Sudah 2 minggu pencarian peserta larian Gopeng Ultra Trail, Mohd Ashraff Hasan atau Acap tidak ditemui. Anak sulungnya menanggung rindu, merengek tercari-cari si ayah.
Acap yang tiba-tiba hilang semasa menyertai pertandingan larian bertempat di Gua Tempurung 23 Mac lalu itu menimbulkan tanda tanya. Masih belum ada petunjuk baru yang boleh membantu pencarian pembantu makmal berusia 29 tahun itu.
Abang Acap, Mohd Zahiruddin memberitahu Mstar yang anak sulung Acap berusia setahun setengah amat merinduinya.
Anak sulung Acap dipanggil dengan nama Ecah mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan bapanya. Si kecil ini amat merindui Acap dan lebih menyedihkan, setiap kali ingin tidur sebelah malam, dia akan tercari-cari bapanya.
Zahiruddin turut menjelaskan yang anak saudaranya itu merengek, mungkin kerana lama tidak berjumpa dengan ayahnya. Dia turut memaklumkan yang isteri Acap sudah pun kembali ke Kuala Lumpur selepas beberapa hari turut sama menyertai misi pencarian Acap.
Sumber: www.mstar.com.my & Denny Lang
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Malaysia Korean Aliyah Genap Setahun” Ikut Adat Korea, Anak Tony Fernandes Sambut Hari Lahir Pertama
Anak kepada CEO syarikat penerbangan Air Asia, Tony Fernandes iaitu baby Aliyah Ena Fernandes sudah pun genap usia setahun pada 20 Ogos yang lalu.
Ulang tahun kelahiran baby Aliyah disambut sederhana mengikut adat Korea dengan memakai pakaian tradisional Korea iaitu Hanbok.
Bukan hanya baby Aliyah yang memakai Hanbok, malah mereka seisi keluarga turut mengenakan Hanbok dengan rona lembut.
Tony Fernandes turut menitipkan ucapan buat puteri keduanya itu.
“Selamat hari jadi kepada anak saya yang super cute smary Aliyah. Here’s to a great life ahead for you.”
Bertemakan putih pink di hari ulang tahunya, baby Aliyah turut disajikan dengan adat khas iaitu aktiviti Doljanchi. Di dalam dulang tersebut ada pelabgai objek seperti bola, microphone, palu kayu hakim dan beberapa objek lain yang melambangkan kerjaya yang bakal di pilih.
Di Korea, hari lahir pertama bayi yang baru lahir dianggap sebagai peristiwa yang sangat penting dengan makna yang signifikan. Orang Korea merujuknya sebagai Doljanchi.
Selain menyanyi ‘selamat hari jadi’ dan meniup lilin, terdapat juga adat khas semasa perayaan Doljanchi di mana mereka menggunakan objek untuk meramal masa depan kanak-kanak itu, yang dipanggil Doljabi (돌잡이).
Sama seperti maksud perkataan, semasa aktiviti doljabi, kanak-kanak akan memilih satu atau dua objek di antara pelbagai pilihan yang masing-masing mewakili makna yang berbeza. Objek yang mereka pilih pertama atau kedua dipercayai sebagai kerjaya masa depan mereka yang ‘kemungkinan’.
Melihat kepada gambar daripada perkongsian Tony di Instagram, baby Aliyah memilih Microphone sambil merenung tajam ke arah bapanya.
Rata-rata cuba meneka kerjaya yang dipilih oleh baby Aliyah di ruangan komen. Ada juga yang tertarik melihat kecomelan baby Aliyah.
Tony Fernandes mendirikan rumah tangga bersama Chloe Kim yang berasal dari Korea Selatan pada Oktober 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aliyah Enan Fernandes (1 tahun). Untuk rekod, perkahwinan terdahulu Tony dikurniakan dua cahaya mata.
Kredit: Tony Fernandes
Artikel: Bagus Untuk Anak! Formula Terbaharu Susu Kambing Karihome Dengan Kualiti Terbaik
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Asbab Disengat Tebuan, Suami Pergi Selamanya Tinggalkan Anak Usia 2 Tahun
Asbab disengat oleh tebuan, seorang suami yang juga bapa kepada seorang anak dijemput ilahi. Kejadian sedih ini benar-benar mengejutkan seluruh keluarga arwah terutama isteri dan anak.
Menerusi perkongsian penyampai radio terkenal, DJ Lin di media sosialnya, dia menyampaikan salam takziah buat keluarga Allahyarham Mohamad Saiful Bahri bin Che Husin.
Suami dan bapa berusia 28 tahun ini disahkan meninggal dunia akibat disengat tebuan sebaik pulang dari kerja.
Meninggalkan seorang isteri yang juga suri rumah, Fahmizah Mohd Noor dan seorang anak berusia 2 tahun yang akan sambut birthday pada 17 Mac ini.
Jenazah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Meru. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Mohd Saiful Bahri, semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Kita bantu isteri arwah dan yang nak hulurkan sumbangan boleh bank in ke akaun CIMB 7620720223 (Fahmizah Mohd Noor). Hanya Allah je yang dapat balas segala budi baik anda.
