Tanpa kita sedar, anak-anak begitu lambat perkembangannya hanya kerana kurangnya pergerakan sepanjang pandemik ini. Bila terlambat perkembangannya dalam segala segi, anak akan mula menunjukkan ragamnya sendiri. Lambat belajar, tidak fokus, kuat memberontak dan sebagainya adalah gejala yang boleh dilihat.
Apa mak ayah nak buat sebagai persediaan anak ke sekolah tahun hadapan? Menerusi Pa&Ma E-Workshop Tip A-Z Anak Ready Ke Sekolah, Konsultan Perkembangan Kanak-Kanak & Terapi Cara Kerja, Puan Nurul Sheriena berkongsi tip berguna untuk persediaan anak ke sekolah tahun hadapan.
Sensori dan kemahiran motor adalah paling utama dalam perkembangan anak untuk ke sekolah di usianya tujuh tahun.
Selepas pandemik ini banyak anak-anak yang regress dan berlaku kemerosotan dalam perkembangannya disebabkan kurangnya pergerakan. Disebabkan ini, ramai anak-anak kecil kita tak fokus, meragam dan sebagainya.
Jika nak ke sekolah, dua aktiviti yang dapat membantu adalah dicadangkan seperti berikut.
Perkembangan anak secara menyeluruh melibatkan nature dan nurture di mana ia melibatkan luar kawalan dan perkembangan akan yang boleh dikawal oleh kita sendiri.
Nature (Luar Kawalan) Outside – apa orang lain kata Internal – genetik
Nurture (Boleh Dikawal) Outside – persekitan Internal – makanan dan minuman
Ads
Sebagai mak ayah persekitaran iaitu dalaman dan luaran antara yang boleh mak ayah kawal perkembangan motor mereka. Jadi lakukanlah yang terbaik di mana, pilihlah makanan yang baik untuk perkembangan anak. Begitu juga dengan persekitaran yang baik dan cuba merangsang sebaiknya anak kita.
Guru adalah ibu pertama ibu ayah Dua tahun anak di rumah inilah masa ibu ayah menjadi guru terbaik bagi anak-anak yang sedang membesar.
1. Beri stimulasi sensori Buat aktiviti yang melibatkan daya sensori dengan anak. Contoh bermain pasir di pantai dan sebagainya untuk melahirkan daya sentuhan dan sensori anak.
2. Main sama-sama Ada ibu ayah yang tak tahu nak bermain sama-sama dan tak tahu apa nak buat. Dapatkan educational toy yang tepat untuk membantu perkembangan anak. Jangan lambakkan mainan tetapi pilih mainan yang sesuai. Pilih apa yang anak perlukan bukan apa yang anak mahu.
Ads
Apa aktiviti boleh dilakukan
1. Gym Ball Mengikut kesesuaian mak ayah bersama anak antaranya dengan gym ball. Ramai anak selepas pandemik kekuatan muscle semakin berkurangan, latih anak dengan gym ball yang dapat mengimbangkan badan dan pergerakan mereka.
Sebagai persediaan anak ke sekolah, gym ball ini dapat melatih anak. Buatlah tummy gym ball, membantu perkembangan, kuatkan body posture dan gym ball melatih postur tubuh anak agar lebih yakin untuk ke sekolah.
2. Crossing Midline Buat aktiviti senaman seperti di dalam gambar ini, atau pegang apa sahaja di tangan dan gerakkan ke kiri dan kanan. Otak anak akan dirangsang sebaiknya ketika pergerakan kiri dan kanan dan ini akan dapat merangsang kemahiran motor kasar mereka.
Ads
Lakukan aktiviti ini kerap kali di rumah sebelum anak nak ke sekolah tahun depan. Latih sebaik dan sekerap mungkin. Ia membantu.
3. Trampolin Biarkan anak melompat-lompat agar kekuatan tubuh mereka di uji dan semakin bertambah kuat dan baik.
Apapun, apa jua mak ayah lakukan yang melibatkan sensori, ia amat membantu anak-anak. Walau berada di dalam kereta sekalipun, bermainlah apa sahaja dengan anak-anak. Semua ini amat membantu perkembangan motor kasar anak.
Sentiasa periksa perkembangan anak dan periksa M Chart anak untuk melihat progress perkembangan mereka. Jangan terlambat untuk menyedari sebarang kelewatan pada perkembangan anak kita.
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memang menjadi trend ibu bapa memberikan anak-anak gadget sebagai hiburan dan peneman namun kesan gadget jika tidak dikawal akan memberikan kesan buruk kepada anak-anak yang masih kecil. Ketagih kepada gadget sesuatu yang amat membinmbangkan. Perkongsian daripada Dr.Taufiq boleh dijadikan iktibar buat ibu bapa diluar sana.
Sedih saya bila nampak ramai kanak-kanak duk main handfon masa imam tengah khutbah tadi. Paling sedih bila nampak 3 orang kanak-kanak yang duduk dalam satu barisan saf dengan penuh khusyuk mengadap skrin henfon masing-masing tanpa pedulikan saya yang menjeling mereka.
Rasanya mereka tengah berlawan sesama sendiri dalam game tu kot! Ye, semasa khutbah jumaat sedang berlangsung! Ada juga di belakang saf sana ada anak anak yang main game sambil tunggu khutbah jumaat selesai.
Benda ni dah jadi trend baru ke? Hilangkan bosan dengar khutbah dengan main game?
Sebak saya. Kenapa bagi anak anak yang belum ada self control yang matang bawa smartfon ke masjid? Dah la tengah khutbah jumaat tu. Anak anak kita ni dah la jarang dapat ‘sentuhan rohani’ di rumah. Sekurang kurangnya bagi la mereka peluang untuk dapatkan pengisian rohani tu di masjid tiap jumaat. Kosong anak kita tu nanti kalau hati dan rohaninya tak diisi!
“Aduh! Saya nak buat macam mana. Anak saya macam dah ketagih dah dengan henfon”
Allahu..wahai ayah..wahai ibu..Memang henfon ni boleh membuatkan anak anak kita ketagih. Dopamine dalam otak mereka akan meningkat. Mereka akan jadi enjoy dan rasa tenang.
Masalahnya, lama kelamaan mereka akan terperangkap dalam Dopamine Loop. Mereka jadi craving! Mereka nak lebih lagi. Bagi seminit, nak sejam. Bagi sejam nak sehari!
Sebab tu la tugas kita untuk bantu mereka kawal kemahuan mereka tu! Tu la kenapa mak ayah kena jadi LEADER kepada anak.
Mereka perlukan bimbingan kita. Mereka perlukan keputusan kita. Mereka perlukan ketegasan kita.
Ini je saya nak pesan..
“Jom tunjukkan kasih sayang kita dengan tak mengikut semua kemahuan anak kita Kita batasi kerana cinta. Kita batasi kerana kita taknak mereka binasa!”
p/s : Saya suka kongsi ilmu mendidik anak di Telegram saya. Klik je link ni untuk join ? t.me/NotaTaufiqRazif
Bayi berusia sebulan ke atas mula tertarik dengan tangannya sendiri. Bermain dengan tangannya sendiri adalah stimulasi yang baik. Justeru, pemakaian sarung tangan terlalu lama perlu dielakkan!
Semasa lahir, bayi lazimnya menggenggam. Apabila berusia satu hingga tiga bulan,mereka sudah mula membuka genggamannya. Tidak sekadari itu, mereka juga belajar untuk membuka dan dan menutup genggaman mereka. Jika mainan menghasilkan bunyi seperti locengdiletakkan pada tangan dan dia akan menggerak-gerakkannya kerana suka akan bunyinya. Ini adalah perkembangan yang baik dan perlu digalakkan pada usia ini.
Bayi pada usia ini juga mula menerokai persekitaran mereka dengan tangan, menjangkau, mengayuh kakinya dan menggenggam mainan. Mereka juga akan mula melihat tangan dan kaki mereka dan menjadikannya ‘sumber hiburan’. Bayi suka menatap tangan mereka, bermain dengan jari mereka, dan membawa tangan atau mainan ke mulut.
Oleh sebab itu, pemakaian sarung tangan perlu dihadkan atau dielakkan semasa bayi terjaga untuk menggalakkan penerokaan ini dan meningkatkan penguasaan skil motor halus.
Anda juga boleh ambil tangannya dan gerakkan seperti menepuk sambil menyanyi. Dia tentu suka dan seronok!
5 PERINGKAT PERKEMBANGAN BAYI 1 HINGGA 3 BULAN
#1 BADAN LEBIH KUAT
Fizikal mereka juga lebih kuat berbanding sebelum ini dan berupaya menyelaraskan pergerakan. Galakan proses pembelajaran dengan bercakap dengannya, memberi respons kepada ekspresi vokalnya dan menyediakan mainan yang sesuai dengan umur yang berwarna-warni amat membantu si kecil.
#2 MEMBERI RESPONS
Pada usia ini, deria visual atau penglihatan mereka juga semakin baik dan bayi sudah boleh mengenalpasti satu pemandangan dan bunyi yang berbeza. Mereka malah sudah semakin pandai membaca ekspresi muka anda dan mendengar suara anda dengan memberikan respons kepada agahan anda. Paling comel ialah sudah pandai membalas senyuman. Nanti bila menginjak ke usia 3 hingga 4 bulan mereka boleh ketawa dengan kuat ketika berasa gembira!
#3 MULA KENAL SUARA DAN WAJAH
Pada usia 1 hingga 3 bulan bayia sudah mula mengenal suara, wajah dan sentuhan. Kehadiran mama dan papa yang akan menjadikan dia tenang dan selesa dan ini menyebabkan mereka mula memberikan respons kepada apa yang anda lakukan dan sudah boleh senyum!
#4 LEBIH PEKA
Mereka akan lebih banyak berjaga berbanding tidur. Ini menjadikan mereka sentiasa peka dan rasa ‘ingin tahu’ semakin bercambah tentang anda dan objek yang mereka lihat.
#5 KARAKTER YANG TERSENDIRI
Dalam tempoh 1 hingga 3 bulan, karakter si kecil mula menyerlah. Tidak seperti bayi yang baru lahir bergantung kepada orang lain untuk memulakan interaksi, menjelang akhir bulan ketiga bayi anda mula menunjukkan ekspresi wajah, suara, dan gerak isyarat badan.
PEMAKAIAN SARUNG TANGAN PERLU DIHADKAN?
Ibu bapa disarankan untuk mengelakkan daripada memakaikan bayi dengan sarung tangan terlalu lama sekiranya mahu bantu perkembangannya. Amalan memakaikan bayi sarung tangan hingga bayi menjangkau usia 5-6 bulan perlu diperbetulkan.
Sarung tangan atau mitten dipakaikan kepada bayi berfungsi untuk mengelakkan bayi terlalu sejuk dan mengelakkan mereka mencakar muka dan mata. Pada bulan pertama memang elok dipakaikan kepada bayi tetapi pastikan ia tidak perlu terlalu lama.
Mama dan papa masih boleh memakaikan bayi sarung tangan sekiranya bayi sedang tidur dalam pendingin hawa, cuaca sejuk dan sebagainya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Perasan tak bayi baru lahir akan berhenti menangis bila ibu dukung dia. Rupanya memang betullah orang tua-tua cakap yang bayi kenal bau ibunya.
“Amboi, pandai sungguh baby ni. Aunty pegang menangis, bila mama dia pegang cepat je diam.”
Mesti anda perasan tingkah laku bayi yang amat kenal pada ibunya. Bagi bayi baru lahir, bau adalah segalanya. Bau itulah yang membuatkan dia kenal ibunya.
Tahukah anda kemampuan deria bau bayi sudah mula berkembang sejak dari dalam kandungan lagi? Jom semak bagaimana berlakunya deria bau bayi.
Dalam kandungan pada trimester ketiga
Deria bau bayi mula berkembang pada usia kehamilan 28 minggu dan menjadi sempurna sepanjang trimester ketiga. Air ketuban yang memainkan peranan penting kerana melalui cecair ini, deria bau ‘disalurkan’. Air ketuban membawa bau kepada bayi dalam kandungan sebab itu walaupun masih dalam kandungan, bayi sudah mempunyai rujukan tentang bau-bau tertentu.
Maksudnya bila ibu gemar makan pedas, boleh dipastikan bayi turut ‘merasakan’ bau tersebut. Jangan risau, ibu tak perlu berhenti makan makanan kegemaran. Paling penting ibu hamil mesti makan makanan yang sihat dan seimbang supaya pertumbuhan bayi berlaku secara optimal. Bagaimanapun tiada makanan atau minuman khusus yang mesti diambil oleh ibu untuk menyokong pertumbuhan deria bau bayi.
Ketika lahir
Menurut Alan Greene, M.D. Profesor Klinikal Pediatrik di Stanford University School of Medicine, waktu lahir adalah saat paling genting bagi bayi. Deria bau bayi baru lahir sudah berkembang sehingga dia menggunakan deria tersebut lebih daripada deria-deria lain sebagai cara orientasi diri.
Dalam satu eksperimen yang dijalankan, didapati bayi boleh mengenali bau air ketuban ibunya. Bila payudara ibu disapu air ketuban, bayi bergerak ke arah tersebut hanya dalam masa beberapa jam selepas dilahirkan.
Bagaimanapun, kecenderungan ini akan hilang selepas beberapa hari. Bayi yang baru lahir juga mampu mengenali bau susu ibunya. Dalam satu kajian, penyelidik memegang bantal yang berbau susu ibu sejauh 17 cm dari hidung bayi.
Hasilnya, bayi bergerak menggeliat ke arah bantal tersebut seperti hendak menghisap sesuatu (mouthing). Jika dihadapkan dengan beberapa pilihan susu ibu, kajian menunjukkan bayi hanya menunjukkan gerakan mouthing dengan lebih ketara hanya pada susu ibunya sahaja.
Bila bayi mencium bau ibu, dia akan mengarahkan kepalanya ke arah payudara anda – seperti pertama kali dia diletakkan selepas lahir dan mula menggerakkan mulutnya atau menjadi tenang, demikian menurut Joy Browne, Ph.D., Ketua pediatrik dan psikiatri di University of Colorado, Denver Anschutz Medical Campus. Hebatnya, bukan hanya itu sahaja.
Menurut kajian yang diterbitkan dalam jurnal Neuroscience and Biobehavioral Reviews, bayi juga sudah boleh mengenali bau produk kecantikan yang anda pakai!
Dua bulan pertama
Pada tahap ini, bayi tetap suka bau ibu bahkan tak kisah walaupun ibu belum mandi berbanding orang lain. Sebenarnya bau badan secara semula jadi yang dicari oleh bayi. Jadi, sesekali ibu tak mandi pun tak mengapa sebab bayi tetap boleh tenang dan tidur lena!
Dari usia ini hingga 8 tahun, kemampuan deria baunya akan berkembang begitu pesat bahkan akan lebih baik dari deriabau anda selama beberapa tahun, menurut Lise Eliot, Ph.D.,penulis buku What’s Going On in There?: How the Brain and Mind Develop in the First Five Years of Life.
Jadi, jangan hairanlah kalau bayi baru lahir hanya akan berhenti menangis bila ibu yang mendukung dan mendodoinya. Bau ibu beri ketenangan kepada bayi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cara kenalkan telur kepada bayi dengan selamat, langkah demi langkah dari minggu ke minggu. Ketahui bila boleh mula, tanda alergi dan tip penting untuk elak risiko pada si manja.