21 Resipi Kreatif Mama Ni Sediakan Buat Bayinya Memang Awesome, Serius Sedap!

Share

Cuti persekolahan ni pasti mama mula buntu memikirkan menu buat anak-anak di rumah. Macam-macam permintaan anak-anak dan tak kurang juga menu yang sama setiap hari. Alahai susahnya nak fikirkan menu.

Nak cuba idea kreatif? Jom cuba kesemua menu kreatif yang disediakan oleh Nurul Syahidah Ramli ni buat anaknya Zaid Harith yang baru berusia 16 bulan. Kesemua menu yang disediakan memang superwow…kreatif dan confirm anak suka.


Menu makanan Zaid Harith, 16 bulan.

Saya kongsikan idea menu anak dengan ibu-ibu dan untuk rujukan saya akan datang. Sesuai dari umur 8 bulan sehingga setahun lebih.

Saya kongsi tip dari doktor tentang kuantiti anggaran makanan yang perlu anak makan dalam satu hidangan:

– 2 genggam tangan anak untuk karbohidrat (nasi/pasta dan lain-lain)
Roti 1 keping memadai.
– 1 tapak tangan anak untuk protein
– 2 tapak tangan anak untuk sayuran
– 1 potong kecil buah
Selamat melatih anak makan ikut portion yang betul ?. Love, littlefoodie.

Seawal umur anak 11 bulan sudah boleh dikenalkan dengan menu keluarga. Sangat membantu untuk anak serasi dengan cara pemakanan kita nanti. Cumanya, jangan kenalkan lagi garam, gula, perasa atau pedas sampai umur yang sepatutnya.

So ibu-ibu yang selalu buntu nak masak apa untuk anak, boleh lah matching kan dengan menu keluarga kan? Kalau harini masak sup bayam merah dan ikan, apa kata menu anak pun buat yg sama.

Note: Pastikan bahan yang digunakan tiada alahan kepada anak dan sesuai untuk umur anak.

Tips:
Teksture makanan anak mengikut umur.
(tetapi masih perlu ikut kesediaan anak untuk terima texture makanan baru. Jangan paksa dan enjoy moment ini ?

Jom kita tengok variasi menu kreatif dari ibu kita ni untuk anaknya Zaid. Dua menu disertakan di sini antara menu kreatif lagi awesome!

  1. CARBONARA RICE MUFFIN (6 biji muffin)

Ada tak anak yang taknak makan nasi, tapi suka makan roti atau kek?
Boleh cuba resepi kenyang yang lengkap dgn karbo, protein dan sayur. Buat jadi travel food pun ok sangat!

Bahan:
2 senduk nasi
1 keping isi ayam
2 ulas bawang putih
½ biji bawang kecil
½ genggam cauliflower (sayur lain pun boleh)
2 kiub kecil unsalted butter
2 inch carrot – potong memanjang macam mancis
1 biji telur
Sedikit lada hitam & oregano (boleh juga guna mixherbs)
2 sudu besar cream cheese
3 sudu besar fresh milk – boleh ganti dengan sedikit air atau 1 sudu plain yogurt
1 kiub cbb – optional boleh refer previous post cara buat.

Panaskan oven 180°c. Masukkan semua bahan kecuali carrot ke dalam food processor atau blender. Kisar sehinggga sebati. Kemudian, masukkan carrot, gaul sebati. Sudukan ke dalam muffin cup. Bakar selama 25 minit atau sehingga masak.

Ps: Nak bakar lama sikit sampai jadi golden pun boleh tau. Tak ada oven boleh guna air-fryer. Nak kukus, kemudian goreng pun boleh. Buat patties pun ok. Sedap juga.

2. LAYERED EGG MUFFIN
Saya buat untuk bawa bekal jalan-jalan anak. Sedap dan tak leceh takut tumpah kuah sebab tak berkuah pun tapi cukup rasa. Jalan-jalan cuma bawa 1 botol air dan 1 bekas makanan je

Resepi begedil
1 biji kentang – rebus atau potong & goreng. Lenyek hancur
½ bawang merah – racik halus
Sayur (pak choy atau bayam hijau) – racik
Serbuk ikan bilis dan serbuk lada hitam
Daging cincang – goreng separuh masak dengan sedikit minyak
1 biji telur kuning
Satukan kesemuanya dan gaul.
(kalau nak cepat, tak perlu buat begedil. Boleh tumis bawang dengan daging cincang dan perasakan dengan serbuk ikan bilis dan lada hitam)

Sapukan minyak zaitun sekitar acuan. Masukkan begedil. Masukkan nasi putih. Kemudian masukkan 1 biji telur yang dah dipukul ke atas lapisan nasi.
Bakar 170°c selama 15 ke 20 minit.

Ps: Boleh olah ikut kesesuaian umur anak seawal 10 bulan. Daging lembu boleh digantikan dgn ayam cincang. Nasi putih digantikan dengan bubur.

Ha awesome tak? Nak resipi hebat lain boleh cari Nurul Syahidah Ramli. Selamat mencuba!

Published by
SRM