Setelah 2 bulan bersalin, Linda Onn dah langsing kembali. Apa yang menarik, dia menyusukan babynya, Ungku Zara.
Linda Onn yang bersalin pada 24 Februari 2018 menamakan bayinya Ungku Zara atau singkatannya UZ. Linda yang berkahwin dengan Ungku Azhar pada Disember 2013 kini tampil langsing setelah setelah kira-kira 2 bulan berpantang.
KEHAMILAN LINDA SURPRISE UNTUK PARA PEMINAT
Berita kehamilan deejay bersuara lunak ini telah diumumkan di laman Instagramnya. Dengan gambar baby bump dan kapsyen;
Buat semua peminat2 dan kawan2 Linda yang tersayang. Sesuatu untuk Linda kongsikan dengan you all. The best thing in my life. Nantikan LO junior..coming soon!! Syukur Alhamdulillah. #pregnant#LOjunior
Rata-rata peminat gembira dan mengucapkan tahniah dan tidak sabar menunggu kelahiran.
Linda juga menyusukan Ungku Zara. Sudah tentu kebaikan susu ibu menjadikan si kecil membesar dengan sihat dan kuat. Mungkin penyusuan susu ibu juga menjadikan Linda langsing dengan cepat!
Masalah keguguran rambut selepas bersalin adalah perkara normal. Walau bagaimanapun, agak membimbangkan apabila ia boleh berlanjutan selama beberapa bulan.
Masalah ini jika tidak diatasi dengan baik bakal menjurus kepada kewujudan bahagian atau tompok botak di kepala pula.
Punca utama rambut gugur selepas bersalin adalah hormon yang tidak stabil. Selepas melahirkan anak, jumlah estrogen dalam tubuh berkurangan secara mendadak.
Perlu anda tahu bahawa rambut yang gugur dalam tempoh selepas bersalin ini sebenarnya merupakan rambut yang sepatutnya sudah lama gugur.
Selain daripada itu, masalah tekanan dan kekurangan vitamin adalah antara penyumbang lain faktor keguguran rambut selepas melahirkan anak.
Hal yang sama telah dilalui oleh pengacara dan pelakon Jihan Muse. Demi menjaga kecantikan rambutnya untuk jangka masa yang panjang, dia telah mengambil langkah bijak dengan memotong pendek rambutnya.
Sememangnya adalah mustahil untuk anda menghentikan keguguran rambut selepas bersalin. Namun begitu, berikut adalah antara beberapa perkara lain yang boleh anda lakukan bagi mengawal masalah keguguran rambut daripada menjadi lebih buruk.
Langkah terbaik yang boleh anda lakukan ialah meningkatkan usaha penjagaan rambut yang lebih insentif dengan mengambil vitamin tambahan untuk menguatkan dalam tubuh. Hal ini secara tidak langsung boleh menguatkan akar rambut.
Elakkan menyikat rambut ketika ia masih basah. Ketika basah, rambut sangat rapuh. Lebih memburukkan keadaan apabila anda menyikatnya secara kasar. Ia lebih mudah terputus dan gugur.
Dalam pada itu, jangan gunakan alat pengering rambut dan alat pengeriting rambut buat sementara waktu kerana ia boleh menambahkan masalah kerosakan rambut.
Hindari diri daripada mewarnakan atau mengeritingkan rambut yang tentunya banyak menggunakan bahan kimia.
Gunakan mask rawatan rambut khas untuk masalah rambut gugur. Produk rambut yang kaya dengan kandungan vitamin A dan minyak vitamin E juga boleh membantu rambut menjadi lebih sihat.
Amalkan pemakanan sihat yang mengandungi banyak protein, kalsium, zink, buah-buahan, dan sayur-sayurankerana makanan adalah sumber utama vitamin dan nutrien.
Bagi yang mengalami masalah rambut gugur berlanjutan atau sangat serius, anda perlu berjumpa dengan pakar dengan segera untuk mengetahui puncanya agar dapat menangani masalah ini dengan baik.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bayi memerlukan susu yang mencukupi untuk membesar menjadi kanak-kanak yang sihat dan kuat. Seawal usia mereka lagi, susu ibu merupakan pilihan yang terbaik. Namun lama kelamaan, si ibu mungkin akan terpaksa memperkenalkan si kecil mereka dengan susu botol terutamanya yang berkerjaya.
Keadaan ini mungkin akan mengganggu bayi anda kerana mereka masih tidak dapat menerima kenyataan bahawa mereka terpaksa berpisah dengan sumber makanan dan minuman utama mereka. Bagaimana untuk mengatasi masalah ini? Ikuti artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tip ajar bayi minum susu botol.
#1. Biasakan si kecil dengan puting botol
Cara ini dapat dilaksanakan dengan menyusukan bayi dengan susu badan yang telah diisi di dalam botol setiap kali selepas menyusu badan. Namun anda diingatkan untuk mengisi botol tersebut dengan susu dalam amaun yang sedikit sahaja. Ini hanyalah praktis untuk membiasakan mereka dengan puting yang bakal digunakan kelak.
