Edinburgh and Lothians Viral Intervention Study (ELVIS).
Susah Hati Anak Mengadu Tak Sihat, Dah Mula Kurang Selera Makan
Aduh, tiba-tiba anak start batuk-batuk dan selsema. Siap asyik mengadu tekak tak selesa. Makan pun dah mula kurang selera.
Walaupun mungkin tak berapa teruk, tapi lumrah mak ayah tetap akan rasa susah hati dan bimbang.
Nak bawa keluar ke klinik, satu hal pulak. Risau jugak takut anak ter expose pada pesakit lain yang ada penyakit yang lebih teruk. Nak ke farmasi pun hati duk risaukan benda yang sama.
Haa, mungkin kalian boleh usahakan rawatan yang ini dulu di rumah.
Pergi ke dapur, dan kemudian siapkan larutan air garam.
Saya kongsikan pada kalian cara sediakan larutan air garam ni mengikut The Edinburgh and Lothians Viral Intervention Study (ELVIS).
1. Masak air terlebih dulu. Air yang tak dimasak boleh jadi ada spesis Ameoba dalam tu, tak pasal-pasal dapat jangkitan penyakit lain pulak nanti.
2. Air yang dah dimasak tadi, masukkan dalam satu cawan dan campurkan dengan 1 sudu teh garam. Biarkan ia terlarut dan kemudian berikan masa untuk ia menyejuk.
3. Rasa dulu. Jika terlalu masin, kalian boleh saja tambah air lagi.
Mudah je weh.
Untuk anak yang ada masalah selsema, ambil larutan air garam tadi lalu titiskan ke kedua-dua belah hidung. Air tu akan jadi agen untuk cairkan mukus pekat yang block saluran pernafasan.
Ads
Selain tu, yang bagusnya bila kita gunakan larutan air garam, sel tubuh akan manfaatkan klorida daripada garam untuk hasilkan hypoclorus acid.
Hypoclorus acid ni lah akan jadi cecair peluntur untuk musnahkan virus!
Itu bab selsema.
Sekiranya ada sekali gejala sakit tekak dan batuk, ajar anak supaya kumur dengan larutan air garam yang kita buat tu sebanyak 3 kali sehari untuk bantu legakan rasa tak selesa.
Dah ada penyelidik yang buat kajian pasal larutan air garam ni sebenarnya. Dia orang jumpa banyak sangat faedah yang kita boleh dapat daripada kaedah yang ringkas begini.
Antaranya:
✅ Kita dapat kurangkan risiko penyebaran kuman dan virus pada orang lain
Ads
✅ Penyembuhan berlaku lebih pantas selalunya dalam tempoh kurang 2 hari
✅ Dapat elakkan penyalahgunaan antibiotik
✅ Kos lebih jimat dan juga dapat elakkan daripada terpaksa dapatkan rawatan di klinik atau hospital
✅ Risiko berlaku komplikasi serius seperti pneumonia pun jadi lebih rendah
Namun beringat ya, jika keadaan masih tak sembuh atau sakit berterusan walaupun dah usaha dengan cara ni, teruskanlah untuk bawa anak dapatkan pemeriksaan lanjut.
Orang kata penjagaan ibu bersalin secara pembedahan caesarean lebih sukar dan mencabar berbanding bersalin normal. Mungkin dari segi luaran, ibu bersalin caesarean kelihatan lebih santai kerana boleh duduk bersila dan tidak perlu berkepit ketika berjalan berbanding ibu bersalin secara normal.
Namun hakikatnya, jika dilihat dengan lebih teliti, luka pembedahan sebenarnya perlu mengambil masa yang lama untuk sembuh kerana lapisan hirisan yang dilakukan oleh doktor semasa proses melahirkan bayi adalah berlapis-lapis dan dalam.
Pembedahan caesarean adalah proses di mana hirisan dilakukan di perut (laparatomi) dan rahim (histerotomi) untuk mengeluarkan bayi.
Biasanya selepas pembedahan, ramai ibu yang mengalami kegatalan di bahagian bekas pembedahan. Namun, sudah tentu anda tidak boleh sesuka hati menggarunya. Ini yang patut anda lakukan bagi mengatasi rasa kegatalan tersebut.
1. Jika anda diserang rasa gatal, usahakan untuk tidak menggaru di kawasan bekas pembedahan kerana boleh menyebabkan luka.
2. Lebih baik digosok sahaja secara perlahan-lahan.
3. Sebaik-baiknya, anda mandi menggunakan sabun berbentuk gel yang mempunyai kandungan lembut bagi mencegah terjadinya alergi di kawasan bekas pembedahan.
4. Anda juga digalakkan melakukan senaman yang bersesuaian. Dengan melakukan gerakan-gerakan senaman, biasanya rasa gatal yang timbul akan berkurangan. Malah, membantu mempercepatkan aliran darah dan membuatkan anda berasa segar.
5. Jika rasa gatal masih berterusan lebih dari enam bulan, segera berjumpa doktor untuk mengetahui punca utama rasa gatal tersebut. Doktor pasti ada jalan penyelesaiannya.
Luka pembedahan caesarean selepas bersalin sukar dijaga. Banyak pantang larang yang mesti dipatuhi untuk memastikan lukanya benar-benar sembuh. Luka pembedahan memerlukan penjagaan rapi kerana ia melibatkan luka dalaman yang sebenarnya mengambil masa untuk sembuh kembali.
Kenapa luka pembedahan czer rasa gatal?
Selepas beberapa bulan sembuh daripada luka pembedahan, kebanyakan ibu mengadu mudah berasa gatal di sekitar kulit bahagian dibedah. Adakah ia perkara normal? Sebenarnya jika ditanya kepada ibu yang melahirkan anak secara pembedahan caesarean, mereka mengakui merasakan kesan tersebut.
