Memang risau kalau anak mengadu sakit tekak, lagi-lagi bila mula hilang selera nak makan kerana rasa tak selesa. Tambahan kita masih risau dengan pelbagai jenis virus yang ada seperti Covid-19 yang masih belum reda, takut juga sakit tekak tu salah satu simptomnya,
Dengan cuaca yang tidak menentu sekarang ni, bukan anak-anak saja tapi kita yang dewasa pun mudah sangat mengalami kering tekak. Segala jenis lozenge kita dah makan, tetap tak lega juga. Bukan anak-anak je, kita yang dewasa ni pun mudah rasa kering tekak dan kurang selesa.
Melalui perkongsian Dr Ahmad Luqman Bukhari, beliau ada berkongsi usaha untuk merawat anak di rumah sekiranya keadaan anak tidak terlalu serius. Rawatan menggunakan larutan air garam ini mengikut The Edinburgh and Lothians Viral Intervention Study (ELVIS).
Aduh, tiba-tiba anak start batuk-batuk dan selsema. Siap asyik mengadu tekak tak selesa. Makan pun dah mula kurang selera.
Walaupun mungkin tak berapa teruk, tapi lumrah mak ayah tetap akan rasa susah hati dan bimbang.
Nak bawa keluar ke klinik, satu hal pulak. Risau jugak takut anak ter expose pada pesakit lain yang ada penyakit yang lebih teruk. Nak ke farmasi pun hati duk risaukan benda yang sama.
Haa, mungkin kalian boleh usahakan rawatan yang ini dulu di rumah.
Pergi ke dapur, dan kemudian siapkan larutan air garam.
Baca Juga:
Bangga Dengan Kerja Ayah! Kanak-Kanak Ni Gayakan Uniform Ayah Untuk Tema Kerjaya
Usia Baru 7 Tahun, Impian Arkan Bergelar Pilot Jadi Kenyataan. Memang Ada Bakat!
“Dia Boleh Pause, Sambung Balik.” Comelnya Kanak-Kanak Ni Menangis, Ramai Terhibur!
1. Masak air terlebih dulu. Air yang tak dimasak boleh jadi ada spesis Ameoba dalam tu, tak pasal-pasal dapat jangkitan penyakit lain pulak nanti.
2. Air yang dah dimasak tadi, masukkan dalam satu cawan dan campurkan dengan 1 sudu teh garam. Biarkan ia terlarut dan kemudian berikan masa untuk ia menyejuk.
3. Rasa dulu. Jika terlalu masin, kalian boleh saja tambah air lagi.
Mudah je weh.
Untuk anak yang ada masalah selsema, ambil larutan air garam tadi lalu titiskan ke kedua-dua belah hidung. Air tu akan jadi agen untuk cairkan mukus pekat yang block saluran pernafasan.
Selain tu, yang bagusnya bila kita gunakan larutan air garam, sel tubuh akan manfaatkan klorida daripada garam untuk hasilkan hypoclorus acid.
Hypoclorus acid ni lah akan jadi cecair peluntur untuk musnahkan virus!
Itu bab selsema.
Sekiranya ada sekali gejala sakit tekak dan batuk, ajar anak supaya kumur dengan larutan air garam yang kita buat tu sebanyak 3 kali sehari untuk bantu legakan rasa tak selesa.
Dah ada penyelidik yang buat kajian pasal larutan air garam ni sebenarnya. Dia orang jumpa banyak sangat faedah yang kita boleh dapat daripada kaedah yang ringkas begini.
Antaranya:
✅ Kita dapat kurangkan risiko penyebaran kuman dan virus pada orang lain
✅ Penyembuhan berlaku lebih pantas selalunya dalam tempoh kurang 2 hari
✅ Dapat elakkan penyalahgunaan antibiotik
✅ Kos lebih jimat dan juga dapat elakkan daripada terpaksa dapatkan rawatan di klinik atau hospital
✅ Risiko berlaku komplikasi serius seperti pneumonia pun jadi lebih rendah
Namun beringat ya, jika keadaan masih tak sembuh atau sakit berterusan walaupun dah usaha dengan cara ni, teruskanlah untuk bawa anak dapatkan pemeriksaan lanjut.
Semoga bermanfaat!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)