Sekian lama menanti, akhirnya Baby A yang ditunggu-tunggu pasangan popular selebriti Indonesia, Aurel Hermansyah dan suaminya Atta Halilintar selamat dilahirkan pagi tadi.
Menerusi Instagramnya, Atta yang juga menantu kesayangan penyanyi Kris Dayanti ini turut berkongsi sekeping gambar jari jemari halus si kecil Baby A.
“22-2-2022. Malaikat hidupku,” tulisnya ringkas di Instagram.
Seawal jam 8 pagi, Atta dan Aurel berkongsi sekeping gambar keduanya yang menuju ke bilik bersalin.
Tanpa menulis sebarang kapsyen, Atta menggunakan emoji bagi memohon doa dari semua agar dipermudahkan kelahiran bayi sulung mereka.
Terdahulu Atta turut berkongsi sekeping gambar ketika melalui detik awal kelahiran bayi sulung mereka.
“Stronger together sayang,” tulisnya ringkas memberi sokongan buat Aurel.
Meninjau di Instagram Kris Dayanti, ibu cantik yang kini bergelar nenek juga turut menitipkan ucapan manis buat Aurel dan Atta sambil berkongsi gambar jari jemari halus yang sama.
“22-2-2022. Malaikat hidupku. Selamat anak anakku,” tulisnya begitu gembira selepas segalanya lancar.
Malah Kris juga turut berkongsi beberapa keping gambar ketika berada di hospital bagi menyambut kelahiran cucu sulungnya disamping memberi sokongan buat Aurel.
Tidak hanya Kris, bahkan ibu tiri Aurel, Ashanty turut sama memuat naik ucapan buat keduanya.
“Cantikku malaikat kecil. Selamat abang dan kaka yaaa♥️,” kongsinya.
Instagram keluarga Hermansyah ini turut dihujani dengan ucapah tahniah di atas kelahirannya si comel Baby A yang begitu dinantikan semua.
Menarik: Alhamdulillah Untuk Hadiah Paling Bermakna, Isteri Hamil, Fizo Omar Teruja Nak Timang Baby
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie.
Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!