Namun begitu, jangan bimbang kerana hal tersebut adalah masalah normal yang dialami oleh ibu yang melahirkan anak secara pembedahan.
Menurut pakar dermatologi di University of Cincinnati, apa yang dialami oleh para ibu tersebut adalah kerana saraf-saraf yang terpotong ketika proses pembedahan mula bersambung kembali menyebabkan rasa gatal terasa pada ketika itu.
Bahagian hujung saraf yang mula tersambung itu akan membentuk jaringan saraf seperti normal sehingga luka yang awalnya tidak terasa akan mula terasa seperti biasa. Kedengarannya rasa gatal yang dialami merupakan petanda luka pembedahan di bahagian dalam mula sembuh perlahan-lahan.
Selain daripada bahagian hujung saraf mula bersambung, bulu roma yang tumbuh di sekitar luka tersebut juga menandakan proses penyembuhan berlaku. Oleh kerana anda akan berasa sedikit terganggu dengan kegatalan yang dialami, pastikan menggunakan sabun mandi yang lembut dank rim hydrocortisone selepas mandi. Jangan terlalu menggosok kawasan luka tersebut.
Walaupun rasa gatal adalah normal, tetapi jangan dibiarkan jika sudah mencecah bulan keenam selepas kelahiran bayi. Segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Meriahnya hasil susu Syatilla Melvin yang sudah dipam! Ramai yang teruja melihat hasilnya dan berpendapat Syatilla sangat bertuah. Syatilla selamat melahirkan anak kedua pada 17 April lalu pada jam 9.15 pagi.
Syatilla yang mendirikan rumah tangga bersama Sam pada 8 Februari 2016 dan menimang cahaya mata pertama lelaki iaitu Syeriz Samheizy yang kini berusia 2 tahun. Syatilla dan Sam menerima kehadiran anak kedua mereka yang diberi nama Sarima Samheizy.
Lebih manis, tarikh kelahiran anak kedua pasangan ini turut berkongsi tarikh yang sama dengan ibu Sam yang juga pelakon terkenal iaitu Khaty Fauziah. Menurut Khaty, kelahiran cucunya itu merupakan hadiah hari lahir yang cukup bermakna pada tahun ini apatah dapat berkongsi tarikh lahir yang sama.
Menerusi instagram milik Syatilla, dia berkongsi hasil perahan susu dan dia menyatakan sanggup melakukan apa sahaja asalkan susu badanya meriah dan sentiasa cukup untuk anaknya, Sarima.
Ini hasil setiap pagi..alhamdulillah..biasanya mmg tilla akan dapat xkurang 12oz setiap pagi sebb setiap malam tilla akan bgi mima isap direct,siang sahaja tilla pump.so stimulation dia tu lain mcm sikit..malam mmg dia bergayut dgn bubu..rahsia utk maintain susu supaya tak drop?produk milkbooster yg tilla review semua tilla consume.lillah..bukan 1 produk tpi lebih. kami akn buat apa sahaja utk maintainkan susu badan. Insyaallah moga reZeki hampa pun sama.
Syatilla tidak berputus asa meneruskan usaha untuk menyusu anak secara terus malah dia turut mendoakan agar ibu-ibu yang lain turut dikurniakan rezeki untuk menyusukan anak sepenuhnya.
Menjarakkan kehamilan memang disarankan oleh pakar perubatan supaya si ibu dapat berehat lebih lama sebelum kehamilan seterusnya. Fizikal dan mental ibu juga lebih bersedia dan tidak tertekan.
Namun untuk menjarakkan kehamilan ataupun tidak itu terpulang kepada diri individu tersebut. Ada yang lebih suka usia anak rapat-rapat supaya dapat membesarkan anak serentak, ada pula yang lebih suka menjarakkan usia anak.
Berkongsi tentang pengalaman membesarkan anak, Puan Amalina pernah merasa kedua-dua situasi iaitu anak usia rapat dan anak usia jarak jauh. Perkongsian ini sedikit sebanyak boleh memberikan ilmu baru buat ibu bapa baru.
“Jujur cakap, beranak jarak jauh ni berganda-ganda tenang. Dulu Auris dgn Dyan rapat. Auris baru 9 bulan, sis dh mengandungkan Dyan.”
“Jadi nak buat apa-apa kena double. Mandikan, bagi makan, bagi susu. Bersepah pun 2x ganda la.”
“Bila keluaq si bongsu ni, jarak 5 tahun dengan kakak dia. Depa 2 bradik tu dah boleh urus diri sendiri, makan sendiri, mandi sendiri, kemas mainan sendiri. Boleh tolong jaga adik kalau kita nak mandi, nak makan nk sembahyang.”
“Tapi part depa mengacau tu tak boleh buat apa la: adik dok lena elok. Depa main terjun2. Adik dok meniarap elok, depa golek awang tu mcm ayam. Kita tinggai sat, depa selubung adik. Allah lemah jantung. Nak marah tak boleh sebab depa pn banyak tolong”
“Apa pun terima kasih banyak kat si sulung… dia banyak jaga adik.. tgh buat kerja sekolah, dia tepuk2 adik dia.. tgh main pun dia sempat jugak suap botoi kat adik dia.. mungkin dia dh terbiasa jaga adik dari dia kecik.”
“Kalau kakak ka, dia anggap adik dia tak wujud, kadang dia langkah ja budak tu.. haru laaaa.. tapi dia tak pnh buat adik dia. Dia jadi tukang report ja. “Ibu, baby nangis” “ibu baby muntah” “ibu baby bising”