“Saya dah serik.” Itu ungkapan awal yang keluar dari mulut ibu kanak-kanak berusia 1 tahun 8 bulan, Nur Atiqah Ibarahim, 27, setelah anaknya disyaki di dera oleh pengasuh yang baru dikenali dalam tempoh dua minggu.
Kejadian yang berlaku sekitar April lalu tak akan dilupakan sampai bila-bila. Difahamkan hingga kini anaknya, Dian Durani Hashirad Mukshid masih lagi trauma dengan kejadian tersebut dan sehingga sekarang pengasuh itu masih menghilangkan diri.
Melalui temu bual dengan Puan Nur Atiqah, sebelum kejadian ini berlaku, dia baru menghantar Dian sekitar dua minggu kepada pengasuh selepas mendapat kerja baru.
“Sebelum ini saya menjaga Dian sendiri selepas berhenti kerja kerana alahan sewaktu mengandung. Namun selepas setahun lebih menjaga Dian, dapat tawaran kerja semula saya fikir ini rezeki anak.
“Disebabkan tak tahu siapa yang boleh menjaga Dian sewaktu saya bekerja nanti, saya cuba masuk Facebook group pengasuh untuk mendapatkan maklumat pengasuh yang boleh menjaga anak. Masa mencari nombor telefon yang boleh dihubungi, saya dapat salah satu nombor pengasuh ni.
“Waktu itu terus saya hubunginya untuk mendapat maklumat lanjut dan kebetulan pula rumah kami berdekatan. Jadi saya kira bertuah sangat.
“Masa sesi berkenalan tu, pengasuh tersebut menyatakan dia memang ada pengalaman menjaga anak orang. Cuma anak-anak asuhannya sebelum ini dah berpindah dan kini tak jaga lagi budak lain.
Ads
“Saya percaya sepenuhnya dan rasa lega sebab dia boleh memberi fokus pada anak saya nanti kerana dia jaga tak ramai budak,” katanya.
Menurut Atiqah, beberapa hari selepas menghantar anak, dah mula rasa curiga pada pengasuh Cuma masih lagi fikir yang baik-baik.
“Ini kerana setiap kali sampai di depan pagar rumah pengasuh, Dian dah mula menangis dan apabila saya menghulurkan Dian pada pengasuh, dia lagi kuat menangis dan seolah-olah mahu ikut sekali. Waktu itu saya fikir mungkin anak mahu sesuaikan dirinya.
“Cuma ada suatu hari tu saya nampak ada kesan lebam di bahagian belakang Dian. Tapi saya fikir mungkin dia terjatuh masa bermain dengan anak pengasuh. Kali kedua ada benjol pula di bahagian dahinya.
Ads
“Suami yang perasan dan bila saya bertanya pengasuh cakap anak jatuh buai semasa nak ambil teddy bear. Ok saya boleh terima jawapannya itu,” ujarnya
Anak Jadi Fobia, Kerap Menangis
Hari kejadian, semasa suami pergi mengambil anak, dah nampak anak macam tak ceria dan banyak berdiam diri. Sampai di rumah anak tak seperti biasa dan bila ajak bermain dia tak mahu dan hanya mahu baring di bilik.
“Masa tu dah rasa tak sedap hati. Bila periksa badan anak nampak ada benjol besar di belakang kepala dan terus bawa ke hospital. Semasa doktor periksa ada kesan lebam di beberapa bahagian badan seperti di pipi, telinga, leher dan kaki.
Ads
“Dian terpaksa di tahan di wad dan saya telah membuat laporan polis. Malam kejadian itu juga, pengasuh telefon dan beritahu sebenarnya Dian jatuh dalam bilik sekitar jam 2 petang. Bukan tak nak percaya tapi persoalannya kenapa tak telefon saya dan suami untuk beritahu hal ini dari awal.
“Sehingga hari ini kami masih belum dapat kesan pengasuh ini kerana selepas kejadian itu pengasuh dah meninggalkan kediamannya. Kali terakhir kami berjumpa dengannya semasa di balai polis untuk buat laporan dan sekarang untuk siasatan seterusnya masih belum selesai,” jelasnya.
Atiqah juga menyatakan selepas dua bulan kejadian ini berlaku, Dian masih lagi trauma. Kalau dia tidur pun boleh menjerit, menangis secara tiba-tiba seolah-olah dalam ketakutan. Apabila saya kejutkan dan peluk baru dia diam dan boleh tidur semula.
