Bermain di luar rumah bantu anak bijak dan kreatif berfikir adalah cara yang ibu bapa perlu beri perhatian. Jika anak-anak tidak terdedah kepada aktiviti outdoor, ia akan menjadi anak lebih lemah dari segi mental dan fizikal. Selagi gus menyebabkan daya keupayaan berfikir anak menjadi lemah.

Kajian daripada pendapat pakar Pendidikan Awal Kanak-Kanak sependapat bahawa kanak-kanak yang tidak aktif bermain di luar rumah akan mengalami kesan negatif dari segi perkembangannnya antaranya ialah tidak berkemahiran mengawal emosi, daya kreativit dan penggunaan minda kurang serta menjejaskan kemahiran motor kasar.

Apa kata ibu bapa pada hujung minggu ni, galakkan anak-anak melakukan aktiviti luar rumah. Jangan pula biarkan anak pegang gajet yang sudah diketahui umum akan menjejaskan perkembangan dirinya.

Berikut 20 cadangan aktiviti bermain diluar yang boleh dilakukan bersama anak anda. Pilih aje yang mana sesuai untuk anak anda. Yang pasti, ada aktiviti untuk anak-anak membina perkembangan dirinya secara postif.

20 Aktiviti Ini Bantu Anak Bijak Dan Kreatif Berfikir Dengan Cara Bermain di Luar Rumah

20 AKTIVITI BERMAIN DI LUAR RUMAH

1.Berkebun

Ajak anak untuk menyediakan pasu atau bekas untuk aktiviti menanam pokok bunga atau sayur-sayuran. Pastikan anda menyediakan sarung tangan sebelum anak anda mula menyentuh tanah untuk tanam pokok bunga.

2.Siram bunga

Sediakan bekas berisi air untuk anak menyiram pokok di sekitar kawasan rumah anda. Pasti dia sukakannya apabila menyiram pokok dari satu pasu bunga ke pasu bunga yang lain.

3.Meja  mesra alam

Sediakan meja yang berhampiran dengan pokok kecil di halaman rumah. Di meja itu anda boleh makan bersama anak anda. Pasti si kecil berselera untuk makan dengan suasana baru ini.

4.Memetik bunga

Sediakan bakul dan bawa si kecil untuk memetik bunga di taman kecil anda halaman rumah. Bunga yang dipetik di simpan dalam bakul untuk hiasan di meja makan.

IKLAN

5.Melukis dengan air

Berikan satu bekas yang mengandungi air, perwarna air dan berus lukisan. Biarkan dia melukis mengikut gerak hatinya pada kertas lukisan. Dan cuaca yang panas yang mengeringkan lukisannya.

6.Berbasikal bersama

Mengayuh basikal bersamanya anda. Lakukan ia seperti perlumbaan dan anak anda sebagai juara setelah berjaya mengalahkan anda. Pasti dia akan teruja dengan aktiviti ini dan menjadi seorang yang berkeyakinan diri.

7.Kutip daun dan bunga.

Aktiviti lain yang membolehkan anda menghabiskan masa bersama anak ialah aktiviti mengutip pelbagai daun dan bunga. Setelah dikumpulkan satu tempat, bawa ke dalam rumah untuk diletakkan dalam pasu di atas meja makan.

8.Basuhan

Si kecil suka meniru perbuatan ibu bapanya. Jadi sediakan satu mangkuk yang mengandungi buih mandian (tidak memedihkan mata), dia biarkan dia membasuh anak patung atau pakaian patungnya.  Sediakan mangkuk untuk dia mengeringkannya dan biarkan dia menyidai sendiri apa yang dibasuhnya tadi.

9.Buih

Anda tiup buih, si kecil akan mengejarnya ke sana sini. Pastinya dia akan melompat-lompat untuk mengejar dan mendapatkan buih itu.

10.Cari Harta karun

IKLAN

Sembunyikan beberapa hadiah kecil untuk  menjadi ‘buruan’ si kecil. Berikan petanda-petanda di mana hadiah itu disembunyikan. Misalnya, katakan hadiah itu di sebalik pasu bunga atau di celah pokok kecil.

11.Bermain dengan tangan

Memberi pendedahan deria sentuhan menggunakan tangan. Susun mangkuk yang mengandungi nasi, jeli, tepung dan gula di halaman rumah. Tutup matanya dan pegang tangannya untuk  merasai setiap jenis mangkuk.

12.Permainan bola

Ambil bola dan lontarkan ke dalam bakul. Anda juga boleh mengajaknya bermain bola sepak. Pasti si kecil seronok berlari bersama anda.

13.Istana pasir

Memang menyeronokkan dapat bermain pasir terutama sekali apabila pergi ke pantai. Tetapi untuk mengelak daripada merasa bosan, apa kata, lakukan aktiviti membina istana pasir. Pasti si kecil teruja untuk melakukan aktiviti ini.

14.Kutip sampah

Apabila tiba hujung minggu, inilah masa untuk anda mengajak anak membersihkan rumah. Sediakan bekas plastik untuk mengutip sampah, rumput atau daun kering di sekitar rumah. Anak anda akan sedar akan tanggungjawab menjaga kebersihan halaman rumah.

IKLAN
  1. Berenang

Kanak-kanak sukakkan air. Lakukan aktiviti berenang untuk mendapatkan manfaat cahaya ini. Seeloknya memakai krim pelindung cahaya matahari untuk mengelak kulit daripada mengalami kerengsaan.

16.Bermain dengan tangan

Memberi pendedahan deria sentuhan  menggunakan tangan. Sediakan mangkuk yang mengandungi nasi, jeli, pasir, tepung dan gula. Tutup matanya dan pegang tangannya untuk  merasai setiap jenis mangkuk.

17.Baring bersama

Aktiviti ini sesuai dilakukan awal pagi sebelum cahaya matahari memancar. Anda dan bayi duduk menghadap hadapan dan bercakaplah dengannya sambil menghirup udara pagi yang segara.

18.Melompat

Dengan tidak memakai kasut, biarkan si kecil anda melompat di atas rumput. Pastikan ia rumput yang selamat dan tidak terdapat objek tajam yang boleh mencederakan kaki si kecil.

19.Cop kaki

Sediakan surat khabar dan sapukan beberapa jenis pewarna bukan toksik yang berbeza pada tapak kaki si kecil.  Biarkan anak anda berjalan  di atas kertas.  Pasti dia teruja apabila melihat cop kakinya ada pada surat khabar.

20.Main sembunyi-sembunyi

Anak anda akan gembira untuk mencari anak di sebalik celah rimbun pokok atau kerusi rehat di halaman rumah. Apabila dia berjaya mengesan anda, terus memeluknya untuk menunjukkan dia berjaya mencari anda.

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI