Tidak perasan diri sedang hamil, rupanya-rupanya janin membesar di luar rahim. Kes kehamilan luar rahim yang jarang berlaku.
Lazimnya, kehamilan akan berlaku selepas proses persenyawaan di tiub fallopio dan kemudian menempel pada dinding rahim. Perkembangannya dari zigot , embrio, fetus dan kemdiannya bayi berlaku di dalam bahagian rahim ibu.
Bagi kehamilan luar rahim atau kandungan ektopik, perkembangan janin berlaku di luar rahim ibu. Pada mulanya, kehamilan ektopik mungkin tidak menyebabkan sebarang tanda atau simptom yang jelas. Oleh sebab itu, pada trimester pertama, ibu perlu membuat pemeriksaan antenatal untuk memantau kandungan.
Antara tanda-tanda kehamilan ektopik ialah;
Dalam satu kes yang berlaku di Vietnam ini adalah kes yang jarang ditemui. Bayi berusia 23 minggu ditemui membesar di bahagian abdomen iaitu berhampiran dengan organ hati ibunya. Perkongsian daripada Public Health Malaysia mendedahkannya.
Seorang wanita yang berusia 27 tahun yang berasal dari Selatan Vietnam mengalami pendarahan selama beberapa hari.
Pesakit itu disyaki hamil kerana telah 2 bulan tidak datang haid.
Pemeriksaan ultrasound menerusi vagina menunjukkan kemungkinan berlaku kandungan diluar rahim di tiub kanan rahim.
Namun ianya tidak begitu jelas dan tidak dapat dipastikan.
Pembedahan dilakukan bagi mengeluarkan tiub rahim tersebut.
2 bulan kemudian, pesakit tersebut datang semula ke hospital kerana masalah yang sama.
Pendarahan masih berlaku dan beliau telah dipindahkan ke hospital utama di ibu kota Ho Chi Minh, Vietnam.
Pemeriksaan ultrasound dan CT scan mengesahkan ada bayi yang telah berusia 23 minggu sedang membesar di bahagian hati ibu!
Pembedahan kecemasan telah dilakukan tetapi mangsa gagal diselamatkan kerana pendarahan teruk.
Kelainan tiub menjadi punca
Kandungan diluar rahim – di dalam abdomen sangat jarang berlaku dengan insiden 1.4% dari kesemua kes kandungan di luar rahim.
Ianya berlaku akibat struktur luar biasa tiub rahim
Hati merupakan antara tempat pautan tiub rahim ini dan kehamilan di dalam hati hanya berlaku dalam 0.03% kesemua kes kandungan didalam abdomen.
Sumber: Public Health Malaysia & thienhungmedic.blogspot.com
Artikel berkaitan: Kesakitan Teruk Di Bawah Perut Antara Tanda Kehamilan Luar Rahim! Kehamilan Ini Sangat Berbahaya