Bila bertemu dengan orang, dia juga takut dan selalu tenung wajah orang walaupun dengan individu yang biasa dia lihat.
Sekarang saya dah berhenti kerja dan rasa tak sanggup nak beri orang lain jaga anak. Apa yang saya harapkan kejadian ini boleh jadi pengajaran pada semua ibu bapa lain. Saya bukanlah nak dapat simpati cuma mahu semua berhati-hati bila nampak anak kita bersikap lain dari kebiasaannya.
Saya juga harapkan kes ini dapat diselesaikan segera dan bekas pengasuh ini dapat dikesan untuk pengadilan buat Dian Durani.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ibu bapa mana tak teruja bila anak kecil-kecil lagi sudah pandai berenang. Kebanyakan ibu bapa muda hari ini, sudah mempunyai kesedaran tentang kelebihan menghantar anak mereka belajar berenang seawal usia bayi lagi.
Pelakon popular Mira Filzah dan suaminya Wan Emir Astar tak terkecuali telah menghantar anak sulung mereka, Wan Khair Amir belajar berenang sejak usia lima bulan lagi di sebuah pusat renang terlatih.
Dalam hantaran di laman Instagram, Mira berkongsi gelagat Amir yang sedang mengikuti kelas renang bersama mama dan papanya.
Dalam kapsyen hantaran tersebut menjelaskan Amir semakin bagus dalam pelajaran kayuh dan tendangan di dalam kolam renang.
Hari ini, saya semakin bagus belajar tendangan dan kayuhan. Yeay! Oh oh saya juga sudah boleh masukkan kepala dalam air sekarang!
Wajah comel Amir yang berani dan berkeyakinan semasa belajar berenang membuktikan beberapa tip dikongsi jurulatih berenang yang mengesyorkan ibu bapa untuk mengajar anak berenang seawal usia bawah enam bulan kerana pada usia ini bayi masih mempunyai refleks untuk menutup mulut saat berada di bawah air.
Refleks ini dinamakan sebagai Bradycardic Effect. Akibat refleks ini, bayi akan secara semula jadi menahan nafas dan membuka mata ketika berada di dalam air.
Selain daripada itu ketika usia bayi enam bulan, dia juga sudah ada kemahiran untuk mengangkat kepala.
Antara kebaikan berenang bagi bayi iaitu membantu perkembangan otak mereka kerana berenang merangsang kelima-lima deria (rasa, bau, sentuhan, penglihatan dan bunyi).
Tip Ajar Bayi Berenang
1. Mulakan Dengan Tab Mandi
Ini cara mudah untuk membuatkan bayi anda terbiasa dengan air. Duduk sekali dengannya untuk mewujudkan persekitaran yang selamat dan menyeronokkan.
2.Cari Masa Yang Tepat
Anda boleh mula memperkenalkan bayi anda kepada air seawal mungkin mengikut keselesaan anda, asalkan pusat perutnya atau kemaluannya (jika disunat), telah sembuh. Lebih awal anak anda bermula, lebih selesa dia berada dalam kolam renang.
3. Periksa Suhu Air
Bayi tidak dapat mengawal suhu badan mereka seperti orang dewasa, jadi suhu kolam yang selesa diperlukan untuk memastikan suhu badan mereka tidak terjejas.
4. Bina Hubungan Dengan Bayi
Anda atau orang dewasa lain harus sentiasa berada dalam air, memegang bayi anda. Bukan sahaja untuk keselamatan, memegang bayi anda secara kulit ke kulit dan berinteraksi dengannya di dalam air akan menguatkan ikatan dengan bayi.
5. Elakkan Pelampung
Pelampung air memberikan rasa selamat yang salah. Selain itu, pelampung juga memastikan bayi dalam kedudukan menegak, sedangkan kedudukan mendatarlah yang lebih baik untuk berenang.
Kembung perut biasanya dikaitkan dengan bayi yang menangis disebabkan oleh sakit perut. Ia salah satu punca bayi mengamuk dan menangis, bimbang terkena sawan tangis!
Bayi menangis berterusan atau kerap menangis buat masa yang lama tanpa sebab-sebab yang jelas.