Kredit: FB DJ Lin
ARTIKEL MENARIK [Cepat Semput & Letih Lepas Dijangkiti Covid. Dr Ajar Teknik Pernafasan Mudah]
LAGI ARTIKEL MENARIK [Meninggal Lepas Lahirkan Anak, Suami Tak Lepas Peluk Isteri Buat Kali Terakhir]
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
Hanya RM20, memang berbaloi dengan pelbagai resipi menarik serta info pemakanan anak. Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/e-book-resipiselerasimanja/ untuk dapatkan e-book istimewa ini!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Hebatnya Naluri Ibu” Disangka Bayi Mati Dalam Kebakaran, Rupanya Diculik
Pada sekitar bulan Mac sekitar tahun 2004, seorang wanita berusia 31 tahun bernama Luzaida Cuevas telah pergi menghadiri sebuah parti majlis hari jadi anak rakannya. Semasa berada pada majlis parti itu, ada seorang tetamu kanak-kanak yakni seorang kanak-kanak perempuan dalam lingkungan usia 6 tahun benar-benar menarik perhatian Luzaida.
Matanya langsung tidak lekang daripada memerhatikan gerak-geri kanak-kanak perempuan tersebut. Manakan tidak, wajah kanak-kanak perempuan yang diperhatikan Luzaida itu hampir mirip dengan wajahnya. Sudah menjadi lumrah naluri seorang ibu tidak pernah salah, Luzaida begitu yakin bahawa kanak-kanak perempuan tersebut adalah Delimar Vera iaitu anak perempuan kandungnya yang telah hilang pada enam tahun sebelumnnya.
[ BACA: Rawatan ‘Best’, Snek Pantang Sedap! Suraya Mother Care & Beauty Tawarkan Servis Terbaik ]
Kisah sebenarnya bermula pada 15 Disember 1997 apabila rumah dua tingkat milik Luzaida yang terletak di Philadelpia telah dilanda kebakaran. Luzaida dan dua orang lagi anaknya bagaimanapun terselamat dalam kebakaran itu. Cuma apa yang sangat menyedihkan Luzaida, dia tidak sempat untuk menyelamatkan Delimar Vera yang baru berusia 10 hari pada waktu tersebut.
Selepas api kebakaran itu berjaya dipadamkan sepenuhnya oleh pihak bomba, jasad Delimar Vera gagal untuk ditemui. Rentetan daripada perkara tersebut, pihak berkuasa membuat kesimpulan jasad Delimar Vera berkemungkinan besar telah pun hancur sepenuhnya akibat disambar api yang terlampau panas. Luzaida tidak mempercayai perkara itu kerana dia yakin anaknya telah hilang dari rumah sebelum kejadian kebakaran berlaku. Kebakaran tersebut pula dipercayai berpunca daripada masalah elektrikal.
Berbalik dengan cerita pada majlis parti hari jadi, kanak-kanak perempuan yang Luzaida percaya sebagai Delimar Vera itu didapati bernama Aaliyah. Yakin dengan nalurinya, Luzaida pun mendekati Aaliyah lalu memberitahu kanak-kanak perempuan tersebut bahawa terdapat gula-gula getah melekat pada rambutnya.
Kesempatan itu pun terus diambil Luzaida dengan mencabut beberapa helaian rambut Aaliyah di mana helaian rambut tersebut kemudian dihantar kepada pihak makmal yang berkenaan bagi tujuan pemeriksaan DNA. Hasil keputusan ujian makmal, Aaliyah telah disahkan sebagai Delimar Vera. Susuhan pengesahan identiti Delimar Vera itu, dia terus diletakkan di bawah jagaan pihak polis buat sementara waktu.
Pada masa sama, pihak polis tidak melengahkan masa mereka untuk melakukan serbuan ke rumah penculik Delimar Vera selama enam tahun tersebut yang dikenal pasti sebagai Carolyn Correa, 41 tahun. Namun sewaktu serbuan itu dibuat, Carolyn telah melarikan dari rumah dengan meninggalkan tiga orang anaknya akan tetapi dia menyerah diri kepada pihak polis pada keesokan harinya.
Mengenai Carolyn, dia sebenarnya adalah saudara jauh kepada bekas teman lelaki Luzaida. Sehari sebelum insiden kebakaran berlaku, rumah Luzaida telah dilawat oleh Carolyn. Pada hari kejadian, Carolyn kembali semula ke rumah Luzaida dengan alasan beg duitnya tertinggal.
Carolyn pun mengambil kesempatan ini untuk memulakan api kebakaran di rumah Luzaida. Sesudah berbuat sedemikian, dia pun membawa lari Delimar Vera tanpa Luzaida sedari. Carolyn menculik Delimar Vera kerana dia melakukan pembohongan terhadap teman lelakinya tentang dirinya yang sudah pun hamil hasil perhubungan mereka.
Berhubung dengan keputusan perbicaraan kes, Carolyn yang menerima pertuduhan melakukan jenayah penculikan dan kebakaran telah dijatuhkan hukuman penjara selama 30 tahun.
Delimar Vera akhirnya disatukan semula dengan Luzaida dan mereka sekeluarga kini hidup dengan bahagia.
Kredit: kidspot.com, jack lester
Jom, kongsikan foto comel si manja anda bertemakan Jungle Cuties di SINI! Ada hadiah menarik menanti.(https://www.majalahpama.my/pencarian-bayi-pilihan-pama/)
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI