2 Kali Gugur Lepas Mimpi Bersalin! Ibu Ini Elak Kongsi Di SocMed Kehamilan Ke-3 Selepas Jumpa Ustaz

Share

Gembira, itulah perasaan pasangan yang baru berkahwin selepas mendapat tahu dirinya hamil. Namun rasa teruja akhirnya membawa kepada mimpi ngeri buat Aliiya.

Ibu yang berasal dari Indonesia dan menetap di Melaka ini berkongsi kisah pelik yang terjadi kepada dirinya ketika kehamilan pertama dan kedua.

“Saya berkahwin pada Mac 2019, dan sebulan kemudian disahkan mengandung. Pada usia kandungan 12 minggu, satu malam tu saya mimpi bersalin. Situasinya macam real.

“Saya penat, berpeluh dan menangis teresak-esak. Saya tak pernah bersalin jadi tak tahu rasanya macam mana, cuma bagi saya mimpi tu macam real.

“Suami kejutkan, saya rasa sesak nafas tak boleh cerita lagi. Kemudian baru beritahu suami saya mimpi bersalin. Kebetulan pagi esoknya saya ada check-up kehamilan di klinik. Doktor kata baby tak ada heart beat.

“Mereka rujuk saya ke Hospital Besar Melaka. Di sana, doktor sahkan baby meninggal. Doktor tanya, ada spotting atau bleeding tak? Memang tak ada langsung, sakit perut pun tidak.”

“Saya rasa down dan terkila. Tertanya-tanya mana silapnya? Doktor bagi option sama ada tunggu gugur sendiri atau keluar paksa.

“Tunggu tapi baby tak mahu keluar sendiri, akhirnya terpaksa serah diri ke hospital”

Aliiya menerima perkhabaran gembira di mana dia disahkan hamil kali kedua.

kandungan kedua disahkan gugur pada usia 11 minggu

“Kali kedua, saya mimpi bersalin bayi perempuan. Saya pegang baby dan kena kejar dengan makhluk ular berbadan manusia.

“Suami kejut sebab saya menangis. Masa terjaga, saya cuak sebab teringat pengalaman pertama. Rasa bad feeling. Beberapa hari kemudian ada check-up, dan doktor sekali lagi sahkan janin tidak bernyawa.

“Kali ini saya bukan sahaja down, tapi seperti meroyan. Saya pernah minta nak berpisah dengan suami sebab saya rasa ada yang tak kena dengan saya.

Aliiya bersama anak lelaki dan suami

“Namun suami tak mahu layan apa yang saya minta kerana tahu emosi saya tak stabil.

Disebabkan sudah dua kali mengalami mimpi aneh, keluarga mentua menyarankanya untuk berubat secara kaedah rawatan Islam.

“Menurut ustaz, ‘benda’ itu kemungkinan dari nenek moyang atau saya dapat dari orang lain. Ustaz tak cerita lanjut.

“Saya berasal dari keturunan jawa. Apabila berubat ramai ustaz menyarankan agar saya dekatkan diri dengan Allah.

“Syukur alhamdulillah saya beransur pulih dan hamil empat bulan kemudia. Saya ambil langkah selamat dengan tak hebohkan tentang kehamilan ketiga di media sosial. Sebelum ni niat saya untuk berkongsi rasa gembira.

Aliiya akhirnya selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 15 Januari 2021.

Kredit: Aliiya

Followers Pa&Ma jom join Workshop ini, sesuai untuk mama hamil, lepas bersalin – Klik SINI

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
NuFa