Masalah ini berlarutan selama 2 hingga 4 jam sehari untuk sekurang-kurangnya 5 hari seminggu dan selalunya bermula pada umur bayi 2 hingga 3 minggu dan beransur kurang/pulih apabila bayi mencapai umur 3 hingga 4 bulan.
6 SEBAB KEMBUNG PERUT
Walaupun sebab sebenar kembung perut pada bayi tidak diketahui, ia berkemungkinan berlaku kerana beberapa sebab berikut;
Masalah pencernaan pada usus di mana bayi berkemungkinan alah kepada protein susu lembu atau alah kepada laktosa.
Usus bayi belum matang yang menyebabkan pencernaan karbohidrat yang tidak sempurna akan menyebabkan kembung dengan “angin” yang berlebihan.
Posisi dan cara bayi disusukan boleh jadi penyebab. Bayi mungkin kurang menyusu atau menyusu terlalu banyak.
Bayi tidak atau kurang disendawakan.
Terdedah kepada asap rokok. Ibu yang merokok sewaktu mengandung atau di dalam pantang akan menyebabkan bayi berisiko tinggi untuk kembung perut.
Selain itu, sistem saraf bayi yang belum matang menyebabkan ia lebih sensitif kepada faktor persekitaran boleh menyebabkan masalah kembung.
KENALI 3 TANDA BAYI KEMBUNG PERUT
Mama papa boleh kenali bayi yang sedang kembung perut dengan beberapa petanda ini;
Si kecil menangis sekuat hat dan nyaringi dalam jangka masa yang lama dan sukar ditenangkan.
Kedua belah kaki ditarik ke perut dan tangan digenggam.
Tangisannya ‘aahh’ menunjukkan bayi sedang kolik.
Kembung perut tidak akan menunjukkan petanda seperti berkaitan dengan perut buncit, muntah, demam atau tanda- tanda penyakit yang lain.
6 TIP HADAPI ANAK KEMBUNG
Tiada rawatan yang khusus untuk bayi kembung perut. Keadaan ini akan pulih dengan sendiri apabila bayi berumur tiga hingga empat bulan. Bagaimana pun, jika anak anda kembung perut, mama dan papa boleh lakukan 6 tip ini;
Letak minyak angin.
Kurangkan pendedahan bayi kepada suasana dan bunyi bising.
Bawa bayi bersiar-siar
Jangan sekali-kali menggoncang bayi untuk menghentikan tangisannya!
Elakkan terlalu kerap mengangkat bayi ketika ia merengek.
Selimutkan bayi sehingga selesa dan dodoikan dengan lemah lembut
Jika mama papa stres dan letih,dapatkan bantuan ahli keluarga untuk menjaga bayi. Mama papa rehat yang secukupnya.
BILA KEMBUNG PERUT BOLEH JADI SERIUS?
Terdapat tiga keadaan yang menunjukkan bayi anda perlukan rawatan segera. Antaranya ialah tangisan bayi seperti di dalam kesakitan.
Bayi mengalami kondisi seperti muntah, perut buncit, cirit-birit atau sembelit. Sila dapatkan rawatan segera sekiranya suhu badannya meningkat dan bayi demam.
Selain itu, sekiranya mama papa terlalu bimbang atau penat dan tidak boleh menangani masalah ini sendiri juga disarankan mendapatkan rawatan.
KEMBUNG PADA BAYI BOLEH DIELAK
Kembung perut pada bayi boleh dielakkan dengan beberapa cara berikut.
Jika bayi anda menghisap susu botol, pastikan saiz puting yang sesuai dengan usia bayi.
Pastikan bayi disendawakan.
Bagi bayi yang menyusu susu ibu, ibu perlu mengelakkan makanan tertentu seperti kobis, brokoli, bunga kobis, dan kafein kerana ini dipercayai sebagai punca kembung perut pada bayi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bayi menangis sampai ibu bapa tak tak tahu cara nak tenteramkan bayi. Bagi yang pertama kali bergelar ibu bapa, ada masanya anda mendapati sukar untuk memahami apa yang sebenarnya bayi perlukan. Betul tak?
Adakah sebab lapar, sejuk, bosan, tak selesa atau mahu dipeluk. Mungkin bagi ibu bapa yang tak biasa, tangisan bayi ini boleh membuatkan anda bimbang.
