Keibubapaan

“2 Tahun Dah Mula Belajar Macam-Macam.” Mawar Rashid Bersyukur Dapat Hantar Anak Ke Tadika!

Share

Ibu dan ayah mana yang tidak bimbang melepaskan anak kecilnya ke sekolah di kala pandemik masih berlanjutan. Pun begitu bagi Mawar Rashid dan suaminya, Raf Yaakob, mereka sepakat memberanikan diri untuk menghantar anak sulung mereka ke sekolah.

Lebih-lebih lagi melihat SOP yang dilakukan di tadika membuatkan kedua-duanya merasa yakin.

Baru berusia dua tahun, kini Raden Muhammad Rafael sudah pun bersekolah.

Menerusi Instagram dan Insta Storynya, Mawar turut berkongsi beberapa keping gambar si kecil Rafael yang sudah mula dihantar ke sekolah.

“Rafael dah start pergi sekolah. Semoga Rafael membesar jadi baik bijak pandai ❤️ amin,” tulis Mawar di Instagramnya.

Bimbang dengan pandemik Covid-19, kata Mawar dia bersyukur tadika dimana anaknya ditempatkan itu benar-benar mementingkan SOP.

” Syukur anak saya dah mula masuk ke tadika semula. Sejujurnya memang risau tapi saya akan pastikan keselamatan di tadika itu.

” Sebelum itu saya juga ada bertanyakan pihak tadika macam mana keadaan dan mereka pun ikut SOP yang ditetapkan. Mereka pun tak campurkan ramai murid.

“Selain itu, saya akan pastikan dalam kelas tak ramai. Dalam satu kelas pun hanya ada dalam tiga orang budak sahaja dengan seorang cikgu,” katanya berkongsi.

“Tak ada isu hantar anak terlalu awal, macam-macam boleh belajar”

Biarpun dikatakan terlalu awal untuk menghantar anak sulungnya itu ke tadika. Namun kata Mawar, usia dua tahun adalah waktu yang sesuai untuk anak sulungnya itu mempelajari banyak perkara malah mengharapkan yang terbaik buat Rafael.

” Bagi saya usia dua tahun itu bukan lagi kecil sebab anak saya dah mula belajar macam-macam. Saya percaya pendidikan untuk anak sangat-sangat penting.

” Sebab itu saya mula hantar dia ke tadika. Sebagai ibu bapa, tak ada rasa membazir pun hantar anak ke tadika walaupun baru berusia dua tahun.

” Kalau belajar secara online itu berbeza, tapi kalau pergi tadika, dia dapat rasakan suasana di sekolah yang berbeza,” kongsinya lagi.

 

Terdahulu, Mawar mendirikan rumah tangga bersama Raf Yaakob pada November 2017 dan kini pasangan ini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Raden Muhammad Rafael, 2 dan Raden Seri Rosabella Cinta yang berusia setahun.

Kredit: Mstar & @mawarashid

Menarik: Tak Larat Nak Ligan. Dah Pandai Berjalan, Anak Mat Salleh Mua Bellaz Makin Lasak

Beli Pinkfong First Learning Kit Bundle Di Sini

[su_button url=”https://www.goshop.com.my/products/children-teens/pinkfong-first-learning-kit-bundle-set-20158227″ style=”flat” background=”#efc62d” color=”#ffffff” size=”6″]Pinkfong First Learning Kit Bundle Set[/su_button]

 

KELAS ONLINE BREASTFEEDING PERCUMA dengan daftar Pa&Ma BF VIP Eksklusif member! Hanya RM20 sahaja. Daftar https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/

Mama jom rileks jap, klik link NI!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
SRM