20 Hari Pantang Dah Makin Langsing! Betty Rahmad Tak Berdiet Supaya Penyusuan Susu Ibu Tidak Terjejas

Share

Penampilan makin langsing walau pun baru 20 hari berpantang, Betty akhirnya dedahkan amalan yang dilakukannya.

Aktres Betty Rahmad berkongsi apa yang dilakukannya sepanjang berpantang. Dengan bantuan perawat pantang, Betty berurut, bertungku, bertangas dan mengamalkan mandi herba.

Selain itu, adik kepada Erma Fatima & Datin Paduka Umie Aida ini mengakui menahan nafsu, makanan secara sihat dan kering selama setengah bulan. Katanya dia tidak berdiet kerana ingin menyusukan bayinya, Ardy Wira.

bettyrahmad Day 20 berpantang. Yeay alhamdulillah inilah hasil hari-hari berurut, bertungku, bertangas, mandi herba, pastu tahan nafsu, makan yang healthy & kering for half a month! (Tapi i tak diet ok, kena makan kalau tak macammana nak breastfeed)

So special shout out for @natalismothercare kerana menjaga saya & baby Wira dengan penuh kasih sayang ? 24 more days to go! Siapa nak berpantang pegi book confinement lady korang cepat! ? #pantanglife#natalismothercare #confinementlady

Di ruangan komen, terdapat perbualan antara Betty & kakaknya, Umie Aida. Kata Betty, dia akan memastikan akan muat balik baju lamanya.

Para peminat kagum dengan tranformasi tubuh Betty dan memujinya tidak berpantang demi memastikan penghasilan susu ibu lancar.

“BARU HALF WAY PANTANG, DAH SLIM”

TABIK SEBAB TAK GUNA EPIDURAL & MEMILIH UNTUK MENYUSUKAN BAYI

NAMPAK SIHAT & LANGSING

Sumber: bettyrahmad


Anak-anak milenial mempunyai skil luarbiasa. Nak tahu lebih lanjut mengenainya boleh  tonton rancangan TV Pa&Ma, 12 Februari 2019 jam 12 tengah hari dan 9 malam di Astro Prima & Astro Prima HD.

Published by
Azma ML