#2. Gunakan puting botol dengan lubang yang kecil
Bagi kebanyakan kanak-kanak terutamanya yang masih bayi, puting botol biasa dengan lubang yang besar akan menjadikan mereka lemas dengan susu. Bagi peringkat awal, gunakan puting botol dengan lubang yang kecil terlebih dahulu.
#3. Pastikan susu yang ada digunakan adalah ‘fresh’
Sebaiknya, anda gunakan susu yang ‘fresh’ iaitu susu yang baru sahaja dipam daripada payudara anda dan belum dibekukan. Konsepnya sama sahaja seperti makanan yang kita makan. Bayangkan makanan yang baru sahaja dimasak, dimasukkan ke dalam mulut. Begitu juga halnya dengan susu badan.
#4. Pastikan posisi menyusu betul
Ini sangat penting untuk memastikan bayi dan anda sendiri berasa selesa. Sebagai contoh, anda boleh meletakkan bayi pada posisi sepertimana anda menyusukan bayi dengan susu badan. Paling penting, anda perlu memastikan kepala mereka berada pada kedudukan yang agak tinggi untuk mengelakkan bayi tersedak.
#5. Berikan susu ketika si kecil belum lapar
Anda diingatkan untuk tidak memberi susu ketika bayi sudah lapar. Ini untuk mengelakkan mereka daripada mengamuk dan langsung hilang minat untuk menyusu. Jadi, berikan susu kepada mereka apabila bayi berada dalam keadaan yang tenang dan aman.
#6. Biarkan individu lain menyusukan si kecil bagi pihak anda
Jika si ibu menggunakan susu botol untuk menyusukan bayi, ia hanya akan mendatangkan kekeliruan kepada si kecil kerana mereka menjangkakan untuk menyusu badan. Oleh itu, anda boleh minta bantuan daripada individu lain yang rapat dengan anda terutamanya pasangan anda untuk melakukannya bagi pihak anda.
#7. Jauhkan diri anda daripada si kecil
Bayi boleh mengesan bau ibunya walaupun anda berada di dalam bilik yang bersebelahan dengannya. Oleh itu, si ibu perlu menjauhkan diri anda buat seketika ketika individu lain sedang menyusukan bayi anda dengan susu botol bagi mengelakkan kekeliruan berlaku.
Bila sudah beranak kecil, sebahagian masa seorang ibu akan dihabiskan dengan pelbagai urusan berkaitan anak. Masa rehat untuk diri sememangnya akan semakin berkurang. Bagi mengelakkan stress terlampau, ibu kenalah bijak mengawalnya. Tanpa rehat yang mencukupi, banyak perkara mungkin tersasar.
Perkara paling asas adalah mendapatkan tidur yang sebaiknya. Dan inilah yang dikongsikan oleh Ibu Rose kepada semua ibu-ibu. Mendapatkan tidur yang berkualiti dan waktu rehat yang tepat adalah perkara wajib ibu kena buat.
REHATLAH WAHAI IBU-IBU YANG KEPENATAN
Dalam kita membesarkan anak-anak, kita akan mendapati kita mungkin kekurangan tidur dan rehat. Sebenarnya, kekurangan kedua-dua ini boleh menyebabkan seseorang hilang kebolehan berfikir dengan waras dan di dalam banyak situasi menjadikan seorang itu mudah hilang sabar.
Diri fizikal kita memerlukan tidur yang nyenyak (deep sleep) di dalam sesuatu hari itu. Namun, bila seseorang ibu tidak mendapat tidur nyenyak yang cukup, maka dia akan mudah lupa, mudah stress, mudah hilang sabar dan sebagainya.
Oleh itu sesiapa yang bersama ibu itu berusahalah memberi ibu itu masa dalam seminggu untuk dia dapat berehat dengan baik sekurang-kurangnya untuk 2-3 jam.
Jika anda adalah salah seorang ibu yang sering tidak dapat berehat, kerana beranak kecil, maka berusahalah mendisiplinkan anak-anak untuk tidur awal, supaya anda ada masa untuk berehat semasa mereka sudah tidur.
Ibu tahu mungkin ada diantara anda yang mengatakan ianya payah kerana anda bekerja dan sebagainya.
Jawapan Ibu ialah ya, memang susah kerana anda mengambil dua tugas penting. Namun, Ibu yakin anda juga boleh kerana ada kata-kata orang bijak pandai yang berbunyi begini;
“Jika anda mahukan sesuatu kerja itu dilaksanakan, berilah kepada orang yang sibuk.”
Kebanyakan orang yang sibuk sebenarnya telah menguasai satu skil penting, iaitu merancang kerja mereka. Mereka bijak untuk memprioritikan kerja mereka.
Seorang yang mahu menyelesaikan masalah mereka, mereka tidak mengeluh tetapi mereka akan mencari jalan penyelesaian dengan bertanya diri soalan yang betul.
Contohnya, jika anda merasakan anda tidak ada peluang untuk berehat dan mendapat tidur yang nyenyak berminggu-minggu; soalan yang hendak anda tanya bukanlah ‘susahlah macamana nak dapat rehat?….tapi bertanya, ” Apa perkara positif yang saya boleh saya lakukan untuk saya mendapat rehat yang lebih.”
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: Ibu Rose – Mesejnya Kasih
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!