Ok kali ini perkongsian dari Konsultan Tangisan Bayi Pertama Malaysia dan juga penulis buku Mengapa Bayi Anda Menangis, Puan Uswatun Hasanah boleh membantu ibu bapa meredakan tangisan anak dalam tempoh yang singkat.
Bedung
Langkah paling penting. Sebab tu ni langkah pertama. Kenapa? :
Sebab masa bayi mengamuk, reflek moronya sedang ‘on’ (hidup): iaitu kaki tangannya menghentak tanpa kawalan. Masa ni, bayi merasa bagai sedang berada dalam posisi kejatuhan bebas.
Mereka akan terus menangis selama reflek ini tak ditutup.Reflek moro ini perlu dimatikan dengan menghentikan pergerakan luar kawalan bayi: -..dengan membedung.
Membedung memberi sensasi pelukan yang biasa didapatkan bayi semasa dalam kandungan hasil balutan dinding rahim. Jadi bayi akan dapat rasa sensasi yang dia kenal bila dibalut dan boleh bertenang dengan lebih mudah.
Pegang Bayi Pada Sisi Dan Perutnya
Bayi tak pernah berbaring rata di belakangnya semasa dalam kandungan, betul tak?. Mereka terapung dan hanya berpusing-pusing dalam posisi sama ada mereka berbaring secara sisi atau terlungkup dengan kakinya dan lututnya sedia ada menekan perutnya selama 9 bulan.
Jadi, masa nak tenangkan bayi, cara pegang pun kenalah betul: pada sisi atau pada perut bayi sahaja. Gambar-gambar diatas hanya sebahagian contoh cara pegang.
Nak tengok cara pegang yang lain boleh ‘search’ video koleksi di Baby Language.
Buat Bunyi Shhh
Siapa yang tak tau lagi rahim adalah alam yang sangat bising? Angkat tangan cepat. Ye, sangat bising. Mencecah 70db: sama kuat dengan bunyi vakum pembersih rumah tu. Jadi, bayi resah dengan suasana sunyi sebab dah terbiasa hidup dalam bising.
Jadi, bila bayi mengamuk teruk, berilah bunyi yang lebih atau sekurang-kurangnya sama kuat dengan jeritannya. Ye la, kalau ‘slow’ sangat nanti dia cuma dengar jeritan dia sendiri je.
Mana pulak nak cari bunyi ni? Ha paling mudah kita buat sendiri la. Rapatkan mulut anda ke telinga bayi dan buat bunyi shhh sekuat mungkin. ‘Shhh’ ini hampir menyamai bunyi rahim.
Hayun/Goyang
Bukan ‘goncang’ ok. Kenapa nak hayun? Sebab bayi manusia dah 9 bulan terbuai-buai dalam perut ibu setiap saat ibu bergerak.
Jadi, setelah membedung-pegang bayi pada posisi betul, sambil shhh tu goyang la sikit bayi. Jangan la statik je. Sokong kepala bayi sepanjang masa. Boleh buat perlahan-lahan hingga bayi dah selesa dan tenang.
Hisapan
Ada tak imej ultrasound bayi anda sedang hisap jari?. Kalau takde, rasanya semua orang pun pernah nampak imej bayi menghisap jarinya semasa dalam kandungan, samada di internet atau dalam buku.
Kenapa nak hisap jari lagi kalau tali pusat tu memang dah 24 jam salurkan makanan tanpa henti?. Mestilah bukan sebab bayi lapar kan?. Sebabnya..alam dah ajar bayi: hisap lah..ia mententeramkan.
Jadi, jika bayi masih tak tenang dengan 4 langkah sebelum ini, berilah elemen ke 5 ini iaitu menghisap. Oleh kerana bayi bawah 4 bulan belum ada koordinasi otot penuh untuk hisap ibu jari sendiri, maka alternatif yang ada terhad kepada: payudara ibu, botol, jari bersih ibu dan puting tiruan (pacifier).
* jari ibu tu mungkin kedengaran tak senonoh buat sebahagian kita, tapi ketahuilah ia diamalkan sebahagian budaya lain jadi ia tetap satu alternatif..
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Saat sibuk membeli-belah baju raya, pasti ada juga yang sibuk menyediakan biskut raya. Ada yang memilih untuk membeli, tetapi tak kurang juga yang teruja...